Wednesday, November 30, 2011

Sebuah janji..



Assalammualaikum...

Apa khabar semua? Saya baru sejam yg lepas balik dari double syif.. Seronok bila dapat bekerja setelah bercuti hampir seminggu.. ^_^V Yang paling saya seronok sangat ni, esok ulangtahun yang pertama saya jadi jururawat.. Alhamdulillah... Setahun bekerja sebagai jururawat sangat bermakna bagi saya... Tak tahu macam mana nak terangkan pada semua, tapi saya benar-benar rasa gembira..

Tapi pekerjaan menjadi jururawat adalah separuh masa saja.. Tanpa kita semua sedari kita adalah hamba Allah sepenuh masa... Setiap lima kali sehari kita berjanji padaNya.. Bila membaca doa Iftitah dengan penuh pengertian dan kefahaman cukup menyedarkan saya betapa dalam janji yang saya buat itu:

Bacaan Dalam rumi : -

Allahu Akbaru kabiraw

walhamdu lillahi kathiraw

wasubhanallahhi bukratau waasila.

Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardh

hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin.

Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.

La syarikalahu wabiza lika umirtu

wa ana minal muslimin.

Maksudnya :-

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,

aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya Dan dengan demikian aku ditugaskan,

dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Sejujurnya, tika bekerja saya selalu mengingatkan diri rezeki yang saya terima ini milik Allah.. Kadangkala saya takut jika dalam semakin 'terer' bekerja timbul rasa ujub di hati. Jika pangkat diberikan tinggi mula ada rasa riak. Kadangkala pekerjaan saya ini melalaikan saya dari melakukan solat mahupun amalan wajib yang lain. Mengurangkan saya dari melakukan amal soleh... Nauzubillah...

'Ya Allah berikan keberkatan kepada rezeki dan pekerjaan ku ini, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Pemurah... Ameen~'

Monday, November 28, 2011

kesunyian dan kesepian itu...


Assalammualaikum...

Sejak akhir2 ni rasa suka nak menulis. Habis kertas2 di rumah berconteng.. Hmm.. Ni tulis kat blog pula.. Saya baru je lepas menonton WHI di TV3. Tertarik dengan tajuk 'sindrom kesunyian' yang dibincangkan. Tambahan lagi seorang kawan saya ni selalu mengeluh rasa kesunyian. Rasa bosan. Lebih baik jadi lembu; boleh dikorbankan... =.=" (saya pun tak tahu macam mana nak pujuk kawan yang seorang ni)..

Sebenarnya sunyi tu bila tiada orang disisi kita. Bila di persekitaran kita duduk seorang2.. Tapi bila kita duduk kat tempat yang ramai orang, berinteraksi dengan orang ramai tapi kita masih terasa keseorangan itu namanya kesepian. Jadi maksudnya yang feeling lonely tu adalah kesepian. Kesepian berlaku bila kita rasa dipinggirkan, ditinggalkan, rasa keseorangan. Dan emosi kesepian ni kalau tak diuruskan dengan betul boleh membawa kepada kemurungan. (Tetiba terasa macam ahli psikologi pula... huhu.. sebenarnya nilah definisi yang diberi dalam WHI tadi..).

Dalam kehidupan seharian, kita ada banyak tugas yang perlu dilakukan. Tugas untuk menguruskan diri sendiri, tugas menguruskan keluarga sama ada keluarga induk mahupun keluarga yang lebih luas lagi, tugas dalam kerjaya kita dan tugas kepada komuniti.. Makanya dalam kesibukan menguruskan tugas2 tersebut akan berlaku interaksi, komunikasi dan transaksi sesama ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dan masyarakat yang berlaku di sekitar kita. Jadi, kalau kita kata dalam hidup ini kita terasa sepi tu; dari sudut mana sepi tu datang???

Yang memberi makna sepi dan sunyi itu adalah bergantung pada seseorang individu. Bagi seseorang yang hidupnya sudah biasa pergi dan balik kerja sahaja kemudian rehat menonton tv di rumah, itu baginya bukan satu kesunyian dan kesepian. Tapi bagi yang biasa bersosial dan lepak di luar bersama rakan-rakan; pergi dan balik kerja itu adalah kehidupan yang sangat sangat sunyi dan sepi. Sepi itu datang kerana sifat seseorang manusia yang memerlukan teman untuk berbicara, berkasih sayang dan teman untuk memberi prihatian. Kawan untuk berkongsi suka dan duka. sharing is caring, loving and one part of companionship...

Kadang-kadang menyendiri untuk menyediakan satu ruang dan persekitaran yang sunyi tu adalah normal. Kerana sunyi itu lebih membuahkan hasil, mendapatkan ilham, menjadikan seseorang lebih puitis dan lebih produktif. Kesunyian itu juga kadang-kadang perlu untuk mencari ketenangan dan muhasabah diri. Maka kesunyian dan kesepian bukan sahaja bersifat negatif tetapi juga ada sudut yang positif..

Bagi mereka yang mengalami kesepian yang bersifat negatif perlulah mencari punca kenapa mereka berasa demikian. Apa yang memaknakan kesepian dalam diri mereka.. Kerana kita semua perlu bertanggungjawab terhadap emosi yang kita sendiri rasakan. Selepas itu apa langkah2 yang perlu dilakukan dalam mengatasi konflik dalam diri; sama ada menghadapi kesepian, hidup dalam kesepian atau melarikan diri daripada kesepian tu.. u choose ur way..boleh juga dengan cara mencari hobi baru yang menjadikan kita lebih 'hidup'..

Saya akhiri entry saya dengan ayat2 dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah penawar bagi jiwa2 yang merasa kekosongan:

Surat Ar Ra’ad ayat 28 : “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram”

Surat Al Ahzab ayat 43 : “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya
(memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.

Mencari v/s Menjadi

Assalammualaikum semua...

Salam Maal Hijrah. Selamat tahun baru 1433 Hijrah! Alhamdulillah 26 hb aritu, kazen saya selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya. Dan seperti biasa soalan2 yang sama berputaran seperti perakam suara.. Aduyai.. Bilanyer Nina nak kahwin??

Hmm.. Memang seronok tengok orang dapat naik pelamin. Saya tumpang gembira. Saya suka dengar paluan kompang, tengok hiasan pelamin, upacara berinai, menepung tawar, acara fav kat Johor-tol, fesyen baju pengantin dan yang paling saya suka- makan nasi minyak! Nyum2.. Memang seronok dapat pergi kenduri kahwin. Bila semakin dewasa yang menjadi kureng best bila banyak sangat soalan yang jawapannya sendiri pun kita tiada..

Secara jujurnya, saya tak cari pun calon suami tu. Tak tahu nak cari macam mana. Macam mana rupa, macam mana sifat dan keistimewaan yang mesti ada pada seorang lelaki tu. Tapi kita kenalah percaya pada janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan sememangnya semua orang sedia maklum;

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Saya ni perangai kebudak2n; susahlah kalau dapat orang yang kebudak2n juga.. =.='' Memang comel tapi... Sebab tulah kena ubah perangai dulu baru boleh berangan nak kahwin. huhu.. Kalau nak orang yang jenis bertanggungjawab, kita kena jadi orang yang bertanggungjawab; nak orang yang memahami kita kena belajar faham orang dulu..

Tapi susahnya nak ubah perangai, rasa macam berlakon pula.. Tapi takpe, mula-mula macam berlakon, nanti lama2 ianya akan jadi sebahagian diri kita.. Chaiyok2 Husna berusaha mematangkan diri, mendalami ilmu Agama dan ilmu alam rumah tangga.. Huhu.. Kalau Husna yang berumur 17 tahun berbicara soal kahwin konfem merah dah muka.. Yang umur 24 tahun ni dah tak tahu malu yer.. Tu maksudnya da mature sikit la tu.. Yezza! Hihi..


"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-



Daripada surah di atas kita kenalah berusaha mencari jodoh kita juga sebenarnya. Seeloknya dilakukan atas landasan syariat iaitu menghantar perantara untuk merisik. Tapi orang sekarang ni memang sangat berani; face to face jer.. Ikut gaya omputih, will u marry me.. Kalau orang tu pemalu macam kita konfem kena reject; terkejut dowh.. Without any salam, and intro, and very sudden too... If antar perantara sesama jantina boleh juga akak yang jadi perantara tu wat slow talk, tak dela malu sangat. Betul x.. Agak2 la kalau nak bagitau isi hati pun.. Kalau tak nak orang lain tau, sekarang kan da canggih.. boleh tanya by mesej or e-mail.. Kalau yang masih mengekalkan cara tradisional, pos laju masih ada.. hantar surat.. (best gak sekali-sekala dapat surat =)... ) At least ada freedom di situ bila nak reply, ada masa untuk memikirkannya... sehari, dua hari, tak pun setahun, dua tahun... huhu.. tapi berisiko pula, takut tak sampai pada empunya diri.. hmmm.. Apa2 pun Selamat Berjaya bagi mereka yang masih single bercita2 BESAR menamatkan zaman bujangnya...


Wassalam...






Sunday, November 13, 2011

Saya kembali....


Assalammualaikum...

11.11.11 tarikh keramat buat rakan saya yang selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya. Gadis kelahiran Ganu ni buat saya rasa sebak je, mana taknya kisah cinta punyalah tragis akhirnya dia mendapat jua sebuah kebahagiaan.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Teringat waktu2 wat research sama2 dl, dia gurau nak nikah 11.11.11, saya pun sibuk gak nak 12.12.12.. Wah, tahniah sbb berjaya mencapai impian.. Tak sgka tepat 11.11.11 tuu... hihi.. Hmm.. Sedikit sebanyak memberi saya segenggam pengharapan yang saya pun boleh mendapat kebahagiaan yang sama satu hari nanti.. InsyaAllah.. ^_^

Dalam sepanjang perjalanan saya fikir2 manalah jodoh saya ni pergi.. Sibuk bebenor sampai lambat datang jemput saya.. At least show ur shadow please!!! I'll never know how u look like, how u behave, how naughty u are.. huhu... Tapi takpe, biar lambat asal selamat kan.. Saya tak gi mana2 pun duk diam2 kat sini je.. Mungkin kadar kelambatan ini mengajar saya menjadi orang yang sabar lagi memahami... Mungkin mahu saya menjadi dewasa sikit... Bak kata Heliza dalam filem syurga cinta S.A.B.A.R... SABAR... Tapi sementara menunggu ni, saya blurr... Ape yang patut saya buat ek... Tunggu duk umah diam2 atau saya boleh nakal2.. Hehe..




Cepat betul masa berlalu.. 4 hari cuti umpama mimpi.. Tatkala naik bas di Terminal Makmur rasa sayu je nak tinggalkan kawan yang sabar melayan kelatah saya yang otai dan selamba nie.. T.T Sob2 rasa x nak balik!!!

Walaubagaimanapun... Alhamdulillah, dapat balik ke rumah ku syurgaku ini... Shah Alam, saya rindu kamuuuuu!!! Rindu wad, rindu baby, rindu mak baby, x sabar nak tengok telatah2 bapa baby n rindu dengan adik yang x abis2 anta mesej rindu dgn saya... Awww...

Okla ngantuk suda~ Tata titi tutu... Lain kali saya tulis lagi...
Wassalam...


“Apa yang ada padaku dari kebaikan (harta) tidak ada yang aku simpan dari kalian. Sesungguhnya siapa yang menahan diri dari meminta-minta maka Allah akan memelihara dan menjaganya, dan siapa yang menyabarkan dirinya dari meminta-minta maka Allah akan menjadikannya sabar. Dan siapa yang merasa cukup dengan Allah dari meminta kepada selain-Nya maka Allah akan memberikan kecukupan padanya. Tidaklah kalian diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (HR. Al-Bukhari no. 6470 dan Muslim no. 1053 )1

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keridhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-’Ankabut: 69)

Wednesday, November 9, 2011

Akhirnya...


Assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya perancangan utk pergi bercuti di terengganu bersama rakan saya kak Fatin tiba.. Hari ini saya akan bertolak ke Kuantan. Rasa macam nak ronda2 pergi matrix Gambang, tempat saya belajar dulu.. Tpi, tak sempat.. 4 hari yang diperuntukkan ni pun padat.. Esok baru bertolak pergi terengganu, dan lusa pergi kenduri kahwin kawan saya.. Lamanyer tak jumpe!!!!! Rindu sangat2 dgn dia!!!! Hmm.. Apa2 pon doakan saya selamat pergi dan balik... ^_^

p/s: sayang kawan saya lagi sorang ni x dpt ikut... acik kham... sob2..

Wednesday, November 2, 2011

My lovely job~





Assalammualaikum...

Apa khabar semua? Harap2 sihat saja... Lebih2 lagi raya
korban yang makin hampir.. Mesti seronok, balik kampunggg!!!


Seperti biasa tiba hari perayaan saya tak berpeluang merasai cuti, tapi seperti raya yang lepas tiba2 je saya di cutikan di sebabkan bilangan pesakit yang amat sedikit. Hmm... Kalau berlaku lagi seperti sebelum nih, saya nak bagi cadangan: Apa kata bagi je saya cuti, tak yah saya nak susah hati jadi orang stand by.. Terfikir2 kerja ke tidak nih?! Tapi itulah cabaran kerja sebagai jururawat yang paling saya rasa. Mungkin disebabkan saya masih bujang dan rumah saya berhampiran dengan hospital. Jadi, kalau ada yang ambil emergency leave atau MC, saya adalah org yang pertama dlm senarai yang akan dihubungi. Walaupun sudah pukul 2 pagi.. =.="


Saya bekerja di tempat yang digabungkan Labour Room/ Wad Obstetric dan Gyne/ Special Care Nursery. Makanya, sesiapa yang bekerja di sini akan bergilir2 kerja di 3 tmpt ni. Macam mana giliran itu di buat, susah nak di jelaskan. Saya sebenarnya mohon wad kanak2, sebab itu adalah bidang yang paling saya pandai. Tapi tak tahu macam mana saya boleh tersesat dalam bidang yang lebih kepada maternity ni.. Blur2 di buatnyer..



Bekerja di Labour Room (Bilik Bersalin) membuatkan mata saya terbuka luas.. Pengorbanan seorang wanita untuk menjadi seorang ibu memang menyakitkan.. Huhu.. Tengok darah yang banyak bukan menjadi perkara menaakutkan lagi buat saya tapi berlaku sesuatu kecemasan/komplikasi yang tidak disangka2 tu yang paling menakutkan saya... Kecemasan pada ibu seperti tiba2 terkena sawan, pendarahan yang banyak sehingga koma, tekanan darah yang terlampau tinggi.. Kecemasan pada bayi seperti mengalami masalah pernafasan, lemas dalam perut, ada yang terbelit tali pusat sendiri dan yang paling menyedihkan keluar2 jer x bergerak (stillbirth).. Sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan, saya sentiasa mendoakan semuanya selamat.. Kadang2 saya sendiri yang menangis melihat kejadian buruk menimpa pesakit.

Bekerja di wad O n G pun bukan perkara yang mudah. Kadang2 kita berhadapan risiko pesakit yang tiba2 collapse. Walaupun di bilik bersalin pesakit stable tapi ada yang tiba2 lps bersalin mengalami masalah. Yang baru lepas menjalani pembedahan tu tak payah nak sebut lagi. Memang kena berjaga2. Apa2 pun belajar bertenang, aplikasikan segala pelan kejururawatan yang sudah kita belajar TAPI kalau masih gagal juga stabilkan pesakit, memang last choice to call doctor. Kalau berjaya stabilkan keadaan pesakit, report kn tulis.. Bab2 tulis report ni yang saya payah sikit, tak pandai nak mengolah ayat. Dalam bahasa Inggeris pulak tu...Adooiiii... Kita kan duk kat negara Malaysia kenapa tak tulis report dalam bahasa Malaysia jer?! Hmm..

Lagi satu yang mencabarnya keje kat wad Obe ni kn ajar pesakit menyusukan bayi.. Har2.. Org bujang mcm saya ni ajar breastfeeding, mmg kelakar.. Ajar ibu2 macam mana nak jaga anak diaorang yang baru lahir. Ajar cara pegang baby. Lebih2 lagi yang baru first time jadi parents tu memang banyak benda yang ditanya. Dari segi teori bolehlah saya nak jawab. Tapi saya sendiri pun belum pernah praktikkan lagi. Kadang2 saya rasa malu juga kalau kn tanya berapa org da ank staff nurse... Hmm... Skema jawapan: Senyum saje...





Kerja kat Special Care Nursery (SCN) paling best dan menarik... Agaknya saya ni memang minat neonatology... suka jaga bayi berumur sebulan ke bawah.. Bayi2 kat SCN ni kebanyakan yang saya jumpa kes2 seperti kuning, bayi2 pramatang, masalah pernafasan (grunting, RDS), masalah jantung (PDA), Meconium Aspiration Syndrome (MAS), sepsis (jangkitan kuman) dan ada sekali dua jumpa masalah yang pelik2... Kerja dengan baby tak penat cuma kena bagi perhatian yang lebih sebab baby tak pandai mengadu kalau dia rasa sakit.. Memang selalunya baby2 kat sini hourly monitoring. Kalau baby kerap nangis tak pun yang sentiasa nangis, saya memang susah hati. Check dari kepala sampai hujung kaki apa yang tak kena. Lebih2 lagi kalau susu da bagi, pampers da tukar, msh nangis lagi.. Sometimes IV line swollen, tak pun kembung perut...


Uiks.. Check2 smuanya normal. Lagi tak sedap hati. Bertambah2 tak sdp hati kalau saya jaga tujuh baby, tujuh2 menangis jer kerja.. tu kena bacakan surah kursi kat telinga setiap baby tu, pasang surah yassin dan menghadapkan semuanya ke kiblat. Terutama sekali kalau kejadian ni berlaku kul 2-3 pagi.. huhu..
tapi kalau yang tak nangis langsung atau nangis sikit jer pun saya risau jugak.. Cuba kacau dia tidur, tiba2nampak terkulai.. Hmm.. Misi yang nangis... (Memang trs S.O.S, sepantas kilat kalau boleh lagi pantas)

Dan jadi jururawat adalah perkara biasa balik lambat. Saya tak tahulah orang lain tapi saya memang selalu balik lambat sejam, paling cepat balik pun lambat 15 minit daripada masa yang sepatutnya saya balik.. Lepas balik terus baring, letak kaki atas kusyen.. Sakit betul kaki sampai ke pinggang. Waktu kerja tak rasa penat tapi bila da sampai rumah memang terasa sangat penatnya...

Itulah tugas saya sebagai jururawat.. Sebab tu tak kira mencabar, susah atau senang; saya memang gembira dan bangga bergelar jururawat.. ^_^

Wassalam..