Saturday, July 3, 2010

oooohhh, KERJA!

Dulu, kini dan selamanya saya sentiasa belajar.
Walaupun saya sudah masuk alam pekerjaan pun saya masih belajar.


Salam...

Saya dapat gaji hari ni. Alhamdulillah RM 275.82 di tangan setelah 9 hari bekerja di secret recipe di Muar. (Walaupun sikit tapi saya sangat gembira! =) ). Selepas ini, saya akan berpindah ke Shah Alam dan seharusnya saya perlu mencari kerja baru di sana kerana saya tidak akan menerima duit saku lagi daripada ibu dan abah. (Ye, itulah hakikatnya bila kita sudah dewasa).

Walaubagaimanapun, saya kena bersedia untuk proses temuduga yang dijangkakan pada bulan oktober nanti. Temuduga sebagai syarat wajib bagi jawatan U41 jururawat. (Jangan cemburu yer jururawat2 yang lain, walaupun saya freshie saya terus melangkah ke U41.) Tetapi jangan risau sebagai orang baru saya akan merendah diri dan belajar daripada orang yang berpengalaman. Hmm.. Saya tengah risau sebab saya 'fail' bab2 temuduga lisan ni. Selalunya apabila saya pergi temuduga, saya akan lulus pusingan pertama iaitu pusingan bertulis. Tapi bila temuduga lisan saya gagal. (Sedih... T,T)

Saya ingat lagi sewaktu saya temuduga JPA untuk kursus kejuruteraan ke Jepun. Sewaktu temuduga, saya berhadapan tiga orang penemuduga dengan jarak satu meter daripada mereka dan saya duduk keseorangan. Jantung saya berdegup kencang dan tangan saya berpeluh-peluh. Seram sejuk saya rasa bagaikan seorang pesalah yang bakal dikenakan hukuman gantung. (Rasa macam panic attack je). Saya hanya dapat jawab soalan mereka satu patah perkataan sahaja (melainkan nama saya dan bilangan adik beradik). Saya rasa sedih sebab tu pusingan ketiga. Sebab tu saya perlu bersedia. Practice makes perfect. Apa yang perlu saya baca yer? Jawatan2 dalam Kementerian kesihatan. Medical Surgical dan jagarawatan jururawat. Isu semasa? Lawak2 yang mengambil hati penemuduga? Mungkin, tiada yang mustahil!


Jururawat bagaikan bidadari *wink*


Saya memang berjodoh jadi jururawat. Kerja jururawat kerja yang mulia. Menjaga dan melayan karenah orang yang sakit bukannya mudah. Saya melatih diri untuk bersabar dan optimis dengan setiap apa yang berlaku. "pasti ada hikmah di sebaliknya," hati kecil saya selalu berbisik. Waktu mula2, saya tak sukakannya sebab saya kena basuh berak orang dan mandikan orang. Tapi bila saya sudah biasa saya sangat sukakannya walaupun kena buat dua kerja yang saya sebut tadi. Kalau saya bosan saya akan menyanyi-nyanyi kecil. Kadang2 mak cik yang saya mandikan tu senyum tengok saya sangat gembira syampukan rambut dia. Tu kerja2 praktikal waktu tahun satu. Kebanyakannya adalah menjaga kebersihan diri pesakit dan perhatikan tanda2 vital (suhu, nadi, tekanan darah dan pernafasan). Tahun dua mula belajar cuci luka, buka jahitan luka dan bagi suntikan. (Agak menakutkan bagi saya lebih2 lagi saya pengsan tengok darah. Alhamdulillah awal sem II tahun tu, saya dapat mengatasi fobia tengok darah. Agak lama juga saya latih diri buat desensitization (tengok darah dan kawal diri supaya tak pengsan berulang kali). Tahun tiga kami praktikal ikut modul iaitu modul kesihatan mental, paediatrik (kanak2), rawatan kecemasan dan rawatan rapi. Saya sangat suka masa praktikal di rawatan rapi. Ada banyak kisah yang berlaku mengharukan hati saya tapi saya tak dapat ceritakannya di blog. Dan akhir sekali, tahun 4 kami banyak belajar untuk membuat penyelidikan dan pengurusan wad persediaan untuk bekerja.

Saya takut jarum.. Wah, tajamnyer! (T_T)


Waktu belajar, pesakit adalah kawan baik saya dan juga peminat setia saya (hehe, saje perasan). Antaranya adalah arwah mak cik K (bukan nama sebenar), dia sentiasa pesan pada saya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi jururawat yang terbaik di dunia. Saya senyum sahaja tapi terkesan di hati saya dan terharu saya dengar bila keluar daripada mulut seorang pesakit kronik yang masuk peringkat palliatif. Saya tak sempat lawat arwah sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya tahu arwah dimasukkan ke wad, tapi waktu itu saya menguruskan konferens dan kesuntukan masa untuk melawat arwah. Saya tahu berita menyedihkan itu dua hari selepas dia menghembuskan nafas terakhir. Arwah mengajar saya di sebalik kedukaan ada kebahagiaan dan setiap kehidupan pasti berakhir kematian. Al-Fatihah buat arwah.. Waktu tahun satu ada seorang pesakit askar di wad orthopaedik (tulang). Kalau dia nampak saya berdukacita, dia pasti memanggil saya. Hasil berborak dengan pak cik askar tu melekek-lekek saya ketawa. Sewaktu tu saya terasa seperti anak manja mereka semua. Kenangan2 manis yang selalu saya ingati bila tiba masa2 suram. Sesekali saya kan tersenyum bersendirian.

Kerja nanti saya seharusnya lebih matang dan profesional. Saya tak boleh terbawa2 perangai kebudak-budakan dan saya akan bersifat lebih tegas dengan kawan sekerja saya yang suka buat kerja sambil lewa. (geram dengan seorang classmate yang suka 'meghilangkan diri' dan 'swastakan' kerja pada saya). Sepanjang saya belajar, puan selalu sebut saya ada masalah keyakinan diri. Saya tahu sebab saya sendiri takut dengan darah dan juga jarum. Saya juga takut dengan diri saya sendiri yang sering jatuh sakit sewaktu praktikal di wad. (Ada masalah imuniti badan). Jadi, sementara tunggu pengambilan Januari nanti, saya nak brain wash diri saya dengan memperbaiki kelemahan diri dan menguatkan lagi kelebihan diri saya. Dengan moto hidup 'do the best in everything you do!' (moto ni untuk buat perkara2 yang baik sahaja. =P). Dalam Islam juga kita di ajar untuk muhasabah diri dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Wassalam....

2 comments: