Kawan2 selamat tahun baru 2012... Pada tahun baru ini doakan diri saya yang hina ini agar sentiasa mendahului Allah dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Saya berharap misi untuk meraih cintaNya akan diperbaharui dari tahun ke tahun dari segi niat dan amalan..
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini... Tempatkan daku, kedua ibubapa ku, keluargaku, mereka yang berhak ke atasku, jiran tetangga ku, rakan taulan ku dan muslimin muslimat di tempat yang mulia disisi Mu... Kerana Engkau yang Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Penyayang... Aminnnn....
Alhamdulillah, Allah bagi saya ruang dan waktu untuk melayari internet, mendengar ceramah. Kadang-kala kita tahu sesuatu perkara tetapi disebabkan kelalaian kita sering melupainya. Jadi kita perlukan sesuatu bagi menjadi peringatan buat diri kita. Saya letak satu ceramah yang memberi kesan dan membuatkan saya berfikir panjang...
Saya perlukan supplemen 'mujahadah' untuk memberi kekuatan menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mungkin saya belum bercinta tapi persahabatan yang akrab dengan kawan2 lelaki kadangkala boleh menimbulkan salah faham. Saya ingin menjalani kehidupan mengikut syariat yang ditentukan Allah. Tapi saya tak tahu mana nak bermula kerana saya tak dapat menahan rasa bersalah yang bersarang dalam jiwa saya ini sekian lama...
Assalammualaikum... saya tengah melayari majalah Gen Q isu no. 4.. ini adalah beberapa pengisian yang saya ingin kongsikan sebab SubhanAllah, isi sangat sempoi tapi mendalam maknanya...
1. Jika kita marah- TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita bingung- KLIK doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji- RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal- DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5. Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih- SELECT ibubapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa- UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam- DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong- BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat- REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha...
Jom kita ctrl sesetengah dialog yang dah biasa kita sebut dan shift kepada dialog moden yang lebih berpahala... ^_^
Waktu tgh menjelajah FB saya terjumpa satu shout out di Aku Islam yang berjaya membuatkan saya tersenyum..
Hehe.. Comel~~ Bacalah yer saya dah copy paste di bawah ni..
♥ KISAH CINTA ORANG MUDA REMAJA ♥
Pakwe : sy cukup mecintai awk lbh dr segalanya
Makwe : betul ke?
Pakwe : semestinya betul dan tiada keraguaanya lg sygku
Makwe : buktinye?
Pakwe : lautan api sanggup sy redah
Makwe : waa awk tahu ke lautan api tuu ape?
Pakwe : x,nape?
Makwe : kalau awk nak masuk neraka(lautan api) pergilah seorang seorang sy tak nak,kan lebih indah awk cakap "
sy sanggup menikahi awk demi cinta kita kerana ALLAH "
p/s : Bercakaplah megikut kemampuan bkn mengikut kemahuan (^^,)
- Naurah Amalina Al-hanzalah
Sememangnya jatuh yang tiada simpati punya jatuh adalah jatuh cinta.. boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa dan pada sesiapa pun.. Bila jatuh cinta mood dan perasaan tu senang naik turun macam roller-coaster..
Jadi,kita kenalah muhasabah cinta tu setiap masa supaya kita berupaya mengawal diri dan dalam ketenangan. Takdelah nak resah gelisah jer... ^_^
Ya Allah semoga hati ku ini sentiasa dalam jagaan MU... Amin...
Apa khabar semua? Saya baru sejam yg lepas balik dari double syif.. Seronok bila dapat bekerja setelah bercuti hampir seminggu.. ^_^V Yang paling saya seronok sangat ni, esok ulangtahun yang pertama saya jadi jururawat.. Alhamdulillah... Setahun bekerja sebagai jururawat sangat bermakna bagi saya... Tak tahu macam mana nak terangkan pada semua, tapi saya benar-benar rasa gembira..
Tapi pekerjaan menjadi jururawat adalah separuh masa saja.. Tanpa kita semua sedari kita adalah hamba Allah sepenuh masa... Setiap lima kali sehari kita berjanji padaNya.. Bila membaca doa Iftitah dengan penuh pengertian dan kefahaman cukup menyedarkan saya betapa dalam janji yang saya buat itu:
Bacaan Dalam rumi : -
Allahu Akbaru kabiraw
walhamdu lillahi kathiraw
wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardh
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya Dan dengan demikian aku ditugaskan,
dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Sejujurnya, tika bekerja saya selalu mengingatkan diri rezeki yang saya terima ini milik Allah.. Kadangkala saya takut jika dalam semakin 'terer' bekerja timbul rasa ujub di hati. Jika pangkat diberikan tinggi mula ada rasa riak. Kadangkala pekerjaan saya ini melalaikan saya dari melakukan solat mahupun amalan wajib yang lain. Mengurangkan saya dari melakukan amal soleh... Nauzubillah...
'Ya Allah berikan keberkatan kepada rezeki dan pekerjaan ku ini, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Pemurah... Ameen~'
Sejak akhir2 ni rasa suka nak menulis. Habis kertas2 di rumah berconteng.. Hmm.. Ni tulis kat blog pula.. Saya baru je lepas menonton WHI di TV3. Tertarik dengan tajuk 'sindrom kesunyian' yang dibincangkan. Tambahan lagi seorang kawan saya ni selalu mengeluh rasa kesunyian. Rasa bosan. Lebih baik jadi lembu; boleh dikorbankan... =.=" (saya pun tak tahu macam mana nak pujuk kawan yang seorang ni)..
Sebenarnya sunyi tu bila tiada orang disisi kita. Bila di persekitaran kita duduk seorang2.. Tapi bila kita duduk kat tempat yang ramai orang, berinteraksi dengan orang ramai tapi kita masih terasa keseorangan itu namanya kesepian. Jadi maksudnya yang feeling lonely tu adalah kesepian. Kesepian berlaku bila kita rasa dipinggirkan, ditinggalkan, rasa keseorangan. Dan emosi kesepian ni kalau tak diuruskan dengan betul boleh membawa kepada kemurungan. (Tetiba terasa macam ahli psikologi pula... huhu.. sebenarnya nilah definisi yang diberi dalam WHI tadi..).
Dalam kehidupan seharian, kita ada banyak tugas yang perlu dilakukan. Tugas untuk menguruskan diri sendiri, tugas menguruskan keluarga sama ada keluarga induk mahupun keluarga yang lebih luas lagi, tugas dalam kerjaya kita dan tugas kepada komuniti.. Makanya dalam kesibukan menguruskan tugas2 tersebut akan berlaku interaksi, komunikasi dan transaksi sesama ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dan masyarakat yang berlaku di sekitar kita. Jadi, kalau kita kata dalam hidup ini kita terasa sepi tu; dari sudut mana sepi tu datang???
Yang memberi makna sepi dan sunyi itu adalah bergantung pada seseorang individu. Bagi seseorang yang hidupnya sudah biasa pergi dan balik kerja sahaja kemudian rehat menonton tv di rumah, itu baginya bukan satu kesunyian dan kesepian. Tapi bagi yang biasa bersosial dan lepak di luar bersama rakan-rakan; pergi dan balik kerja itu adalah kehidupan yang sangat sangat sunyi dan sepi. Sepi itu datang kerana sifat seseorang manusia yang memerlukan teman untuk berbicara, berkasih sayang dan teman untuk memberi prihatian. Kawan untuk berkongsi suka dan duka. sharing is caring, loving and one part of companionship...
Kadang-kadang menyendiri untuk menyediakan satu ruang dan persekitaran yang sunyi tu adalah normal. Kerana sunyi itu lebih membuahkan hasil, mendapatkan ilham, menjadikan seseorang lebih puitis dan lebih produktif. Kesunyian itu juga kadang-kadang perlu untuk mencari ketenangan dan muhasabah diri. Maka kesunyian dan kesepian bukan sahaja bersifat negatif tetapi juga ada sudut yang positif..
Bagi mereka yang mengalami kesepian yang bersifat negatif perlulah mencari punca kenapa mereka berasa demikian. Apa yang memaknakan kesepian dalam diri mereka.. Kerana kita semua perlu bertanggungjawab terhadap emosi yang kita sendiri rasakan. Selepas itu apa langkah2 yang perlu dilakukan dalam mengatasi konflik dalam diri; sama ada menghadapi kesepian, hidup dalam kesepian atau melarikan diri daripada kesepian tu.. u choose ur way..boleh juga dengan cara mencari hobi baru yang menjadikan kita lebih 'hidup'..
Saya akhiri entry saya dengan ayat2 dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah penawar bagi jiwa2 yang merasa kekosongan:
Surat Ar Ra’ad ayat 28 : “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram”
Surat Al Ahzab ayat 43 : “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya
(memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.
Salam Maal Hijrah. Selamat tahun baru 1433 Hijrah! Alhamdulillah 26 hb aritu, kazen saya selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya. Dan seperti biasa soalan2 yang sama berputaran seperti perakam suara.. Aduyai.. Bilanyer Nina nak kahwin??
Hmm.. Memang seronok tengok orang dapat naik pelamin. Saya tumpang gembira. Saya suka dengar paluan kompang, tengok hiasan pelamin, upacara berinai, menepung tawar, acara fav kat Johor-tol, fesyen baju pengantin dan yang paling saya suka- makan nasi minyak! Nyum2.. Memang seronok dapat pergi kenduri kahwin. Bila semakin dewasa yang menjadi kureng best bila banyak sangat soalan yang jawapannya sendiri pun kita tiada..
Secara jujurnya, saya tak cari pun calon suami tu. Tak tahu nak cari macam mana. Macam mana rupa, macam mana sifat dan keistimewaan yang mesti ada pada seorang lelaki tu. Tapi kita kenalah percaya pada janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan sememangnya semua orang sedia maklum;
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Saya ni perangai kebudak2n; susahlah kalau dapat orang yang kebudak2n juga.. =.='' Memang comel tapi... Sebab tulah kena ubah perangai dulu baru boleh berangan nak kahwin. huhu.. Kalau nak orang yang jenis bertanggungjawab, kita kena jadi orang yang bertanggungjawab; nak orang yang memahami kita kena belajar faham orang dulu..
Tapi susahnya nak ubah perangai, rasa macam berlakon pula.. Tapi takpe, mula-mula macam berlakon, nanti lama2 ianya akan jadi sebahagian diri kita.. Chaiyok2 Husna berusaha mematangkan diri, mendalami ilmu Agama dan ilmu alam rumah tangga.. Huhu.. Kalau Husna yang berumur 17 tahun berbicara soal kahwin konfem merah dah muka.. Yang umur 24 tahun ni dah tak tahu malu yer.. Tu maksudnya da mature sikit la tu.. Yezza! Hihi..
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-
Daripada surah di atas kita kenalah berusaha mencari jodoh kita juga sebenarnya. Seeloknya dilakukan atas landasan syariat iaitu menghantar perantara untuk merisik. Tapi orang sekarang ni memang sangat berani; face to face jer.. Ikut gaya omputih, will u marry me.. Kalau orang tu pemalu macam kita konfem kena reject; terkejut dowh.. Without any salam, and intro, and very sudden too... If antar perantara sesama jantina boleh juga akak yang jadi perantara tu wat slow talk, tak dela malu sangat. Betul x.. Agak2 la kalau nak bagitau isi hati pun.. Kalau tak nak orang lain tau, sekarang kan da canggih.. boleh tanya by mesej or e-mail.. Kalau yang masih mengekalkan cara tradisional, pos laju masih ada.. hantar surat.. (best gak sekali-sekala dapat surat =)... ) At least ada freedom di situ bila nak reply, ada masa untuk memikirkannya... sehari, dua hari, tak pun setahun, dua tahun... huhu.. tapi berisiko pula, takut tak sampai pada empunya diri.. hmmm.. Apa2 pun Selamat Berjaya bagi mereka yang masih single bercita2 BESAR menamatkan zaman bujangnya...