Tuesday, January 31, 2012

Baitul Muslim untukku~


Assalammualaikum...


Sejak akhir-akhir ni, bertambah-tambah jemputan kenduri kahwin rakan-rakan yang saya terima. Seronok mendengar khabar dari rakan-rakan yang bakal meniti hari bahagia ni. Tapi mesti ada yang bertanya, cik Husna bila lagi. Saya hanya dengan jawapan skema, sebuah senyuman saja.

Sukar untuk saya menjelaskan tanggapan saya pada perkahwinan. Tapi boleh dipendekkan kepada saya lebih berfikir kepada BESARNYA tanggungjawab yang perlu di tanggung. Dapat hidup bersama dengan kekasih pilihan, dialah sahabat, dialah teman memang anugerah tak ternilai olehNya. Alhamdulillah, jika Allah mengizinkannya.. Tapi saya tak yakin dapat melaluinya, dalam kegembiraan terpalit kebimbangan yang tak bertepi.. Saya rasa saya kekurangan vitamin 'positif' dalam diri..

Semua mahkluk yang bernyawa pasti akan mati. Dan kita tak tahu bila kita akan pergi buat selamanya. Justeru selagi saya masih hidup, saya kena menjalani kehidupan hari ini dengan kegembiraan. Seolah-olah hari ini adalah 'the best in my life'. Dan apabila satu hari nanti saya berpeluang menjadi halal bagi seseorang, saya hendaklah menggalas tanggungjawab tersebut dengan gembira maka barulah memperoleh ketenangan. Tapi gembira jer tak cukup, kena ada ilmu dan persediaan. Perlu ada kesabaran dan kepercayaan. Keikhlasan; semuanya kerana Allah dan meraih keredhaanNya.

Jodoh ada atau tiada...adalah berkaitan dengan masa. Bersabarlah wahai hati, ada orang jodohnya cepat, ada orang jodohnya lambat. Tak kisah umur 25 tahun mahupun 35 tahun, yang paling penting ianya bahagia berkekalan. Berkahwin memang sunnah Nabi, tapi jika kita tidak mampu menggalas amanah itu dengan sempurna pasti menambah dosa. Berkahwin itu sepatutnya menjadi landasan seseorang insan meraih ketenangan dan mengukuhkan keimanan. Bukannya menambah kekusutan.

Saya harap satu hari nanti jika saya berkahwin adalah kerana Allah, bukan kerana kebiasaan dan ikutkan perasaan. Membina baitul muslim dengan elemen-elemen mawaddah, sakinah wa rahmah. Kita tidak perlu merisaukan jodoh, bila tiba masanya ia akan datang menjemput tetapi kita perlu membuka jalan supaya jemputan jodoh itu mudah sampai dan tidak terhalang. Persoalannya: Macam mana nak buka jalan kepada jodoh yang berkat lagi di redhaiNya? Hmmm...



Sabda baginda yang bermaksud:

“Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment