Monday, November 28, 2011

Mencari v/s Menjadi

Assalammualaikum semua...

Salam Maal Hijrah. Selamat tahun baru 1433 Hijrah! Alhamdulillah 26 hb aritu, kazen saya selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya. Dan seperti biasa soalan2 yang sama berputaran seperti perakam suara.. Aduyai.. Bilanyer Nina nak kahwin??

Hmm.. Memang seronok tengok orang dapat naik pelamin. Saya tumpang gembira. Saya suka dengar paluan kompang, tengok hiasan pelamin, upacara berinai, menepung tawar, acara fav kat Johor-tol, fesyen baju pengantin dan yang paling saya suka- makan nasi minyak! Nyum2.. Memang seronok dapat pergi kenduri kahwin. Bila semakin dewasa yang menjadi kureng best bila banyak sangat soalan yang jawapannya sendiri pun kita tiada..

Secara jujurnya, saya tak cari pun calon suami tu. Tak tahu nak cari macam mana. Macam mana rupa, macam mana sifat dan keistimewaan yang mesti ada pada seorang lelaki tu. Tapi kita kenalah percaya pada janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan sememangnya semua orang sedia maklum;

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Saya ni perangai kebudak2n; susahlah kalau dapat orang yang kebudak2n juga.. =.='' Memang comel tapi... Sebab tulah kena ubah perangai dulu baru boleh berangan nak kahwin. huhu.. Kalau nak orang yang jenis bertanggungjawab, kita kena jadi orang yang bertanggungjawab; nak orang yang memahami kita kena belajar faham orang dulu..

Tapi susahnya nak ubah perangai, rasa macam berlakon pula.. Tapi takpe, mula-mula macam berlakon, nanti lama2 ianya akan jadi sebahagian diri kita.. Chaiyok2 Husna berusaha mematangkan diri, mendalami ilmu Agama dan ilmu alam rumah tangga.. Huhu.. Kalau Husna yang berumur 17 tahun berbicara soal kahwin konfem merah dah muka.. Yang umur 24 tahun ni dah tak tahu malu yer.. Tu maksudnya da mature sikit la tu.. Yezza! Hihi..


"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-



Daripada surah di atas kita kenalah berusaha mencari jodoh kita juga sebenarnya. Seeloknya dilakukan atas landasan syariat iaitu menghantar perantara untuk merisik. Tapi orang sekarang ni memang sangat berani; face to face jer.. Ikut gaya omputih, will u marry me.. Kalau orang tu pemalu macam kita konfem kena reject; terkejut dowh.. Without any salam, and intro, and very sudden too... If antar perantara sesama jantina boleh juga akak yang jadi perantara tu wat slow talk, tak dela malu sangat. Betul x.. Agak2 la kalau nak bagitau isi hati pun.. Kalau tak nak orang lain tau, sekarang kan da canggih.. boleh tanya by mesej or e-mail.. Kalau yang masih mengekalkan cara tradisional, pos laju masih ada.. hantar surat.. (best gak sekali-sekala dapat surat =)... ) At least ada freedom di situ bila nak reply, ada masa untuk memikirkannya... sehari, dua hari, tak pun setahun, dua tahun... huhu.. tapi berisiko pula, takut tak sampai pada empunya diri.. hmmm.. Apa2 pun Selamat Berjaya bagi mereka yang masih single bercita2 BESAR menamatkan zaman bujangnya...


Wassalam...






No comments:

Post a Comment