Sunday, July 18, 2010

PERSAHABATAN BERLAINAN JANTINA


Salam..

Punyalah susah cari Wifi free.. Akhirnya jumpa jugak. Saya di Subang Parade! Berpayungkan secret recipe. Suka betul dengan kek kat sini. Buatan Malaysia yang paling penting. Hehe.. Tanpa tangguh panjang-panjang saya sebenarnya nak tulis sesuatu luahan hati khas untuk sahabat baik saya yang tak suka baca blog. Sebab tu saya berani tulis.



Ceritanya begini. Saya mempunyai satu masalah apabila kawan yang rapat dengan saya adalah seorang lelaki sedangkan saya adalah perempuan. Selalunya lelaki akan bersahabat rapat dengan lelaki dan begitu sebaliknya si gadis akan bersahabat rapat dengan gadis kerana lebih selesa untuk berkongsi cerita lebih-lebih lagi hal yang sensitif. Persahabatan rapat saya dan dia terbina kerana kami memang kenal semenjak di bangku sekolah lagi; sehingga kami ditakdirkan untuk memasuki matrikulasi dan universiti yang sama. Kebetulan saya dan dia rumah berdekatan dan memang mengenali keluarga masing-masing. Tetapi, saya selalu disindir dan diejek lebih-lebih lagi ramai yang berpendapat apabila lelaki dan perempuan bersahabat, ia sering kali bersulam dengan rasa cinta. Betul ke? Kata-kata tersebut membuatkan saya rasa keliru tentang persahabatan saya dan dia dan menyebabkan saya membuat keputusan untuk lost contact dengan sahabat saya itu meskipun ianya sukar.

Setelah saya dan dia sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak bulan Mac yang lalu, saya terasa rindu sangat dengan dia. Kebiasaan untuk bergurau senda dan ‘update’ kisah antara satu sama lain sangat –sangat ingin saya lakukan. Walaupun saya menukar nombor telefon baru, delete nombor dia dan di messenger saya ‘offline’ kan dia tetapi saya masih dapat menghubunginya kerana saya menghafal nombor telefon dia dan saya teringin sangat ingin ‘buzz’ dan tahu tentang perkembangannya. Saya tahu serba sedikit masalah hidup dia dan saya mahu menjadi antara orang-orang yang dapat dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan susahnya. Begitu juga dengan saya yang ingin menceritakan banyak perkara pada dia dan dia antara sahabat yang boleh saya menjadi diri saya sendiri. Saya boleh menangis di depan dia, saya boleh buat perangai saya yang ‘tomboy’ dan tak perlu untuk saya contol ayu di depan dia. Pendek kata, saya betul-betul rindukan dia.

Bila saya fikir kembali, tiada apa-apa masalah dalam persahabatan saya. Yang bermasalah adalah diri saya sendiri. Saya perlu tahu apa yang saya mahukan dalam persahabatan antara saya dan dia. Adakah saya mahukan persahabatan saya dan dia kekal hingga ke jinjang pelamin? Jawapannya: Ha, ha, ha… Saya hanya mampu tergelak besar. Ianya sangat janggal untuk memikirkan saya dan dia hidup bersama, andainya kami di jodohkan. Tidak sama sekali. Saya lebih suka kami bersahabat sahaja kerana saya selesa begitu. Jikalau saya benar-benar ingin bersahabat baik dengannya saya perlu bersifat terbuka. Betul, bila seorang perempuan bersahabat baik dengan lelaki kita akan disindir macam-macam. Saya perlu faham bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian berbeza-beza. Maka, untuk bersahabat dengan dia saya perlu set minda saya untuk menjadi seorang yang terbuka, tidak cepat melatah atau marah sekiranya terdengar sidiran tentang persahabatan kami berdua. Sebaliknya, saya perlu meneruskan persahabatan ini dengan pendirian yang saya ada.

Lagi satu kesalahan sahabat saya seorang ini dia menyorok saya daripada kekasih hatinya. Tentu sekali orang yang mencintainya itu cemburu dan terasa hati. Lagipun buat apa dia nak berahsia mengenai saya jika benar-benar kami bersahabat. Banyak kali saya menyuruh dia kenalkan pada kekasihnya supaya persahabatan kami berjalan dengan lancar tanpa salah faham . Tak pasal-pasal saya dituduh sebagai orang ketiga yang menyebabkan mereka berdua ‘clash’. Astaghfirullah-Al Aziim.. Kalau siang-siang lagi dia kenalkan saya dan makwenya, mana tahu kami berdua pun boleh menjadi sahabat baik?

Saya belajar daripada partner research saya, kunci kepada sebuah persahabatan adalah kejujuran. Saya tak pasti jika semua perkara perlu kita bicarakan pada sahabat kita tetapi kita mesti pandai menilai pada situasi dan keadaan. Yang paling penting adalah komunikasi antara kedua belah pihak dan keikhlasan hati untuk bersahabat tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berhubung kembali dan berbicara dengan dia. Saya sayangkan persahabatan yang sudah mencecah usia 10 tahun ni. Walaupun bukan mudah untuk meneruskan pershabatan ini selama-lamanya namun saya perlu memelihara hubungan yang baik dan kekal sampai bila-bila.

Wassalam…

2 comments:

  1. salam...

    saya juga alami masalah yg sama kini...
    hurm, saje nk blogwalking....
    sudahny telekat disini hee

    nice story, menyetuh hati

    ReplyDelete
  2. ws..

    teruskan blogwalking.
    terima kasih atas komen yg diberi.

    ReplyDelete