Saturday, January 22, 2011

Cara hidup mempengaruhi cara mati...


Salam...


Pagi ni sewaktu bertolak pergi kerja, saya mendengar motivasi pagi di radio Ikim. Saya tertarik dengan isi kandungan motivasi yang bertajuk 'Cara Hidup Mempengaruhi Cara Mati Kita'. Dengar tajuk sahaja sudah membuatkan saya tertarik nak mendengarnya. Pada awalnya, saya berfikir, memanglah kalau gaya hidup seseorang tu mempengaruhi cara mati. Contohnya jika seseorang asyik makan-makanan fast food yang berkolesterol tinggi, peratusan untuk dia mati disebabkan sakit jantung tu tinggi, kalau banyak merokok, peratusan mendapat kanser paru-paru tu tinggi... Rupa-rupanya ia mengenai asas aqidah agama Islam iaitu rukun Iman dan rukun Islam. Hehe.. Saya terasa cara saya berfikir telah dipengaruhi oleh pekerjaan saya. =D


Menurut pakar motivasi tersebut umat Islam wajib mempunyai satu set sistem kepercayaan (Belief System) yang mengandungi rukun Iman (1. Percaya kepada Allah, 2. Percaya kepada Malaikat, 3. Percaya kepada Kitab-Kitab, 4. Percaya kepada Rasul-Rasul, 5. Percaya kepada Hari Kiamat, 6. Percaya kepada Qada' dan Qadar).


Untuk mengukur tahap kepercayaan masing-masing (tepuk dada, tanya iman) boleh di menifestasikan (Mechanism of Beliefs) melalui antaranya rukun-rukun Islam yang kita lakukan (1. Mengucap Syahadah, 2. Solat 5 waktu, 3. Berpuasa di bulan Ramadhan, 4. Membayar zakat, 5. Menunaikan haji bagi yang mampu). Selain itu, ia di terjemahkan dalam ahklak kita sehari-harian dalam taat kepada perintah Tuhan (seperti menutup aurat, menjaga perlakuan antara lelaki dan perempuan, mencari rezeki yang halal dan sebagainya yang dituntut), menjauhi perbuatan dosa dan melakukan amalan-amalan sunat.


Kesimpulannya, jika kita tidak mengamalkan cara hidup Islam maka cara mati kita peratusan tinggi tidak dalam keadaan Islam. Hidayah dan petunjuk Tuhan adalah untuk dicari bukan dinanti tanpa membuat apa-apa. Kita perlu berusaha untuk mendapat keredhaanNYa...

Kita sebagai umat Islam disarankan untuk berdoa. Doa itu adalah senjata umat Islam dan kita tidak mengetahui perkara ghaib, lebih-lebih lagi bagaimana khabarnya iman kita pada masa akan datang...




'Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dari kebaikan semuanya, yang segera dan yang tertunda. Yang aku ketahui dan yang tidak. Aku memohon kepadaMu syurga dan apa-apa yang mendekatkan kepadanya, baik berupa ucapan ataupun perbuatan. Aku memohon kepadaMu dari kebaikan yang dia memintaMu darinya, iaitu hambaMu, sekaligus RasulMu Muhammad. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang mana dia memohon perlindungan kepadaMu iaitu hambaMu sekaligus RasulMu, Muhammad. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan untukku dari sesuatu hal, kiranya Engkau berkenan menjadikan akibatnya sebagai petunjuk'


Amin....




Wallahu'alam...


No comments:

Post a Comment