Monday, November 28, 2011

kesunyian dan kesepian itu...


Assalammualaikum...

Sejak akhir2 ni rasa suka nak menulis. Habis kertas2 di rumah berconteng.. Hmm.. Ni tulis kat blog pula.. Saya baru je lepas menonton WHI di TV3. Tertarik dengan tajuk 'sindrom kesunyian' yang dibincangkan. Tambahan lagi seorang kawan saya ni selalu mengeluh rasa kesunyian. Rasa bosan. Lebih baik jadi lembu; boleh dikorbankan... =.=" (saya pun tak tahu macam mana nak pujuk kawan yang seorang ni)..

Sebenarnya sunyi tu bila tiada orang disisi kita. Bila di persekitaran kita duduk seorang2.. Tapi bila kita duduk kat tempat yang ramai orang, berinteraksi dengan orang ramai tapi kita masih terasa keseorangan itu namanya kesepian. Jadi maksudnya yang feeling lonely tu adalah kesepian. Kesepian berlaku bila kita rasa dipinggirkan, ditinggalkan, rasa keseorangan. Dan emosi kesepian ni kalau tak diuruskan dengan betul boleh membawa kepada kemurungan. (Tetiba terasa macam ahli psikologi pula... huhu.. sebenarnya nilah definisi yang diberi dalam WHI tadi..).

Dalam kehidupan seharian, kita ada banyak tugas yang perlu dilakukan. Tugas untuk menguruskan diri sendiri, tugas menguruskan keluarga sama ada keluarga induk mahupun keluarga yang lebih luas lagi, tugas dalam kerjaya kita dan tugas kepada komuniti.. Makanya dalam kesibukan menguruskan tugas2 tersebut akan berlaku interaksi, komunikasi dan transaksi sesama ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dan masyarakat yang berlaku di sekitar kita. Jadi, kalau kita kata dalam hidup ini kita terasa sepi tu; dari sudut mana sepi tu datang???

Yang memberi makna sepi dan sunyi itu adalah bergantung pada seseorang individu. Bagi seseorang yang hidupnya sudah biasa pergi dan balik kerja sahaja kemudian rehat menonton tv di rumah, itu baginya bukan satu kesunyian dan kesepian. Tapi bagi yang biasa bersosial dan lepak di luar bersama rakan-rakan; pergi dan balik kerja itu adalah kehidupan yang sangat sangat sunyi dan sepi. Sepi itu datang kerana sifat seseorang manusia yang memerlukan teman untuk berbicara, berkasih sayang dan teman untuk memberi prihatian. Kawan untuk berkongsi suka dan duka. sharing is caring, loving and one part of companionship...

Kadang-kadang menyendiri untuk menyediakan satu ruang dan persekitaran yang sunyi tu adalah normal. Kerana sunyi itu lebih membuahkan hasil, mendapatkan ilham, menjadikan seseorang lebih puitis dan lebih produktif. Kesunyian itu juga kadang-kadang perlu untuk mencari ketenangan dan muhasabah diri. Maka kesunyian dan kesepian bukan sahaja bersifat negatif tetapi juga ada sudut yang positif..

Bagi mereka yang mengalami kesepian yang bersifat negatif perlulah mencari punca kenapa mereka berasa demikian. Apa yang memaknakan kesepian dalam diri mereka.. Kerana kita semua perlu bertanggungjawab terhadap emosi yang kita sendiri rasakan. Selepas itu apa langkah2 yang perlu dilakukan dalam mengatasi konflik dalam diri; sama ada menghadapi kesepian, hidup dalam kesepian atau melarikan diri daripada kesepian tu.. u choose ur way..boleh juga dengan cara mencari hobi baru yang menjadikan kita lebih 'hidup'..

Saya akhiri entry saya dengan ayat2 dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah penawar bagi jiwa2 yang merasa kekosongan:

Surat Ar Ra’ad ayat 28 : “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram”

Surat Al Ahzab ayat 43 : “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya
(memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.

No comments:

Post a Comment