Friday, November 26, 2010

DuNia BaRu


Salam...

Alhamdulillah, segala syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana dengan nikmatNya kita masih lagi berkesempatan menulis blog. Dalam masa yang sama sedang mencari ayat untuk menyiapkan diari research. Huhu..

Alhamdulillah, kerana akhirnya kita dapat tawaran kerja dan bakal memulakan alam pekerjaan, sebagai seorang jururawat pada 1 Disember ini. Rumah sewa pun dah berjaya dicari. Berdekatan dengan rumah ex-jiran kita waktu kita kecil dulu.. Mak cik tu pun tengok kita macam tak percaya yang kita dah besar. Yelah, 16 tahun lamanya tak berjumpa.

Tempat kerja kita di Melaka. Dekat Muar, 45 minit ulang-alik. Boleh main cak2 dengan ibu.. Hehe.. Pasti ibu yang kurindui- dan juga ahli keluarga yang lain.. Hihi, takut abah jeles.. Abah dah pandai komplen, kalau telefon rumah asyik nak cakap dengan ibu jer..

Rasanya dah tak tau nak tulis apa.. Cuma terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan.. Selama ini kita semua sentiasa bersama (teramat banyak kenangan) dan selepas ini masing-masing membawa haluan masing-masing.. Walaubagaimanapun, kalau ada jodoh (maksudnya kalau korang nak kahwin), kita jumpa lagi (jangan lupa jemput kita, huhu)...

Wassalam...


Wednesday, November 17, 2010

HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
Sejak akhir2 ni kita selalu perhatikan di FB banyak yang post kan mengenai fitnah dajjal, hari kiamat dan yang seumpama dengannya... Ini adalah beberapa tanda2 hari kiamat semakin hampir yang kita tahu. Jika ada yang kurang atau tersalah bolehlah berkongsi untuk sama-sama kita pelajari. Semoga input ini dapat membantu kita dalam mujahadah menginsafi diri sebagai umat yang terakhir di muka bumi ini.. InsyaALLAH...

Tanda- tandanya....


1. Penaklukan Baitul Maqadis

Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu daripadanya ialah penaklukan Baitul Maqadis". ~sahih Bukhari~


2. Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


3. Alat muzik bermaharajalela
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad.


9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".


10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim


Wallahualam...


Tuesday, November 2, 2010

10 pintu..

Salam..

Sejak akhir2 ini kita selalu berkeluh-kesah... Susah betul hidup kita sebagai graduan yang menganggur hinggakan kita terlupa banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan dalam kelapangan waktu yang sudah terbentang luas ini... Jadi, ini adalah peringatan untuk diri kita dan juga rakan2 yang lain bahawa di setiap peristiwa hidup kita akan ada musuh yang kita tak nampak (syaitan) yang sentiasa menunggu peluang untuk memasuki ke dalam hati kita... Wallahu'alam...



Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:


1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)


4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).


8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.


10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)...


Semoga diri kita di pelihara daripada sifat-sifat mazmumah ini.. Amin..