Tuesday, February 28, 2012

That Man

Assalammualaikum..



Saya rindu nak jadi stalker~ Biasa tgk dr jauh je, skrg dah ader depan mata.. Apa2 yang curious boleh trs tanya jer.. Perasaannya-bagaikan mimpi.. =)


Thursday, February 16, 2012

Re-study

Assalammualaikum...



Tetiba jer, tajuk re-study tapi ada gambar baby tengah tidur.. Cumel kan baby ni.. Hmm, malam semalam menjaga si kenit ni. Meragam tak habis2... Stress betul, semua tak kena. Jadi mandikan dia, bagi susu, bernasyid sikit, pastu urut2 dgn baby lotion barulah dia nak tidur. Huhu... Bila dah tidur, rasa sunyi pula. Rindu bunyi merengek dia.. Ambil gambar dia tidur, sebab takut bila dia dah bangun, meragam balik, rindu dengan muka cumel dia waktu tidur.. hahaha..

Mesti ada yang tertanya benda apa kat hidung dia tu? Sebenarnya ni baby pramatang. Bagi memastikan pertambahan berat badan yang optimum, kita kena mengurangkan tenaga yang digunakan oleh baby. Menghisap susu adalah salah satu aktiviti yang banyak gunakan tenaga. Jadi, kita kena masukkan tiub makanan tu untuk mengurangkan tenaga yang digunakan. Lagi satu, baby ni letak dalam inkubator dengan suhu persekitaran yang tertentu bagi mengurangkan tenaga yang digunakan untuk mengekalkan suhu badan. Duduk dalam inkubator tak perlu berbalut. Cukup dengan pakai pampers je.. (Apa yang tertulis ni adalah apa yang selalu saya terangkan pada parents)..

Jadi jururawat tak semudah yang saya sangkakan. Saya kena menghadapi berbagai soalan sama ada logik ataupun tak logik daripada pesakit dan ahli keluarga mereka. Kadangkala soalan itu diluar pengetahuan yang saya miliki. Kesimpulan yang saya dapat, walaupun dah ada pengalaman bekerja, tapi banyak lagi yang saya tak tahu. Memang seumur hidup punya proses pembelajaran. Jadi saya terfikir untuk belajar balik (re-study). Tapi restudy disini bukanlah bermaksud kena mohon masuk universiti atau kolej. Cukup sekadar mengulangkaji dan mengimbas apa yang dipelajari. Mungkin boleh buat group study dengan rakan-rakan yang lain..

Sambil tunggu si cumel ni bangun, saya membuat outline topik yang perlu di cover. Jadi, jom kita belajar sama2 lepas ni... ^_^


Wassalam..

Monday, February 13, 2012

Berjalan tanpa Henti..

Assalammualaikum...

Hari ini saya terasa sangat penat.. Hmm.. Tak boleh nak diungkapkan di blog ini.. Layan blues sambil layan lagu ni..


Berjalan Tanpa Henti

Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia



Sunday, February 12, 2012

wedding planner

wedding plan.. (Layan Sajer)

oleh Nurul Husna Mohd Sahabudin pada pada 5hb Januari 2010 pukul 1.08 pagi ·

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with d wedding plan!=) At the end, choose d people u want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about u!=)

(To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your wedding plan, tag d people (in the right hand corner of the app) then click publish.)

1. how old are you?
becoming 23

2. are you single?
Single, Available.

3. at what age do you think you'll get married?
dunno yet. still in debating. i prefer 27.

4. do you think you'll marrying the person you are with now?
who? looking around.. may Allah ease may path.

5. if not, who do you want to marry?
someone who can guide me to the heaven's path.. Amiinn..

6. who will be your bridesmaid & bestman?
saper nak? peluang terbuka.. hehe

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
walimatul urus yg sederhana, ringkas dan terkesan di hati ini..

8. where do you plan to go on honeymoon?
dunno

9. how many guests do you think you'll invite?
hmm.. depend on the parents of both side..

10. will that include your exes?
dont have ex.

11. how many layers of cake do you want?
err, cupcake bley d potong ek?

12. when do you want to get married, morning or evening?
morning, when the weather is fine..

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
aper2 lagu yg sedap di dengar..

14. ur wedding colour theme?
pink! no compromising..

15. do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
pakai tgn.. ader enzyme baik utk p'hadaman.. hikhik..

16. champagne or red wine?
astaghfirullah.. HARAM

17. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
dunno

18. money or household items?
depends

19. how many kids would you like to have?
lagi ramai lagi bagus.. hehe.. harap2 dpt husband yg suker bdk2 jgk.. amiinn.

20. will you record your honeymoon in DVD/CD?
dunno

21. ur dream present fr0m ur future husband
honesty, loyalty and stairway to heaven.. =)

22. whose wedding plan would you like to know next
those who has been tagged...

ni namanyer x der keje mengcopy paste nota dr fb... huhu..

mode: lama x main tag m'tag ni...

Saturday, February 11, 2012

Di lema~

Assalammualaikum...

Hmm.. Hanya utk meluahkan ketegangan dalam hati ni. Saya tak nak putus sahabat dgn seorang yang saya anggap macam abang sendiri... Jadi, saya kena hantar satu mesej yang menjelaskan perkara sebenar, dan bukan berniat untuk melukakan hatinya... Kena minta maaf juga. Tapi saya tak tahu macam mana nak susun ayat tu.. Jadi orang dewasa ni susah, budi bahasa kena jaga, tak boleh nak langgar...

mode: tgh rindu kat si kecil Darwish... raya cina aritu jumpa dia.. tapi dia da tak ingat kat saya.. mana taknye, kali terakhir jumpa masih bertatih lagi.. tup2.. da pandai berlari pun.. Lagi pun x boleh bawa dia tinggal dgn saya, anak orang lain tu.. tapi pengalaman sebulan dua jaga dia dengan ibu dia memang pengalaman berharga.. kalau nak ada family, perlukan kestabilan.. kalau tak kesian kat anak2 kecil ni... hidup tak terurus... hmm.. mampukah saya nak berfamily ni? usaha, doa & tawakkal~






Monday, February 6, 2012

Cinta sang Ratu~

Assalammualaikum...

Jeng, jeng, jeng... Gempak tak tajuk entry hari ni. Siapa2 yang dah tau perangai saya mesti buat mukaSahabatMusleem... Dalam hati cakap tak gempak pun, ni tajuk novel jer... Yup, betul... Tajuk novel yang baru saja saya habis baca selepas novel Bagaikan Puteri.. Hmm.. Pasni nak cari novel bertajuk Hijab Sang Pecinta.. =D

Best dan menarik sangat novel Cinta sang Ratu ni.. Mengajar saya cinta kerana Allah.. Maksudnya tak kira bagaimana pun keadaan orang di sekeliling kita, asalkan mereka beriman kepada Allah, kita perlu mengasihi mereka semua.. Hmm... Walaupun kita tak mampu membahagiakan semua orang di sekeliling kita, tapi kita dapat mendoakan kebahagiaan mereka..

Pandai betul penulis Ramlee Awang Murshid ni.. Saya rasa ramai gadis yang dah terpikat dengan kesantunan dan ketinggian ahklak Laksamana Sunan.. Izinkan saya meng'copy paste'kan mushaf yang Laksamana Sunan nukilkan buat isterinya yang tersayang, Ratna... Ehem:


Click Me~

Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru,
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN,
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan,
Sang Ratu menjadi impian...

p/s: so sweet kan...SahabatMusleem








wassalam... ^_^v

Friday, February 3, 2012

Muhasabah: Bermanis muka



Assalammualaikum...


SahabatMusleem
Alhamdulillah, tiada kata seagung kata puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Tuhan yang melimpahkan rahmat bagi sekian manusia di alam ini. Entri kali ini sekadar berkongsi muhasabah diri. Diri yang tak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Pernahkah di antara kita yang melakukan sesuatu tindakan yang kurang wajar dan tempiasnya perbuatan kita itu bukan pada diri kita saja malahan orang2 tersayang di sekeliling kita jua. Walau di hambat seribu penyesalan, tidak berguna malahan perbuatan itu sering menghantui hidup kita.

Saya berhadapan dengan pelajar sekolah menengah pada hari ini. Pelajar yang bagaimana, terpulang pada pembaca untuk menafsirkannya. Sememangnya dalam usia seperti itu, kita kebiasaannya bertindak mengikut emosi tanpa menyelidiki rasional di sebalik perbuatan kita. Jika ditegah, makin di buat; jika dikongkong, akan merusuh; jika disuruh, akan diingkar... Astaghfirullah...

Saya tak tahu cara yang lembut untuk menegur pelajar ini. Kebiadapan yang luar biasa mencalar kesabaran sekaligus menjolok keegoan saya. Tetapi saya sedar, saya pun belum dewasa sepenuhnya; masih pra-matang, perlu banyak belajar psikologi manusia... Api dengan minyak tanah akan meletup! Jadi saya kena jadi selembut air yang memadamkan api... Susah, tapi kena teruskan berusaha.. Kerana sebagai manusia saya sayangkan pelajar tersebut. Akibat perbuatan yang dilakukannya akan memalukan keluarga. Saya tak mahu dia menyesal seumur hidup. Saya mahu dia belajar dari kesilapan orang lain, kerana ianya dah terlambat kalau dia belajar dari kesilapannya sendiri..

Pernahkah kita berhadapan dalam situasi tegang. Situasi di mana kita tahu seseorang itu bencikan kita dan berhasad dengki pada kita. Tak tahu apa silap kita tapi dia terus menerus memusuhi kita dan cuba menjatuhkan kita. Penat rasanya untuk berhadapan dengan situasi ini. Sebagai manusia biasa kita tak dapat menghindari pemikiran negatif terhadap orang tu... Kalau ikutkan orang yang baling batu kat kita, kita nak balas baling bulldozer ke.. Rasa sakit hati sangat... Kadang2 tu rasa berdendam... Geram!!! Click Me~

Tapi sabarlah wahai hati, Tuhan sentiasa bersama-sama orang yang ditindas. Doakan dia semoga suatu hari nanti terbuka hatinya untuk menjadi kawan baik kita. Berbaik sangka pada mereka dan layanlah mereka dengan cara yang baik. Pilihlah untuk memaafkan mereka jangan berdendam dengan mereka. Balas kejahatan dengan kebaikan. Balas batu dengan memberi bunga. Semoga kesabaran dan sikap positif kita dapat melembutkan hati mereka... (InsyaAllah) Manalah tahu, kita pun bersalah juga...


Jom baca kisah ni, Best...
BERMANIS MUKA...@ SWEET FACE ^^


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,


'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.



Sebab menurut Rasulullah SAW,

salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.


Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.



Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.



Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.






Moga Allah memberikan ketenangan buat hati ini:

Ya Allah, Ya Tuhanku.. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya.
(Surah Al-Imran:8)