Friday, July 20, 2012

Bistro Qaseh n ibu mengandung~

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan...

   Alhamdulillah, tak sangka esok kita akan menemui 1 Ramadhan.. Syukur kita masih di beri kesempatan untuk bernafas lagi di bulan yang pahala dilipat gandakan...


  Oleh itu seperti yang dijanjikan, hari ni saya pun 'dating' dengan seorang ibu mengandung nih.. Teringin benar makan ikan bakar, tak tau nak cari kat mana. Pusing punya pusing jumpa satu kedai di syeksen 13 nih.. Punyalah ramai orang padahal kat situ bukan satu2nya kedai makan yang ada, banyak lagi kedai makan yang lain... Perasaan ingin tahu yang menebal, kami pun pergi makan kat sana.. Makanan memang banyak pilihan, memang sedap... Terbaik! Mak buyung pun dapat makan ikan bakar dia... ^_^


yang tanda 'love' tu apa yang saya rasa sedap... ketam lemak cili api dengan air Qaseh.. nyum2...


  Lokasi restoran ni bertempat di Jalan Boling Padang 13F/F, Syeksen 13, Shah Alam... Ada disediakan Ramadhan Buffet sempena bulan puasa ni, dengan 50 jenis hidangan! Nak cuba? Silalah...

   Wassalam...

No comments:

Post a Comment