Thursday, February 16, 2012

Re-study

Assalammualaikum...



Tetiba jer, tajuk re-study tapi ada gambar baby tengah tidur.. Cumel kan baby ni.. Hmm, malam semalam menjaga si kenit ni. Meragam tak habis2... Stress betul, semua tak kena. Jadi mandikan dia, bagi susu, bernasyid sikit, pastu urut2 dgn baby lotion barulah dia nak tidur. Huhu... Bila dah tidur, rasa sunyi pula. Rindu bunyi merengek dia.. Ambil gambar dia tidur, sebab takut bila dia dah bangun, meragam balik, rindu dengan muka cumel dia waktu tidur.. hahaha..

Mesti ada yang tertanya benda apa kat hidung dia tu? Sebenarnya ni baby pramatang. Bagi memastikan pertambahan berat badan yang optimum, kita kena mengurangkan tenaga yang digunakan oleh baby. Menghisap susu adalah salah satu aktiviti yang banyak gunakan tenaga. Jadi, kita kena masukkan tiub makanan tu untuk mengurangkan tenaga yang digunakan. Lagi satu, baby ni letak dalam inkubator dengan suhu persekitaran yang tertentu bagi mengurangkan tenaga yang digunakan untuk mengekalkan suhu badan. Duduk dalam inkubator tak perlu berbalut. Cukup dengan pakai pampers je.. (Apa yang tertulis ni adalah apa yang selalu saya terangkan pada parents)..

Jadi jururawat tak semudah yang saya sangkakan. Saya kena menghadapi berbagai soalan sama ada logik ataupun tak logik daripada pesakit dan ahli keluarga mereka. Kadangkala soalan itu diluar pengetahuan yang saya miliki. Kesimpulan yang saya dapat, walaupun dah ada pengalaman bekerja, tapi banyak lagi yang saya tak tahu. Memang seumur hidup punya proses pembelajaran. Jadi saya terfikir untuk belajar balik (re-study). Tapi restudy disini bukanlah bermaksud kena mohon masuk universiti atau kolej. Cukup sekadar mengulangkaji dan mengimbas apa yang dipelajari. Mungkin boleh buat group study dengan rakan-rakan yang lain..

Sambil tunggu si cumel ni bangun, saya membuat outline topik yang perlu di cover. Jadi, jom kita belajar sama2 lepas ni... ^_^


Wassalam..

No comments:

Post a Comment