
Pada masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'
Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.
Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes ini dah lama berlaku tapi sangat terkesan di hati saya. Di saat kita bersuka ria menyambut bulan Syawal ini, yang merupakan bulan kemenangan. Untuk menang memerlukan pengorbanan. Tun Salleh Abas telah menang dalam mempertahankan akidah seorang budak tetapi terpaksa mengorbankan masa depan kariernya.. Apa yang sanggup kita korbankan untuk memastikan kemenangan agama Allah ini? Tambahan lagi, disambut dalam bulan kemerdekaan, muhasabah diri, adakah kita benar-benar telah merdeka secara total?
Sebenarnya, saya sedang mengingatkan diri saya yang selalu berada di zon selesa sehinggakan apabila berganjak masuk ke zon mencabar saya sudah tidak mampu untuk bernafas. Sesak rasanya. Keluh-kesah yang tiada hentinya.. Saya kena bersiap sedia masuk ke zon mencabar yang penuh dugaan kerana insyaAllah di penghujungnya membuahkan kekuatan untuk menempa kejayaan yang cemerlang... =)
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment