Tuesday, May 25, 2010

Sebuah rumah


Salam..

Hari ni da masuk hari Rabu dan InsyaALLAH lusa husna akan balik ke rumah. Bagi Husna ianya petanda yang baik untuk setiap hari Husna akan ternanti-nati utuk pulang ke rumah kerana menunjukkan rumah itu sesuatu yang istimewa buat Husna.



Sebuah rumah perlu mempunyai tiang (agama) yang kukuh untuk berdiri. Sebuah rumah juga perlukan keperluan asas seperi tenaga elektrik (ahklak) dan air (ilmu) untuk memenuhi keperluan hidup. Rumah itu akan dipenuhi keberkatan, keamanan dan kebahagiaan. Bukankah sebuah rumah itu adalah tempat untuk kita berlindung daripada hujan dan panas serta lain-lain ancaman yang mara bahaya?

Semoga suatu hari, Husna dapat memiliki sebuah rumah seperti itu. Tidak kisah saiznya yang paling penting selesa dan sesuai untuk didiami oleh manusia.

wassalam...



Sunday, May 16, 2010

sesungguhnya kepada Allah jua tempat kita kembali

Salam..

Kawan2, x tau kenapa husna masih lagi boleh menangis tengok gambar anas.
di sebabkan hakikatnya husna x kan dapat berjumpa dengan dia lagi buat selama-lamaya.
malah, husna x dapat nak anta mesej pada ahli keluarganya untuk mengucapkan takziah.
husna x dapat nak cari perkataan yang sesuai dan husna akan nangis teresak2 setiap kali nak menyusun ayat, akhirnya husna x jadi nak menulis.
sedih sangat sebab teringat soalan yang diajukan pak cik sedara husna, adakah penyakit dia boleh di sembuhkan? husna x igt jawapan apa yg husna berikan.
husna rasa husna shock.
sewaktu menerima berita mengenai kematian arwah, husna x menagis langsung..
esokkan harinya 13 mei, sewaktu husna osce, badan husna panas tiba2 dan malamnya husna tidur dalam keadaan menahan sedu.
ada unsur denial di situ.
Allah Maha Berkuasa.. Ajal maut seseorang itu dalam genggamannya.
Selagi husna x berani berbicara mengenai arwah, bermaksud husna menafikan hakikat tersebut. Percayalah husna arwah sudah tiada!
Al-Fatihah buat arwah anas kamil..
Ya Allah kuatkan ahli keluarganya menghadapi kehilangan ini.
Ya Allah kuatkan daku, tetapkan diriku berada di jalanMU.. Aminn..

Thursday, May 13, 2010

OSCE ku..(sori rosakkan bhs, t'guna bhs rojak..)

salam..

osce, semalam pukul 11 pg adalh wktu b'sejarah..
itulah exam osce husna yg t'akhir utk course husna, thn 4 sem II(harap2la..)
d'mulai dgn pemberian insulin injection,
b'akhir dgn figure of eight..
kwn2 yg bukan line medikal msti t'tanya2 benda aper tu..
itulah ant skill yg m'nyeramkan wktu osce..
d tambah ngan suctioning,
health edu yg d mana m'beri peluang utk husna merapu2..
d tambah dgn kepala yg bebal.. (serious, selsema m'buatkan kepala husna pening)..
plus dgn tremor (m'gigil), sejuk sgt skill lab.. (ke bdn yg pns sgt?.. ntah)
t'huyung-haayang bagaikn zombie..
mula2 injection insulin, pastu dressing, dan bg health edu utk foot care bg org kencing manis.
section ke-2 utk husna ader terapi o2, health edu utk MDI plus deep breathing exercise..
(kesengalan husna jelas dan nyata wktu section ke-2) haha..
section ke-3 adalah section b'hantu.. ssh seyh..
mula2 p'berian ubat GTN, pastu tafsir ECG (rsnye mcm dpt markah '0' jer) n akhir s'kali baca CVP.. (gelak2 pn Mohana) ntah r..
msk rehat.. ader mknn n buku anjung seri.. (x der mknenye nk mkn n bc majalah.. Husna tido 15 mnt yg d berikn tu)
section ke-5 suctioning, eye swab n eye drop.. (mcm kacang jer skill ni tp slh jugak, saper srh tido?! kan da mamai..)
section ke-6.. yess yg last, ader r GCS, insert CBD ngan bandaging figure of eight..
walaupun OSCe ni ntah paper je Husna wat tp it's another sweet memory of mine.. =)


Wednesday, May 12, 2010

Tolong Doakan ku (Please Pray For Me)















Salam..

Hari ini sepatutnya Husna belajar sungguh-sungguh tetapi kekuatan itu tiada.
Hari ini juga Husna rasa x sedap badan.
Dan pada hari ini juga sepupu Husna yang berusia 18 tahun meninggal dunia.
Dunia ini ditinggalkannya dalam keadaan tidak disangka-sangka.
Sebab Musababnya mudah, hanya sebab sesak nafas.
Lebih kurang 2 jam sebelum dia meninggal dunia, Husna membaca shoutnya di facebook.
Ya, Allah.. sesungguhnya daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Al-Fatihah for Anas Kamil.
Doakan Husna.
Supaya Husna dapat teruskan mujahadah, berusaha, berdoa dan bertawakkal..

Salam..

Today, I should study hard.
But today I felt not really good.
And Today, my cousins died.
He left us without any signs.
The reasons of he left us is easy, because of shortness of breath.
About 2 hour before his death, I read his shout at Facebook.
Ya, Allah.. Innalillahi wa innailaihi raji'un.. Al-Fatihah for Anas Kamil.
Pray for Husna.
For Husna continue the mujahadah, effort, prayer and tawakkal.

Thursday, May 6, 2010


Amalan sebelum tidur (A practice before sleep)

100+100+201+XXX+10= kejayaan dunia
dan akhirat insyaALLAH
100+100+201+XXX+10
= success in life and hereafter life insyaALLAH

100 x Astaghfirullah-al Azimm..
100 x Allahumma ajirna minanar..
201 x bismillahirrahmanirrahiimmm..
XXX apa2 yg di hajati (Anything that we wish for)
10 x selawat atas nabi

Wednesday, April 28, 2010

Pelangi Buatku.. (Rainbow For Me)


Salam..

Dalam minggu ni sepatutnya Husna menghabiskan buat perbincangan untuk tesis tetapi lain pula jadinya, pergi kumpul cross klinikal (disebabkan syarat wajib peperiksaan untuk memenuhkan 80% dari buku cross). Letih sangat rasa badan dan berdenyut-denyut kepala. Kekuatan fizikal, mental, fizikal dan emosi sangat-sangat di tuntut. Rasa nak menangis tapi tak dapat tetapi inilah yang perlu dihadapi bagi seorang pelajar tahun akhir yang ingin mendapatkan segolong ijazah. Cabaran yang ditempuhi sudah dapat dijangka daripada kisah-kisah senior yang dulu tetapi bila menghadapinya sendiri baru tahu. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dugaan kesibukan tesis dan cross di samping OSCE (peperiksaan klinikal) yang lagi 2 minggu mengunjung tiba menyebabkan terasa kusut sekali. Di samping tuntutan usrah yang bertambah 2 kali seminggu, terasa begitu berat sekali. Astaghfirullah Al Azim.. Ya, Allah aku memohon di permudahkan segala urusan. Amin.. Setiap detik yang indah dan dugaan yang menimpa sepanjang 4 tahun ini ibarat cahaya matahari dan hujan yang silih berganti. Dan diharapkan penghujungnya di kurniakan untukku sebuah pelangi yang indah warnanya (sebagai graduan ijazah sarjana muda kejururawatan yang mengamalkan agama Islam). Amin...






Salam..

In this week, I should finished my research's discussion but looks like I finished the whole week collecting my clinical cross (it is a prerequisite for student nurse in my place to fill 80% of crosses to sit the exam) . I feel very exhausted and I got severe headache recently. Physical, mental, emotional and spiritual strength are really been tested and hope I can survive. Feeling like to cry but there is no other way as this is I need to gone through as a final year student to be graduating. All the obstacles had been expected from the seniors' stories but when I experienced it on my own, I really know how the feeling is. My life very haywire with assignment, crosses and frightful clinical exam that is just around the corner (2 weeks more). Plus I need to go to usrah that would be 2 times a week, felt very burden. Astaghfirullah Al-Azim.. Ya Allah, blessed me and may Allah ease my path. Amin.. Every sweet and sad moments that happen in these 4 years are like sun shine and raining season, the weather that keep changing. Hopefully in the end, I will be gifted with beautiful flying colors of rainbow (to be graduated as a degree nurse that practiced the true Islam). Amin...

Wednesday, April 14, 2010


Cebisan Nasihat Seorang Sahabat Kepadaku..

Biar hati mati menolak cinta insani,
Biar badan lesu ditohmah kata keji,
Jangan kau menangis wahai mata hati,
Menangislah andai cintamu ditolak Ilahi,
Hidupkan hatimu dengan redha Ilahi.


A Piece of Advice from a Friend to Me..

Let your heart stop beating ignoring humans' love
Let your body weak from abusive words,
Don't cry my heart,
If Allah ignored your love, then you cry with all your heart,
Lived your heart with Allah's blessing.