Wednesday, January 12, 2011

Takdir... Part II

ULANGAN


Dalam Takdir Part I seorang murid telah bertanya pada gurunya mengapa Allah SWT mentaqdirkan hidayah dan kesesatan? Mengapa Allah SWT mentaqdirkan kepada suatu kaum kebahagiaan sedangkan kaum yang lain kesengsaraan? Dan mengapa ada syurga dan neraka bukannya syurga sahaja?


Jawapan guru: petunjuk Allah sama seperti rezeki...... cuba kamu menunggu rezeki tanpa ikhtiar sehingga rezeki itu datang kepada mu...






Sambungan..



Guru:
Orang itu pasti menolak, dia akan mengatakan tentu sahaja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki. Dengan pengakuannya itu, hujahnya lemah dan dapat dikalahkan.
Kita berkata lagi kepadanya, kamu bersandar kepada takdir dan mengatakan bahawa segala sesuatu itu berlaku berdasarkan titah qada' dan qadar. Namun, cubalah api ini kamu pegang dengan tanganmu, maka jika ditakdirkan membakar barulah tangan kamu melecur terbakar olehnya. Jika dia menolak maka kalah juga hujahnya.
Katakan pula kepadanya, secara refleks (automatik) manusia suka mengelak sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya ketika hampir hendak dilanggar kereta dia akan segera mengangkat kedua tangannya meskipun perbuatan itu tidak mampu menghalangnya. Begitu juga dengan orang yang lemas, dia akan melambai-lambaikan tangannya meskipun lambaian tangan itu tidak menjamin keselamatannya.
Jika demikian, mengapa orang yang berakal tidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan dan kebebasan yang telah diberikan kepadanya.

Kesimpulan:

Kebahagiaan itu akan diberikan melalui beberapa usaha yng dilakukan dan diiringi dengan qada' dan qadar.

Begitu juga dengan kesengsaraan itu diberikan melalui beberapa sebab sesuai dengan apa yang kita lakukan dan tetap diiringi dengan qada' dan qadar.

Maka, berusaha, berdoa dan bertawakkal segalanya akan dipermudahkan untuk menuju kepada apa yang telah diimpikan seolah-olah ianya telah diciptakan buat kita semua tanpa mengkambing hitamkan taqdir jika kesulitan dan kesusahan menimpa diri kita. Bukankah dugaan satu peluang bagi kita sebagai hamba Allah untuk mendapat pahala daripadaNya...

InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment