Friday, February 3, 2012

Muhasabah: Bermanis muka



Assalammualaikum...


SahabatMusleem
Alhamdulillah, tiada kata seagung kata puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Tuhan yang melimpahkan rahmat bagi sekian manusia di alam ini. Entri kali ini sekadar berkongsi muhasabah diri. Diri yang tak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Pernahkah di antara kita yang melakukan sesuatu tindakan yang kurang wajar dan tempiasnya perbuatan kita itu bukan pada diri kita saja malahan orang2 tersayang di sekeliling kita jua. Walau di hambat seribu penyesalan, tidak berguna malahan perbuatan itu sering menghantui hidup kita.

Saya berhadapan dengan pelajar sekolah menengah pada hari ini. Pelajar yang bagaimana, terpulang pada pembaca untuk menafsirkannya. Sememangnya dalam usia seperti itu, kita kebiasaannya bertindak mengikut emosi tanpa menyelidiki rasional di sebalik perbuatan kita. Jika ditegah, makin di buat; jika dikongkong, akan merusuh; jika disuruh, akan diingkar... Astaghfirullah...

Saya tak tahu cara yang lembut untuk menegur pelajar ini. Kebiadapan yang luar biasa mencalar kesabaran sekaligus menjolok keegoan saya. Tetapi saya sedar, saya pun belum dewasa sepenuhnya; masih pra-matang, perlu banyak belajar psikologi manusia... Api dengan minyak tanah akan meletup! Jadi saya kena jadi selembut air yang memadamkan api... Susah, tapi kena teruskan berusaha.. Kerana sebagai manusia saya sayangkan pelajar tersebut. Akibat perbuatan yang dilakukannya akan memalukan keluarga. Saya tak mahu dia menyesal seumur hidup. Saya mahu dia belajar dari kesilapan orang lain, kerana ianya dah terlambat kalau dia belajar dari kesilapannya sendiri..

Pernahkah kita berhadapan dalam situasi tegang. Situasi di mana kita tahu seseorang itu bencikan kita dan berhasad dengki pada kita. Tak tahu apa silap kita tapi dia terus menerus memusuhi kita dan cuba menjatuhkan kita. Penat rasanya untuk berhadapan dengan situasi ini. Sebagai manusia biasa kita tak dapat menghindari pemikiran negatif terhadap orang tu... Kalau ikutkan orang yang baling batu kat kita, kita nak balas baling bulldozer ke.. Rasa sakit hati sangat... Kadang2 tu rasa berdendam... Geram!!! Click Me~

Tapi sabarlah wahai hati, Tuhan sentiasa bersama-sama orang yang ditindas. Doakan dia semoga suatu hari nanti terbuka hatinya untuk menjadi kawan baik kita. Berbaik sangka pada mereka dan layanlah mereka dengan cara yang baik. Pilihlah untuk memaafkan mereka jangan berdendam dengan mereka. Balas kejahatan dengan kebaikan. Balas batu dengan memberi bunga. Semoga kesabaran dan sikap positif kita dapat melembutkan hati mereka... (InsyaAllah) Manalah tahu, kita pun bersalah juga...


Jom baca kisah ni, Best...
BERMANIS MUKA...@ SWEET FACE ^^


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,


'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'


Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.



Sebab menurut Rasulullah SAW,

salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.


Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.



Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.



Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.






Moga Allah memberikan ketenangan buat hati ini:

Ya Allah, Ya Tuhanku.. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya.
(Surah Al-Imran:8)



No comments:

Post a Comment