Friday, December 16, 2011

Saya perlukan supplemen 'Mujahadah'

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Allah bagi saya ruang dan waktu untuk melayari internet, mendengar ceramah. Kadang-kala kita tahu sesuatu perkara tetapi disebabkan kelalaian kita sering melupainya. Jadi kita perlukan sesuatu bagi menjadi peringatan buat diri kita. Saya letak satu ceramah yang memberi kesan dan membuatkan saya berfikir panjang...




Saya perlukan supplemen 'mujahadah' untuk memberi kekuatan menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mungkin saya belum bercinta tapi persahabatan yang akrab dengan kawan2 lelaki kadangkala boleh menimbulkan salah faham. Saya ingin menjalani kehidupan mengikut syariat yang ditentukan Allah. Tapi saya tak tahu mana nak bermula kerana saya tak dapat menahan rasa bersalah yang bersarang dalam jiwa saya ini sekian lama...

Wallahu'alam...

Sunday, December 11, 2011

Islamik Processor...

Assalammualaikum... saya tengah melayari majalah Gen Q isu no. 4.. ini adalah beberapa pengisian yang saya ingin kongsikan sebab SubhanAllah, isi sangat sempoi tapi mendalam maknanya...

1. Jika kita marah- TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.

2. Jika kita bingung- KLIK doa agar tenang hati.

3. Jika kita dipuji- RELOAD syukur supaya tidak alpa.

4. Jika kita gagal- DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

5. Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

6. Jika kita bersedih- SELECT ibubapa untuk meluahkan perasaan.

7. Jika kita berdosa- UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

8. Jika kita berdendam- DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

9. Jika kita berbohong- BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.

10. Jika kita buat maksiat- REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha...


Jom kita ctrl sesetengah dialog yang dah biasa kita sebut dan shift kepada dialog moden yang lebih berpahala... ^_^


ctrl shift

Pergh... gempak giler... SubhanAllah

OMG (oh my God)... Ya Allah

Terbaik... Alhamdulillah

Ok...orait... InsyaAllah

Cilakak... MasyaAllah

Ellemak...Lupa lak... Allahumasolli 'ala Muhammad

Arghh...pening... Astaghfirullah

Eeee...teruknya... Na'uzubillah

Opocot... Allahu Akbar

Hek eleh... La ilaha illallah




Wassalam....=)

Sunday, December 4, 2011

Muhasabah Cinta...




Assalammualaikum semua...

Waktu tgh menjelajah FB saya terjumpa satu shout out di Aku Islam yang berjaya membuatkan saya tersenyum..
Hehe.. Comel~~ Bacalah yer saya dah copy paste di bawah ni..


♥ KISAH CINTA ORANG MUDA REMAJA ♥

Pakwe : sy cukup mecintai awk lbh dr segalanya

Makwe : betul ke?

Pakwe : semestinya betul dan tiada keraguaanya lg sygku

Makwe : buktinye?

Pakwe : lautan api sanggup sy redah

Makwe : waa awk tahu ke lautan api tuu ape?

Pakwe : x,nape?

Makwe : kalau awk nak masuk neraka(lautan api) pergilah seorang seorang sy tak nak,kan lebih indah awk cakap "

sy sanggup menikahi awk demi cinta kita kerana ALLAH "



p/s : Bercakaplah megikut kemampuan bkn mengikut kemahuan (^^,)


- Naurah Amalina Al-hanzalah




Sememangnya jatuh yang tiada simpati punya jatuh adalah jatuh cinta.. boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa dan pada sesiapa pun.. Bila jatuh cinta mood dan perasaan tu senang naik turun macam roller-coaster..

Jadi,kita kenalah muhasabah cinta tu setiap masa supaya kita berupaya mengawal diri dan dalam ketenangan. Takdelah nak resah gelisah jer... ^_^




Ya Allah semoga hati ku ini sentiasa dalam jagaan MU... Amin...