Friday, December 16, 2011

Saya perlukan supplemen 'Mujahadah'

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Allah bagi saya ruang dan waktu untuk melayari internet, mendengar ceramah. Kadang-kala kita tahu sesuatu perkara tetapi disebabkan kelalaian kita sering melupainya. Jadi kita perlukan sesuatu bagi menjadi peringatan buat diri kita. Saya letak satu ceramah yang memberi kesan dan membuatkan saya berfikir panjang...




Saya perlukan supplemen 'mujahadah' untuk memberi kekuatan menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mungkin saya belum bercinta tapi persahabatan yang akrab dengan kawan2 lelaki kadangkala boleh menimbulkan salah faham. Saya ingin menjalani kehidupan mengikut syariat yang ditentukan Allah. Tapi saya tak tahu mana nak bermula kerana saya tak dapat menahan rasa bersalah yang bersarang dalam jiwa saya ini sekian lama...

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment