Sunday, February 27, 2011

3 hadith


Salam...


Dalam mencari jati diri sebagai seorang yang bergelar Islam, saya telah membuka lembaran2 kitab yang saya belajar ketika bersekolah dahulu...

Alhamdulillah, saya terjumpa 3 hadith ini sebagai permulaan memahami agama yang saya cintai ini..


Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

-Al-Hadith-

Hadith di atas merupakan sepertiga Islam menurut pendapat Imam Syafi'i dan Imam2 yang lain. Ini adalah kerana perbuatan seseorang berdasarkan hatinya yang di manifestasikan melalui lidahnya dan anggotanya.

Dua pertiga lagi ada pada hadith2 di bawah ini:



Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata.

-Al-Hadith-


Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya

-Al-Hadith-


Semoga dengan memahami hadith2 menjadikan kita sebagai orang Islam yang lebih ikhlas dalam beramal Hanya kerana Allah.

Wallahua'lam...

Thursday, February 24, 2011

Satu Cinta



Ku bermohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku
Keimananku

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu aku tinggalkan
Demi cintaku kepada Mu
Walau seribu rintangan
Yang menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Oh Tuhan
Selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan
Jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Tuesday, February 22, 2011

hatiku milikku! ader mslh ke?!

Salam...

Satu hari saya berdebat dengan seseorang mengenai soal hati.
Bengang dan marah gila2!!!!
Nak nangis pon ader.. (waaaa......... TT.TT)

Saya dah nekad takkan bercouple mahupun berkawan rapat dengan lelaki...
Sekadar ada urusan sahaja saya akan berhadapan dengan mereka.
Sebab tu saya reject jer semua orang, bukannya nak jual mahal!
Saya paling sakit hati kalau orang kata saya nak jadi andartu, pastu melawan sunnah nabi tak nak berkahwin!
Tuduhan yang tak berasas langsung!! X(

Jodoh tu di tangan tuhan, tak semestinya cara berusaha dengan berkawan dengan semua lelaki yang approach kita.
Atau pun menggedik tak tentu pasal ataupun terima je orang kata nak couple, kita pun kata on.
Macam tu haru-biru hidup saya nak bagi komitmen dengan semua orang.
Saya tau cara saya reject orang memang salah. Saya reject dengan kasar.
Tapi kalau tak buat macam tu, dari pengalaman saya, mereka akan terus berharap.
24 jam dok hantar mesej kat saya...
bila tak balas miscall bejuta2 mis call...
Memanglah nak kena!

Saya hanya mampu berdoa agar diri saya dilindungi dari orang2 yang berhasad dengki.
Takut juga sebenarnya sebab dah buat orang sakit hati...

Orang yang macam mana jadi pilihan saya?
Hmm...
Orang yang nak jadikan saya terus sebagai seorang isteri. Yang beragama lagi mengamalkan agamanya...
Plus, yang direstui parents saya...

Bukan untuk try and error..
Bukan untuk memecahkan kesunyian..
Bukan untuk diajak keluar jalan2 suka suki dia je...
Bukan untuk main2 mesej, chatting, bergayut kat telefon...
Jadi, minta maaflah yer kalau saya 'jual mahal'.
Saya hanya berpegang pada prinsip dan pendirian saya.
Kalau nak enjoy, kenapa tak cari kawan2 lelaki lain kan ramai...
Lagipun dalam Quran sendiri menyebut, Laa taqrabuzzina... iaitu jangan hampiri zina...

Saya pun tau, saya budak nakal juga..
Saya tau saya bukan sempurna orangnya, x derla cantik sangat..
Tapi kalau dah tahu hukum agama kenapa tidak kita beramal dengannya..

Tepuk dada tanya iman masing2..
Saya takut dengan balasan Tuhan, lebih dari segala-galanya...




dan ianya salah saya kerana selama ini saya membenarkan diri saya keluar dengan kawan2 lelaki saya berdua..
pergi shopping, makan sama2, jogging dan pergi main bowling.
Jadi, bila saya nak berubah, seolah-olah saya melawan arus gaya hidup saya..

7 tahun pun tak cukup untuk merubah seseorang jadi baik.
Tapi dalam 7 jam dah boleh buat orang jadi sejahat-jahatnya...
saya hanya ingin buat yang terbaik kerana saya sejak saya bekerja di wad kanak2 saya mendapat satu vision jika saya mempunyai anak dalam waktu saya masih tidak mempunyai prinsip hidup berdasarkan pegangan agama yang kukuh, anak2 tu akan mempunyai ahklak yang hancur..

ramai dah kanak2 zaman sekarang mengeluarkan perkataan yang biadab terhadap ibu bapa, anggap orang tua sebagai hamba mereka dan mementingkan kebendaan, bersikap pentingkan diri...

dan pelajar2 sek menengah ada yang tak pandai solat, dan mengaji. yang peliknya ibubapa mereka menganggap itu adalah perkara biasa.. tak de yang nak tegur pun.. kalau perkara basic pun da cincai-bincai lagila bab2 soal aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan...
dan kebanyakan mereka adalah dari mereka golongan ibubapa yang mempunyai status dan pangkat yang tinggi..

nauzubillah....

sebab tu saya rasa sangat takut dengan komitmen dan tanggungjawab yang di amanahkan. kerana baik dunia dan akhirat bergantung pada amalan saya di dunia ini...

wallahua'lam...