Thursday, July 8, 2010

People Watching..

Nama saya Nurul Husna. Nak berkenalan dengan saya?
Salam...

Sebelum berhijrah ke Shah Alam, saya nak tulis satu hobi baru saya iaitu 'people watching'. Tak rugi ada hobi ni, lagipun di dunia ni Allah menciptakan bertrillion manusia untuk di perhatikan dan banyak boleh kita pelajari daripada semua orang. Awak, saya, dia dan mereka... Banyak kisah yang kita ada sejak dilahirkan sampailah sekarang. Semuanya berlainan, ada yang pelik, ada yang biasa sahaja tapi ianya mesti mengandungi suka dan duka. Mungkin itulah kehidupan. Banyak persoalan, banyak permasalahan dan di akhirnya, ada jalan penyelesaian. Tak kurang juga yang bertemu jalan buntu. Sejak saya jadi pelajar jururawat saya selalu mempunyai keinginan mengetahui latar belakang pesakit, cara hidup mereka dan kisah-kisah hidup yang dialami mereka. Saya telah menjadi seorang pemburu kisah-kisah manusia sejagat. Saya suka tengok berita, rancangan dokumentari, drama dan yang paling saya suka tentu sekali buku atau rancangan mengenai autobiografi. Maafkanlah kalau saya di kira suka jaga tepi kain orang.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment