Sunday, December 26, 2010

Puisi untuk sahabat.


DUHAI SAHABAT...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya,
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu,
Allah SWT selalu berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan,
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan,
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi denga ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka, ingatlah.. Walau dimana atau ke mana pun engkau menghadap..
ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI..


Sesibuk mana pun kita jangan sekali lupakan tuhan kerana sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang...


Saturday, December 25, 2010

cinta


Mukadimah:

Cinta sejati jarang yang tiada halangan. Contohnya seperti kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Betapa benih cinta di hati Zulaikha tumbuh menyebabkan Nabi Yusuf terpenjara. Namun setelah Yusuf dibebaskan dan terpilih menjadi wazir cinta zulaikha terhadap Yusuf bersatu. Zulaikha ditemukan Yusuf di pasar dalam keadaan yang comot menyebut-nyebut nama Yusuf sedangkan Zulaikha asalnya seorang jelitawan. Itu kisah cinta sejati yang bersatu. Ada juga cinta sejati yang tidak bersatu, berpisah dengan kematian dan sebagainya..


Isu:

Ada kawan kita tanya sama ada kita dah ada yang istimewa belum... Hahaha.. Tergelak besar kita dengar. Kita jenis yang susah nak melekat dengan orang. Bagi kita hidup ini kena realistik. Antara beautiful lie dengan miserable truth, kita rela pilih miserable truth. Sebab tu tiada kisah cinta dalam hidup kita lagi. Malah kita tak tahu mendefinisikan cinta itu sebagai apa. Yang kita tahu apabila bersahabat dengan seseorang, kita kena belajar adaptasi dengan orang tu sambil jadi diri sendiri. Walaupun diri sendiri banyak kelemahan. Supaya kita tahu sejauh mana orang yang bergelar sahabat tu boleh terima diri kita.

Tapi disebabkan umur kita da masuk awal 20-an, ibubapa selalu bising. Belum masuk campur nenek2 dengan mak cik pak cik... Huh, horror... Tu yang lari pergi kerja... Kat tempat kerja pula diaorang duk kenenkan ngan orang ni, orang tuh... Huhuhu... Layanzzz...

Kisah2 kat novel memang ada segilintir yang memaparkan realiti kehidupan, tapi kebanyakannya hanya membuatkan si pembaca hidup di buai mimpi.. Salahkah bermimpi?! Ianya salah kalau kita mengabaikan tugas kita sebagai seorang manusia.


Kesimpulan:

Cintakan Allah sebelum kita mencintai diri kita,
Cintakan diri sendiri sebelum kita mencintai orang lain...






Tuesday, December 7, 2010

Pasrah...


Salam...

Alhamdulillah.. Tahun ini sempat merayakan tahun baru di rumah.

Perancangan seperti biasa sudah di buat tetapi apa-apa pun setiap mahkluk di dalam qada' dan qadar Ilahi jua.. Setiap rencana Allah pasti ada hikmahnya. Semoga setiap nikmat dan dugaan hidup yang bakal kita hadapi dan juga semua yang lain berjaya di lalui dalam rahmat Ilahi hendaknya... Amin...

Sebenarnya kita sedang pasrah dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.. Kalau ikutkan hati, hendak menangis semahu-mahunya.. Tetapi hati orang Islam itu kuat dan tabah serta berjiwa besar, maka kita mengambil keputusan untuk melupakan apa yang berlaku dan terus mara ke hadapan sahaja..

InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja..

Wassalam..


Friday, November 26, 2010

DuNia BaRu


Salam...

Alhamdulillah, segala syukur di panjatkan kepada Ilahi kerana dengan nikmatNya kita masih lagi berkesempatan menulis blog. Dalam masa yang sama sedang mencari ayat untuk menyiapkan diari research. Huhu..

Alhamdulillah, kerana akhirnya kita dapat tawaran kerja dan bakal memulakan alam pekerjaan, sebagai seorang jururawat pada 1 Disember ini. Rumah sewa pun dah berjaya dicari. Berdekatan dengan rumah ex-jiran kita waktu kita kecil dulu.. Mak cik tu pun tengok kita macam tak percaya yang kita dah besar. Yelah, 16 tahun lamanya tak berjumpa.

Tempat kerja kita di Melaka. Dekat Muar, 45 minit ulang-alik. Boleh main cak2 dengan ibu.. Hehe.. Pasti ibu yang kurindui- dan juga ahli keluarga yang lain.. Hihi, takut abah jeles.. Abah dah pandai komplen, kalau telefon rumah asyik nak cakap dengan ibu jer..

Rasanya dah tak tau nak tulis apa.. Cuma terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan.. Selama ini kita semua sentiasa bersama (teramat banyak kenangan) dan selepas ini masing-masing membawa haluan masing-masing.. Walaubagaimanapun, kalau ada jodoh (maksudnya kalau korang nak kahwin), kita jumpa lagi (jangan lupa jemput kita, huhu)...

Wassalam...


Wednesday, November 17, 2010

HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
Sejak akhir2 ni kita selalu perhatikan di FB banyak yang post kan mengenai fitnah dajjal, hari kiamat dan yang seumpama dengannya... Ini adalah beberapa tanda2 hari kiamat semakin hampir yang kita tahu. Jika ada yang kurang atau tersalah bolehlah berkongsi untuk sama-sama kita pelajari. Semoga input ini dapat membantu kita dalam mujahadah menginsafi diri sebagai umat yang terakhir di muka bumi ini.. InsyaALLAH...

Tanda- tandanya....


1. Penaklukan Baitul Maqadis

Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu daripadanya ialah penaklukan Baitul Maqadis". ~sahih Bukhari~


2. Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


3. Alat muzik bermaharajalela
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad.


9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".


10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim


Wallahualam...


Tuesday, November 2, 2010

10 pintu..

Salam..

Sejak akhir2 ini kita selalu berkeluh-kesah... Susah betul hidup kita sebagai graduan yang menganggur hinggakan kita terlupa banyak lagi perkara lain yang boleh kita lakukan dalam kelapangan waktu yang sudah terbentang luas ini... Jadi, ini adalah peringatan untuk diri kita dan juga rakan2 yang lain bahawa di setiap peristiwa hidup kita akan ada musuh yang kita tak nampak (syaitan) yang sentiasa menunggu peluang untuk memasuki ke dalam hati kita... Wallahu'alam...



Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:


1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)


4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).


8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.


10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)...


Semoga diri kita di pelihara daripada sifat-sifat mazmumah ini.. Amin..

Wednesday, October 27, 2010

MASALAH...? Hmmm..


Salam...

Kekadang terasa diri di himpit pelbagai masalah yang sangat melemaskan. Tiadakah jalan keluar buatku? Ya Allah...

Kita tak tahulah apa yang perlu di lakukan jika berdepan dengan masalah, tetapi lari daripada masalah bukanlah jalam penyelesaian yang digemari. Apabila terasa kotak pemikiran ini sempit dan tidak dapat berfikir secara rasional, kita memandang ke arah langit, lebih tepat sekali ke arah alam yang ada di sekeliling kita.. SubhnAllah... Betapa hebat ciptaanNya. Luas terbentang seluas2nya.. Puas berlari masih tiada penghujung.. Sebab tu kita suka pergi ke laut sejak akhir-akhir ini. Mampu membuatkan pemikiran yang sempit dan dada yang sesak terbuka seluas2nya, memuji keagungan Tuhan.

Berbanding duduk kemurungan di dalam bilik yang sempit menghadap syiling yang membatasi penglihatan lebih baik ambil angin sambi bermeditasi.. Kepala yang serabut berkurangan serabutnye. Masalah masih ada tetapi alam yang terbentang ini seolah-olah memberikan semangat kepada kita untuk teruskan perjuangan, walaupun kesorangan tetapi terasa seperti di temani oleh seisi dunia ini. Apa yang perlu ditakutkan.. Ayuh, maju ke hadapan..! =)

Friday, October 15, 2010

Tibanya untuk fokus~

Salam..

Catatan sebelum ni adalah untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Emosional juga kita ni.. Tapi untuk kali ini beserta dengan azam baru, kita kenalah bangkit. Hidup tanpa cabaran ibarat nasi tanpa lauk. Tak sedap...

Maka, kita kena ada rancangan B jikalau rancangan A tak berjaya.. Apa-apa pun rancangan yang telah di susun setelah seharian berfikir itu menjadi atau tidak, kenalah berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Doakan kita! Semoga semuanya maju jaya dalam bidang yang di ceburi..

Yang sentiasa ceria,
Nurul Husna Mohd Sahabudin.





p/s: kita tak nak balasan terhadap apa-apa yang kita berikan. Cukuplah kegembiraan orang2 yang disayangi kerana kegembiraan mereka adalah penguat hidup kita...


Sunday, October 10, 2010

ibu? isteri? n bla, bla, bla

saya cedok dr notes kat FB.. sbb ksh yg menarik.. huhu..



Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu.

“Tak lah”, jawab isterinya ringkas.

“Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”

Kau isteriku

Dari ilham seorang lelaki..

“ Wanita adalah insane istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman sekarang… Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of da reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu member “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kt uma (for instance if he’s gone for a short holiday)

Budak-budak zaman sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat tempat yang happening. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang betul, jika isteri ada kat umah, kepala selalu pening. Pantang kalo isteri ada kat umah and I’m off duty, sure at times boleh membuat kepala serabut.

Kalau madame takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa.

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang ditatap sejak dari tarikh menikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memanglah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat ati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah habis ntuk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup???!

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

“Ibu, ibu… engkaulah ratu hati ku…”

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? Tak tau lah budak-budak zaman sekarang tp mse kcik, kalo mak takde, sumanya serba tak kena! Jgnkn seminggu, dua hari je dia takde kt uma, hidup mcm da tak bermakna. Memangla, mse mula-mula mak kuar umah, hati melonjak HAPPINESS!! Kalo mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. Pooott peeett. Pooottt, peeett, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit , boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap jendela tu pon ley tercabut. And if mak takde, Bangzaii!! Merdeka!!! Can do whatever!!!!

Boleh main galah pnjg smpai senja, boleh tgk tv smpai nk kua bijik mata, boleh monteng ngaji, boleh bergayut kt tepon lme2, n plg shiokk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari kedua dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sunyi sepi mcm “haunted village”. Pada ketika itulah kite sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI..

Without mum, hidup ni takde cabaran, no challenging, no suspense. Balik kul brape pon takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga itu la rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Tanpanya, hidup tidak berseri dan bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Antara impian dan realiti....

...inilah realiti kehidupan...



Salam...

Pertama-tama kali Alhamdulillah atas kurniaan malam yang indah ini setelah mengacau-ngacau puding untuk kawan sekampung yang bakal datang beraya esok. Rindu kat dia sebab lama tak jumpa. Akhirnya datang juga setelah di pujuk paksa. =)

Sebenarnya sewaktu tengah kacau puding tu sampai likat, saya teringat sebuah kisah mengenai impian dan realiti. (Sebenarnya tengah memikirkan mampukah saya berjaya dalam temuduga nanti dan walaupun pekerjaan yang ditawarkan bukan berasal dari impian hidup saya, tetapi mengikut arus masa dan keadaan, ia menjadi impian saya, kerana itulah realiti pada hari ini.) Setelah 23 tahun bernafas di dunia ni, banyak perkara yang saya impikan dan yang saya mahukan. Tetapi tak semua impian yang saya idamkan menjadi kenyataan. Walau banyak mana saya berusaha, tetap juga tak dapat mencapainya. Kadang-kadang sampai saya lelah dan penat mengejarnya. Bergelen-gelen air mata yang mengalir memohon daripada Ilahi, tetapi tiada juga berhasil. Pilu rasa hati ini bila terjadi begini..

Sebagai umat Islam kita tak seharusnya berputus asa pada rahmat Allah S.W.T. Dan dalam masa yang sama kita wajib menerima ketentuanNya. Kerana yang kita impikan itu tidak semestinya baik untuk kita.

Sebuah kisah ini mengenai seorang isteri yang setelah berkahwin selama 10 tahun tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Setiap kali dalam sujudnya dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata buat penawar duka hatinya. Hatinya berbisik tatkala melihat kanak-kanak kecil, 'alangkah indahnya jikalau daku mempunyai seorang anak. Pasti ku belai dan ku manjakannya'.

Dengan kuasa Allah, pada suatu hari dirinya rasa lemah-lemah badan, sering sakit perut dan mengalami muntah-muntah yang teruk. Dia berfikir bahawa dirinya keracunan makanan tetapi apabila dia pergi ke klinik, doktor mengesahkan dirinya mengandung. Dia dan suaminya sangat gembira.

Setelah 4 tahun berlalu, anaknya itu membesar dengan comel dan tersangatlah aktif. Tetapi anaknya mempunyai satu kebiasaan iaitu suka mengoyak tisu. Si isteri ini adalah sangat pembersih orangnya. Pada mulanya, dia memberitahu anaknya itu bahawa membazir mengoyak tisu tanpa digunakan dan jika mahu membuangnya, buanglah dalam tong sampah jangan di sepahkan merata-rata'. Anak ini pandai memujuk ibunya. Setiap kali di tegur mengenai tisu itu pasti dia membuat muka comel dan minta di cium.

Walau sebanyak mana pun di tegur, perangai anak itu masih tidak berubah dan si ibu makin merasa meluat perangai anaknya yang cuba mengambil hatinya tika di marah. 'Dulu, waktu kamu tiada rumah ibu ni bersih tanpa sampah! Sekarang kamu datang jer bersepah rumah!'. Begitulah marahnya sang isteri ini sehinggakan dipukul anak kecil itu. Jikalau suaminya ada di rumah pasti di tenangkan isterinya.

Pada suatu hari, seperti biasa anak itu membuat rumah bersepah. Si ibu yang keletihan setelah menguruskan kerja-kerja rumah dan membuat tempahan kek tersangatlah berang. Sehinggakan dia menyumpah anaknya dengan berkata, 'Kamu tiada lagi bagus!'. Anaknya yang sedih itu berlari keluar rumah dan menyorok di satu sudut laman. Si ibu yang bersiap-siap hendak menghantar tempahan kek tersebut tidak menyedari ketiadaan anaknya di dalam rumah. Di sangka anaknya berada di dalam bilik. Semasa si ibu mengundurkan kereta keluar pagar, si anak yang mendengar bunyi kereta terus menyerbu kereta tersebut kerana mahu mengikut. Bang! Bunyi kereta melanggar anak kecil itu. Si ibu yang terkejut dengan kejadian itu segera meluru keluar daripada kereta dan segera di peluk tubuh satu-satunya anak yang dimilikinya...

Begitulah kisah yang pernah saya baca dari sebuah buku motivasi.

Pengajaran kisah ini adalah:

1. manusia sering lupa untuk bersyukur atas kurniaan yang telah diberikan.
2. kebanyakan realiti kita pada hari ini adalah datangnya dari usaha kita untuk menggapai impian.
3. sebelum 'pinjaman' yang telah diberikan kepada kita ditarik balik, hendaklah kita menjaganya sepenuh hati dan menjadi orang-orang yang bersyukur.
4. Apabila kita sudah menjadi seorang ibu, kita perlu berhati-hati apabila bercakap kerana cakap kita adalah doa buat si anak.
5. Sebagai seorang anak kita perlu membantu meringankan beban ibu dan bapa.

Bagi pendapat saya, sukar hendak memilih antara impian dan realiti. Contohnya, saya menyimpan impian hendak membeli kamera DSLR Canon EOS 1000D yang berharga lebih kurang RM 5000. Kemungkinan saya mampu membelinya jika saya mengumpul duit dan berjimat-cermat. Tetapi disebabkan saya hendak membantu ibu dan bapa pergi ke Mekah. Maka, saya tidak lagi menyimpan hasrat itu dan membeli kamera digital yang hanya berharga RM 500. Kemungkinan contoh itu tidak berapa logik tetapi berhati-hatilah menyimpan impian. Janganlah impian itu bersifat idealistik yang sukar di realisasikan kerana kelak diri sendiri yang merana. Boleh menyimpan impian tetapi pastikan ianya realistik dan boleh di capai. . Dan jangan mengaku kalah, berani gagal kerana gagal itu sebahagian daripada proses daya usaha. Orang berusaha ada dua kemungkinan sama ada berjaya atau gagal. Yang tak berusaha pastilah tiada perubahan yang berlaku dalam hidupnya tetapi bagi saya sangatlah tak seronok hidup begitu kerana tiada kepuasan hidup yang dicapai. Sekurang-kurangnya pengalaman kegagalan itu memberi diri kita semangat ketabahan, kecekalan dan ketekunan berbanding orang yang jarang sekali gagal. Dan ingatlah orang yang cekal dan tekun serta mempunyai ketahanan diri yang tinggi cenderung untuk melakukan kejayaan yang besar seperti Thomas Edison. (InsyaAllah... Motivasi untuk diri sendiri di kala nervous).


Wallahu'alam...

Tuesday, October 5, 2010

....Allah Maha Mengetahui....


Ya Allah...

Hidup ini sukar dijangka... Hidup ini ibarat buku novel yang muka surat akhir telah dikoyakkan.. Kami hamba2Mu tahu perkara yang telah terjadi tetapi yang bakal berlaku selepas itu adalah satu misteri, tiada seorang yang tahu apa akan terjadi melainkan Mu, Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang zahir dan yang ghaib, di langit, di bumi dan di antara kedua-duanya... Tiada satu pun yang terlepas daripada pengetahuanMu...

Ya Allah...

Engkaulah tempatku bergantung harapan.... Terimalah istikharahku ini, yang bakal menentukan pilihanku pada masa-masa mendatang.. Berikan daku pilihan yang baik untukku dan agamaku.. Pilihan yang daku buat untuk pekerjaanku, untuk jodohku dan untuk pilihan-pilihan dalam kehidupan seharian ini. Keyakinan yang telah diberikan padaku, aku lakukannya sahaja dalam bertawakkal padaMU...

Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Redhailah daku, keluargaku, sahabat-handaiku dan rakan-rakan ku pada jalanMu... Kukuhkan ikatan antara kami, ampunilah kami, rahmatilah kami... Semoga kami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Aminnn...

Saturday, September 25, 2010

Pencuri Kain Kafan

marilah sama2 mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin


Salam..

Saya tersentuh membaca kisah ini dan ingin berkongsi pada rakan-rakan semua..
Saya ambil dari buku Al-Wasilah SAMURA (SM Sains Muar), berikutan da lama tak join usrah saya pun membaca buku usrah adik saya ni..



KisahPencuri Kain Kafan



Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kafan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. (Seriously sy mmg x sgka ada org yg sgp gali kubur semata-mata utk m'curi). Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api yang menjulang-julang keluar dari lubang kubur. (Rs2nyer azab utk dia ataupun ahli kubur tu ek?). Badannya menggigil dan terus pengsan.

Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan itu dan ingin bertaubat. (Sy pn wat bnda yg sm klau d tmpt dia). Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. (Da bape lm dia da wat keje camni ek?). Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih menghadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain sudah berpusing membelakangkan kiblat. (Astaghfirullah...). Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berpusing membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang jaminan rezeki oleh Allah.. (Ya, Allah.. Jadikan daku dlm golongan hamba2Mu yg sentiasa b'taubat. Amin...).


Moral of d Story:
1. Kita mesti yakin dengan rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.
2.Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah.
3. Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang yang a'asi (maksiat).
4. Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.
5. Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya di terima di dalam kubur lagi.
6. Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.

wasslam..

Tuesday, September 21, 2010

SEJARAH NGERI PENINDASAN YANG DISEMBUNYIKAN DARI MATA DUNIA

SEJARAH NGERI PENINDASAN YANG DISEMBUNYIKAN DARI MATA DUNIA


Umat Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan dan penin dasan sejak tahun 1920-an lagi.


Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.


Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthma niyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula se hinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.



Hafez al-Assad

Polisi penindasan selama 26 tahun yang berakhir dengan ke mer dekaan pada tahun 1946 adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh Pe rancis ke atas Algeria, Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Rakyat Syria telah memulakan kempen me nentang selepas penaklukan Perancis. Perancis dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak bandar-bandar besar. Kebangkitan yang berlaku telah dihapuskan dengan kejam, namun Perancis menyedari bahawa hari-hari mereka berada di Syria sedang dihitung.


Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran Perancis telah meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonomi tanah air.


Selepas kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat menekan. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.


KEKEJAMAN DAN PENINDASAN, SIMBOL ERA ASSAD



Penduduk Hama, yang dikenali kerana berpegang teguh dengan Islam, telah dibunuh dengan kejam dalam satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai selama 27 hari, yang didalangi oleh adik kepada pemimpin Syria Hafez al-Assad, iaitu Rifaat.

Matlamat utama rejim Baath adalah untuk memadamkan identiti Islam Syria. Bagi mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah ditahan tanpa sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya telah dikenakan hukuman, dan yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah melakukan tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga mati dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan melakukan penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan se­sungguhnya mereka amat gembira melakukannya.


Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam ke hilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.


Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.


Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria. Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang adil. Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan asal-usul keturunannya.


Namun demikian, kita harus ingat bahawa tiada satu pun masalah sosial di Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang tidak memiliki jalan penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang berlaku di kawasan tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama sekali. Namun demikian, jalan penye lesaiannya di cari selama beratus-ratus tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan hidup berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada seluruh manusia. Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian adalah tidak patut bagi diri umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah menciptakan segala-galanya, yang membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dalam aman, sejahtera dan selamat, dan telah mewahyukan semua itu kepada manusia melalui al-Quran. al-Quran telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap perkara, seperti yang diterangkan dalam ayat berikut, "...Kami turunkan kepada kamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin." (An-Nahl, 16:89)



Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2 Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai 30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu orang penduduk terpaksa melarikan diri. Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam.

Sekiranya ajaran moral terbaik yang diberitahu di dalam al-Quran dapat difahami dan seterusnya diamalkan, maka segala masalah yang sedang berlaku di dunia ini akan dapat diselesaikan dengan mudah. Memandangkan jalan penyelesaiannya adalah hidup berdasarkan ajaran al-Quran, maka mereka yang memiliki kesedaran adalah bertanggungjawab untuk menerangkan al-Quran kepada orang lain. Di dalam al-Quran, para utusan Allah telah menerangkan tanggungjawab mereka seperti berikut:

Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan jelas. (Yaasin, 36:17)


Allah menyeru kepada keamanan dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Yunus, 10:25)


Saya ambil dari www.hyahya.org/malaysian/buku/.../kebangkitanislam18.php
sebab saya agak terkejut dengan kisah yang dipaparkan.
Harap menjadi iktibar untuk umat Islam masa kini untuk teguh mengamalkan ajaran Islam
dan memperjuangkannya.. InsyaAllah..

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan yang bakal dirindui..


Salam...
Kawan2 hayatilah maksud ayat di bawah selagi Ramadhan masih ada.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan).
(al-Qadr: 1-3)

Sudah 25 hari kita berpuasa kan? Adakah dapat memberi kesan dalam diri kita? Dapatkah kita merasai ketenangan di bulan Ramadhan ini? Sesungguhnya saya akan merindui Ramadhan pada tahun ini kerana saya tak pasti sama ada saya akan bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan. Lebih-lebih lagi kerana saya tak menjumpai malam kemuliaan (malam lailatul-qadar). Tak seharusnya saya berputus asa. Saya sepatutnya berusaha untuk mendapat keredhaan tuhan di bulan Ramadhan bukannya mencari malam lailatu-qadar. Tetapi pelbagai cerita mengenai malam lailatu-qadar yang saya dengar. Pada malam tersebut malam sangat bercahaya seola-olah berada di siang hari. Cahaya bulan gilang-gemilang, bintang2 berkelipan dengan indahnya dan malam itu juga tersangat tenang dan tersangat cantik hingga tak dapat nak diceritakan. Hanya orang2 yang bertuah sahaja dapat mengalaminya.

Wallahua'lam..

Monday, August 23, 2010

Beku sudah~

Salam..

Hari ini saya banyak menghabiskan masa termenung. Ini gara-gara borang permohonan kerja yang tanya soalan yang tak pernah terlintas di kepala. Sampai sekarang saya tak isi lagi tak tahu macam mana nak jawab. Rasa otak ni sudah beku, tak dapat memproses maklumat. Ya Allah, ni mesti berpunca daripada kuat tidur, kurang membaca dan kurang senaman. Lepas ni saya kena displinkan diri untuk menelaah pelajaran walaupun sudah bergraduasi tetapi kalau tak ulangkaji boleh lupa di buatnya. Berusaha, berusaha, pasti boleh!


Wednesday, August 18, 2010

Bulan Ramadhan bulan yang sibuk..

Salam..

Hanya catatan yang ringkas. Sekarang saya sibuk menolong mak di rumah. Lebih2 lagi di bulan puasa dan 3 minggu lagi nak raya. Da mula mengemas rumah sikit-sikit. Huhu, di tambah buat amalan sunat, solat tarawikh berjemaah, memeriahkan pesta membaca al-quran. Alhamdulillah, Allah berikan kelapangan padaku. Hmm, hari ni nak pujuk ibu buat kek lapis prune. Mesti sedaaappp..

^_^ Wassalam..

Wednesday, August 11, 2010

catatan istimewa sempena konvo

Salam..

Sudah lama saya tak menulis di blog ni lantaran sibuk bekerja sebagai 'assisstant home manager' yang dikenali sebagai 'bibik' bahasa pasarnya. Banyak betul kerja yang boleh dibuat di rumah ni. Penat... Sungguh!

Catatan kali ini saya nak mengisahkan kejadian waktu konvo. Kejadian yang tak disangka-sangka. Tergamam saya dibuatnya apabila kawan yang duduk sebelah saya tiba-tiba sakit. Dan yang paling mengkagumi saya adalah kak long boleh pergi berlari mendapatkan panadol sejurus selepas habis konvo. Bila saya tengok belakang kak Long yang cuba sedaya upaya menyelamatkan keadaan saya teringat lagu "These Are Special Times" ni.. Saya bagaikan berada di dunia lain, teringat waktu kawan-kawan yang lain dalam kesusahan dan kesakitan, kak long yang banyak membantu. Memang seorang kawan yang hebat. Seorang kawan yang tak boleh kita lepaskan kerana waktu susah dan senang dia selalu bersama kita. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas budinya.

Terima kasih juga buat kak Yam yang panggilkan PBSM dan kepada Jijah yang menemani saya waktu itu. Saya belajar 'Action Speaks Louder Than Words', tak perlu kata-kata sayang tetapi perbuatan sudah cukup untuk menunjukkan siapa diri kita. Dan kepada diri saya, jangan cepat panik dan tergamam sebab sangat membuang masa, saya perlu bertindak dengan lebih agresif jika berlaku sesuatu kecemasan pada masa akan datang. InsyaALLAH..


inilah oramg2nye yg sama2 berjuang selama empat thn di nursing UKM.. dalam gmbar ni kam dan k. fatin x der.. sob2..



pic wif k. long n kam a.k.a my roomates


pic wif my family


"These Are Special Times"

In these moments, moments of our lives
All the world is ours
And this world is so right
You and I sharing this time together
Sharing the same dream
As the time goes by we will find

These are the special times
Times we'll remember
These are the precious times
The tender times we'll hold in our hearts forever
These are the sweetest times
These times together
And through it all, one thing will always be true
The special times are the times I share with you

With each moment, moment passing by
We'll make memories that will last all our lives
As you and I travel through time together
Living this sweet dream
And every day we can say

These are the special times
Times we'll remember
These are the precious times
The tender times we'll hold in our hearts forever
These are the sweetest times
These times together
And through it all, one thing will always be true
The special times are the times I share with you

These tender moments
When heaven is so close
These are the moments that I know

These are the special times
Times we'll remember
These are the precious times
The tender times we'll hold in our hearts forever
These are the sweetest times
These times together
And through it all, one thing will always be true
The special times are the times I share
Are the times we share, are the times I share... with you
Special times I share with you

A song by: Celine Deon


Untuk keluarga dan sahabat:
andai kau dapat melihat hatiku,
andai kau sahaja dapat membaca fikiranku
betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu
menghiasi hari2 indahku
senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
cintailah aku dengan kesungguh
anmu

hehe.. saje nak rasa jiwangkan hati dengan ayat berbunga-bunga.. first time dapat bunga ros warna pink ada, putih ada dan kuning pun ada.. memang bahagia. sangat best!