Saturday, January 22, 2011

Cara hidup mempengaruhi cara mati...


Salam...


Pagi ni sewaktu bertolak pergi kerja, saya mendengar motivasi pagi di radio Ikim. Saya tertarik dengan isi kandungan motivasi yang bertajuk 'Cara Hidup Mempengaruhi Cara Mati Kita'. Dengar tajuk sahaja sudah membuatkan saya tertarik nak mendengarnya. Pada awalnya, saya berfikir, memanglah kalau gaya hidup seseorang tu mempengaruhi cara mati. Contohnya jika seseorang asyik makan-makanan fast food yang berkolesterol tinggi, peratusan untuk dia mati disebabkan sakit jantung tu tinggi, kalau banyak merokok, peratusan mendapat kanser paru-paru tu tinggi... Rupa-rupanya ia mengenai asas aqidah agama Islam iaitu rukun Iman dan rukun Islam. Hehe.. Saya terasa cara saya berfikir telah dipengaruhi oleh pekerjaan saya. =D


Menurut pakar motivasi tersebut umat Islam wajib mempunyai satu set sistem kepercayaan (Belief System) yang mengandungi rukun Iman (1. Percaya kepada Allah, 2. Percaya kepada Malaikat, 3. Percaya kepada Kitab-Kitab, 4. Percaya kepada Rasul-Rasul, 5. Percaya kepada Hari Kiamat, 6. Percaya kepada Qada' dan Qadar).


Untuk mengukur tahap kepercayaan masing-masing (tepuk dada, tanya iman) boleh di menifestasikan (Mechanism of Beliefs) melalui antaranya rukun-rukun Islam yang kita lakukan (1. Mengucap Syahadah, 2. Solat 5 waktu, 3. Berpuasa di bulan Ramadhan, 4. Membayar zakat, 5. Menunaikan haji bagi yang mampu). Selain itu, ia di terjemahkan dalam ahklak kita sehari-harian dalam taat kepada perintah Tuhan (seperti menutup aurat, menjaga perlakuan antara lelaki dan perempuan, mencari rezeki yang halal dan sebagainya yang dituntut), menjauhi perbuatan dosa dan melakukan amalan-amalan sunat.


Kesimpulannya, jika kita tidak mengamalkan cara hidup Islam maka cara mati kita peratusan tinggi tidak dalam keadaan Islam. Hidayah dan petunjuk Tuhan adalah untuk dicari bukan dinanti tanpa membuat apa-apa. Kita perlu berusaha untuk mendapat keredhaanNYa...

Kita sebagai umat Islam disarankan untuk berdoa. Doa itu adalah senjata umat Islam dan kita tidak mengetahui perkara ghaib, lebih-lebih lagi bagaimana khabarnya iman kita pada masa akan datang...




'Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dari kebaikan semuanya, yang segera dan yang tertunda. Yang aku ketahui dan yang tidak. Aku memohon kepadaMu syurga dan apa-apa yang mendekatkan kepadanya, baik berupa ucapan ataupun perbuatan. Aku memohon kepadaMu dari kebaikan yang dia memintaMu darinya, iaitu hambaMu, sekaligus RasulMu Muhammad. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang mana dia memohon perlindungan kepadaMu iaitu hambaMu sekaligus RasulMu, Muhammad. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan untukku dari sesuatu hal, kiranya Engkau berkenan menjadikan akibatnya sebagai petunjuk'


Amin....




Wallahu'alam...


Thursday, January 20, 2011

CORETAN DARI SEORANG NAQIBAH

Husna nak share CORETAN seorang naqibah yang sarat dengan nasihat....

Bismillahirahmanirahim
Ku tulis coretan kali ini sebagai jawapan buat soalan soalan yang sering dikemukakan oleh anak anak halaqah ataupun adik adik kesayanganku. Ketahuilah wahai adikku sekalian, kakak mu ini bukanlah insan yang paling layak untuk menjawab segala pertanyaan yang dikau kemukakan. Namun, dengan sedikit kekuatan yang ALLAH pinjamkan kepada diriku yang kerdil ini, maka kakak mu ini sedaya upaya, mencoretkan sesuatu untuk dirimu, kerana seperti yang ku ikrarkan dalam janjiku kepadaNYA, biarlah sebarang tulisan ku yang sederhana ini membawa hati hati yang membacanya kembali kepada pemilik hati hati yang sebenarNYA.

Tersenyum simpul diriku apabila membaca soalan soalan yang sering di'sms' kan oleh anak anak dan adik adikku. Kadang kadang terfikir layakkah diriku ini untuk memberi nasihat berkaitan hal sedemikian kerana diriku ini juga tidak punya ilmu dan pengalaman. Mungkin jika yang ditanya serba sedikit berkaitan ilmu haraki ataupun tarbiyah, inshaALLAH boleh ku jawab sedikit ataupun lari saja terus merujuk kepada naqibahku. Tetapi apabila ditanya soal cinta dan perasaan, diriku pun turut menjadi bingung. Apatah lagi cinta manusia ini sebenarnya terlalu abstrak.

Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah fitrah kepada manusia. Sesungguhnya berbohonglah mereka yang mengatakan bahawa tidak pernah punya perasaan cinta. Cinta yang paling agung sudah tentunya mencintai yang MAHA KUASA iaitu ALLAH SWT. Selain itu, cinta kepada rasulNYA, agamaNYA serta jalan perjuanganNYA merupakan antara cinta yang perlu dicari oleh kita yang bernama manusia. Cuma kadang kala diri kita yang lemah ini tertipu dengan permainan dunia. Sesuatu yang kita anggap indah itu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita kerana sesungguhnya syaitan itu sengaja menjadikan segalanya indah di matamu agar dikau mengikut jejak langkahnya.

Allah sudah memberi peringatan dalam kalam cinta dariNYA:

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Adik adikku yang disayangi,

Ketika menghadiri satu forum tentang cinta yang di anjurkan di Universiti Malaysia Sabah, kakakmu ini begitu tertarik dengan perumpaan cinta yang diberikan oleh ahli panel. Katanya,

Cinta itu ibarat kentut, di tahan sakit, di lepas puas
Gamat seluruh dewan dengan gelak ketawa para penonton. Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada kita yakni hamba hambaNYA. Bukankah DIA itu yang Maha Pemurah, DIA memberikan segalanya kepadamu, cuma dirimu itu sahaja yang tidak menyedarinya. Cinta itu adalah milik semua tetapi sejauh mana cinta itu disandarkan semata mata keranaNYA? Apatahlagi tika usiamu yang masih berpaksi pada alam remaja, terlalu banyak kepentingan cinta yang harus kau pilih dalam hidupmu.

Pertama sekali cinta pilihanmu adalah janji pada ALLAH dan Rasulmu. Bukankah setiap kali dalam duduk tasyahud mu di dalam solat kau telah bersaksi bahawa hanya DIA yang layak disembah dan kau bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruhNYA. Maka, lafaz yang dijanjikan itu sudah menuntut dirimu untuk melaksanakan seperti yang kau ucapkan. Sudah tentu yang kau cari dalam hidupmu adalah cinta hakiki ALLAH SWT di samping menelusuri perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Untuk keduanya, cinta pilihanmu adalah untuk keluarga dan pelajaranmu. Wahai adikku, ingatlah betapa susah dan peritnya seorang ibu ketika melahirkanmu. Inginku berkongsi sedikit pengalaman ketika bertugas di wad bersalin, kadang kadang seorang ibu itu terpaksa menanggung kesakitan berhari hari semata mata untuk melahirkanmu. Sesungguhnya dia merintih dan menangis kesakitan akan tetapi apabila mendengar suara tangisan mu, itula ubat untuk segala kepayahan yang dihadapinya. Bagaimana pula dengan ayahmu, yang tidak pernah mengenal erti penat lelah untuk mencari nafkah demi sesuap nasi. Sanggupkah dirimu menggadaikan cinta yang suci dan murni ini hanya semata mata untuk sesuatu yang belum pasti? Sesungguhnya ayah dan ibumu itu, harapannya agar dikau berbakti kepada agama dan ummah. Adikku, hargailah mereka dengan kesungguhan mu menuntut ilmu akhirat yang diseiringkan dengan ilmu dunia.

Ketahuilah adik adik, Mengikut apa yang kakak mu ini pelajari dalam teori kejururawatan berpandukan theori Erik Erikson Stages of Development, dirimu sedang mengalami Identity versus Roles Confusion. Dalam tahap ini, dirimu mula mencari dan membentuk personaliti dirimu. Selalunya, apa yang kau dapati adalah apa yang kau perolehi dari sekelilingmu. Malah, dirimu juga bisa terjebak ke alam kekeliruan dalam membina jati diri. Konklusinya, dirimu akan mudah membuat sesuatu keputusan di luar pertimbangan yang benar. Mungkin pada tika ini, jiwamu juga akan mudah memberontak. Dirimu mula berasa hanya mereka yang sebaya sahaja memahamimu. Seterusnya, perasaan cinta pilihan yang ketiga muncul. Dirimu mula tertarik kepada makhluk yang berlawanan jenis dengan mu. Ahh... memang tidak dinafikan bahawa adalah amat sukar untuk menepis perasaan sebegini. Pernah diri ini ditanya oleh anak anak usrahku, maka jawapanku senjata yang paling ampuh untuk mempertahankan dirimu adalah penggantungan kepada ALLAH SWT dan seterusnya hati yang sentiasa berhajatkan pada tarbiyah.

Sudah tentu adik adik mengatakan, wahai kakakku, dirimu yang menulis itu sudah tentu mudah sahaja untuk menarikan jari jemari pada cik laptop kesayanganmu. Adik adikku, tahukah kalian bahawa insan yang berkata kata itulah yang akan diuji dengan kata katanya sendiri. Mahu atau tidak, kita mestilah sentiasa bersiap sedia untuk menerima ujian dariNYA kerana seperti biasa, kita hanyalah hamba walau setinggi mana pangkat ataupun kedudukanmu.

Adik adiku.. ingin ku kongsikan satu frasa kegemaranku iaitu

A Women's heart should be so lost in ALLAH, that a man needs to seek HIM in order to find her

Sejauh mana dirimu itu cuba untuk menikmati cinta manusia, tapi tidak akan bermakna apa apa tanpa sentuhan cinta dariNYA. Cuma ingatlah pesananku, semakin kau mengejar cintaNYA maka dirimu akan terus di asak dengan cinta manusia kerana seperti pesanan ku selalu kepada kalian bahawa

Mereka yang dekat dengan ALLAH bukan calang calang orang, perlu melalui proses tapisannya.

Dan yang paling menakutkan sekali wahai adik adikku, seseorang itu menjadi lalai semata mata kerana kita yang kerdil dan lemah ini. Sedangkan kita sama sama bernama manusia. Sebaik baiknya kita menjadi asbab kepada kebaikan manusia berbanding menjadi asbab kepada kehancurannya kerana Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita:

Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa apa yang disinari matahari. Hadis riwayat Al tabrani
Adik adik, jika benar sayangkan ALLAH SWT, sudah tentu kita tidak mahu menjadi penggugat rindu insan lain kepada ALLAH SWT, jika benar sayangkan insan agung Muhammad SAW, sudah tentu kita tidak mahu menjadi asbab kepada lalainya insan lain mengikuti sunnahnya. Sesungguhnya tidak salah bercinta namun biarlah halal dan semuanya kerana ALLAH. Hati itu memang susah sekali hendak mengikhlaskan keranaNYA tetapi ambillah cara yang diredhainya untuk menyemai cinta dan berdoalah agar cinta kalian diberkati dan diterima olehNYA.

Buat mereka yang masih tercari cari cinta, seperti yang dikatakan oleh cik Asiah Yusro dalam artikel Pemilik Hatiku


sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

Mari kita bermuhasabah diri, mungkin kekuatan kita ini belum cukup dan mampu untuk kita 'menduakan perjuangan'. Selain itu, mungkin ALLAH SWT ingin membersihkan hati mu sebersih bersihnya sebelum mempertemukan dikau adikku dengan pemilik hatimu.

Diriku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terhadap kekurangan di dalam penulisanku. Seperti yang ku katakan sebelum ini, aku bukan srikandi solehah, doakan agar diriku ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Selain itu, ku pohon pimpinan kalian agar diriku terus diberi kekuatan iman untuk menulis kerana sedang Sayyiq Qutb bisa menulis Tafsir Fi Zi Lalil Quran ketika dipenjara, sedangkan diriku yang sedang duduk bersenang lenang ini tidak mampu mencoretkan walau sebaris ayat pun?

Sebelum mengakhiri kalamku, ingin ku berkongsi sebuah irama lagu yang indah, semoga bisa membawa hati hati kita kembali mengingatiNYA.


Maaf tuk berpisah
Tashiru

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Reff..
Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati yeee
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru ooo
Akan membuat hati menjadi ternodai

Back to reff.
Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita oooooo


Wallahualam

Dari Kakak Naqibahmu

Murabbiyah to be,
ICU Nurse to be,

Asiah Yusro

Izinkan diriku menjadi seperti Asiah disisiMU... Ameen ^_^

Wednesday, January 12, 2011

Takdir... Part II

ULANGAN


Dalam Takdir Part I seorang murid telah bertanya pada gurunya mengapa Allah SWT mentaqdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa Allah SWT mentaqdirkan kepada suatu kaum kebahagiaan sedangkan kaum yang lain kesengsaraan? Dan mengapa ada syurga dan neraka bukannya syurga sahaja?


Jawapan guru: petunjuk Allah sama seperti rezeki...... cuba kamu menunggu rezeki tanpa ikhtiar sehingga rezeki itu datang kepada mu...






Sambungan..



Guru:
Orang itu pasti menolak, dia akan mengatakan tentu sahaja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki. Dengan pengakuannya itu, hujahnya lemah dan dapat dikalahkan.
Kita berkata lagi kepadanya, kamu bersandar kepada takdir dan mengatakan bahawa segala sesuatu itu berlaku berdasarkan titah qada' dan qadar. Namun, cubalah api ini kamu pegang dengan tanganmu, maka jika ditakdirkan membakar barulah tangan kamu melecur terbakar olehnya. Jika dia menolak maka kalah juga hujahnya.
Katakan pula kepadanya, secara refleks (automatik) manusia suka mengelak sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya ketika hampir hendak dilanggar kereta dia akan segera mengangkat kedua tangannya meskipun perbuatan itu tidak mampu menghalangnya. Begitu juga dengan orang yang lemas, dia akan melambai-lambaikan tangannya meskipun lambaian tangan itu tidak menjamin keselamatannya.
Jika demikian, mengapa orang yang berakal tidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan dan kebebasan yang telah diberikan kepadanya.

Kesimpulan:

Kebahagiaan itu akan diberikan melalui beberapa usaha yng dilakukan dan diiringi dengan qada' dan qadar.

Begitu juga dengan kesengsaraan itu diberikan melalui beberapa sebab sesuai dengan apa yang kita lakukan dan tetap diiringi dengan qada' dan qadar.

Maka, berusaha, berdoa dan bertawakkal segalanya akan dipermudahkan untuk menuju kepada apa yang telah diimpikan seolah-olah ianya telah diciptakan buat kita semua tanpa mengkambing hitamkan taqdir jika kesulitan dan kesusahan menimpa diri kita. Bukankah dugaan satu peluang bagi kita sebagai hamba Allah untuk mendapat pahala daripadaNya...

InsyaALLAH...

Sunday, January 2, 2011

Takdir....PART 1



NASIHAT GURU KEPADA MURIDNYA TENTANG QADA' DAN QADAR.








Murid: Wahai guru, kamu seringkali menyampaikan kepadaku tentang masalah yang menarik hatiku. Sehingga ingin sekali aku menanyakan kepada guru.


Mengapa Allah SWT mentaqdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa tidak hidayah sahaja?


Mengapa Allah SWT mentaqdirkan suatu kaum berupa kebahagiaan sedangkan kaum yang lain ditaqdirkan sengsara? Mengapa tidak kebahagiaan saja?


Mengapa ada syurga dan neraka, bukan hanya syurga?


Apa dosa yang d taqdirkan untuk tersesat dan kesengsaraan?






Guru:




Sesungguhnya masalah pembahasan ini erat sekali kaitannya antara Khaliq dan mahkluk. Yang pertama kita mulakan masalah yang berkaitan dengan mahkluk. Masalah ini sesungguhnya erat sekali hubungannya dengan kita sendiri dan lebih dekat dengan indera kita. Menurut hemat saya manusia itu mempunyai akal. Dengan akal manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Dengan akal itu juga timbulnya taklif (pembebanan hukum), bererti seseorang yang berakal itu mukallaf (yang di bebani hukum). Oleh kerana itu tidak ada taklif bagi anak kecil dan orang gila.




Di sisi lain, manusia itu mempunyai kebebasan. Ini tidak boleh disangkal bagi orang yang berakal. Dia berdiri duduk, bahkn pergi dan datang kerana kebebasannya. Dia boleh berbuat taat kalau mahu, dan boleh juga berbuat kemaksiatan jika mahu. Jika demikian dia tidak boleh berdalih hanya kerana takdir.




Jika dia tetap berdalih pada takdir, sementara potensi dirinya diketepikan, cuba kita pukul sahaja dia atau disakiti, atau kita lecehkan harga dirinya. Bagaimana reaksinya? Dan kita katakan padanya bahwa kita lakukan semua ini adalah takdir. Aku tidak boleh menolak sesuatu yang telah ditentukan kepadaku sebagaimana yang kamu katakan itu. Mengapa kamu membela dirimu dalam berbuat maksiat kepada ALLAH, dengan alasan takdir sedangkan yang lain tidak kamu bela? Jika dia tidak maafkan kita hujahnya jelas kalah.




Jika kita menyuruh orang itu supaya taat sedang dia menjawab: Ya aku akan taat jika ALLAH berkenan memberi petunjuk.


Maka katakan saja kepadanya: Sesungguhnya masalah petunjuk itu sama sahaja dengan rezeki. ALLAH SWT Maha Pemberi Rezeki sebagaimana ALLAH SWT Maha Pemberi Petunjuk. Jika kamu menunggu Allah memberi petunjuk tanpa kamu berusaha sama sekali maka cuba kamu tunggu rezeki tanpa ada ikhtiar, atau duduk saja dirumahmu, tutuplah pintu mu sehingga rezeki yang kamu datang itu datang sendiri kepadamu.






bersambung...