Thursday, September 8, 2011

ERPOC? D & C?!

Assalammualaikum...

Apa khabar kawan2 di musim raya ini... Harap2 semuanya sihat2 belaka. Tiada yang cirit-birit atau terkena serangan asma. Kerana itulah antara penyakit2 yang meningkatkan bilangan pesakit tika ini..

Kali ini saya hendak berkongsi tentang prosedur pembedahan yang di panggil ERPOC dan juga D & C. Pada mulanya saya menyangka kedua-dua prosedur pembedahan ini adalah dua prosedur yang berbeza. Tetapi setelah membaca beberapa artikel, saya menyedari ianya prosedur yang sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Huhu... konpius jugak..

ERPOC (Evacuation of Residual Products of Conception) adalah kaedah untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus. D & C (Dilatation and curettege) pula merujuk kepada prosedur dilatation iaitu membuka serviks dengan dilator dan curettege pula mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk yang tertinggal tadi.

Prosedur ini dilakukan biasanya di sebabkan oleh keguguran ataupun boleh juga disebabkan selepas kelahiran bayi, terdapat tisu2 plasenta yang masih tertinggal pada dinding rahim. Jika doktor menggunakan alat seperti vakum untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus itu dipanggil D & C sedutan atau aspirasi vakum.

Bila fahamkan satu2 term medikal di atas tu baru rasa simple jer rupa2nyer... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan saya kefahaman.. Kalau yang nak tahu lebih lanjut prosedur ERPOC dan D & C ni, di bawah saya sertakan beberapa senarai laman sesawang yang boleh dirujuk... Marilah sama2 kita belajar.. ^_^


Ini adalah beberapa pengalaman mereka2 yang pernah menjalani prosedur ERPOC/ D & C.. Bagus juga untuk pekerja kesihatan seperti saya memahami pengalaman yang dialami pesakit, banyak membantu saya dalam menjalankan tugas saya.. (Hopefully I will be a caring nurse. Ameen~)


wassalam...

No comments:

Post a Comment