Friday, March 25, 2011

Trypanohobia

Salam...



Esok saya kerja double syif (dari kul 7 pagi - kul 9 malam)... Fuhh, bersemangat husna! Kerja itu adalah satu jihad fii sabilillah... Tadi kursus induksi, siap ada exam lagi... Soalan exam tu, soalan esei ... Hangus da saya goreng.. Hihi... Harap2 lulus... Aminnn...


Hmm.. Saya tengah study untuk ambil darah pesakit. Saya tengok video demi video tapi video di bawah ni menarik perhatian saya... Kawan2 tengoklah cara orang tu ambil darah pesakit ni. Adakah menepati standard precautions? Lepas tu perhatikan cara staf menguruskan pesakit yang pengsan tu... Kalau terjadi kat kawan2 la, agak-agaknya apa yang patut kita lakukan?













Apesalla orang yang amik darah tu tak pakai glove??! Dibuatnya budak tu ader HIV pastu kena pula needlestick injury pada staf tu, tak ke naya jer...
Sebenarnya saya lebih nak bercerita mengenai budak tu pengsan ketika darahnya diambil...

Saya walaupun seorang jururawat tapi saya ada sejarah trypanophobia (fobia prosedur medikal yang berkaitan dengan jarum/darah/kecederaan).
Waktu saya tahun satu, saya pengsan dalam makmal kerana melihat darah saya di ambil keluar. Saya di diagnos hemophobia (fobia darah) berdasarkan DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual). Tapi fobia saya tak severe. Tapi waktu tu saya rasa sangat tertekan sebab saya sudah meminati bidang kejururawatan dan saya diberi pilihan untuk keluar dari menyertai kejururawatan. Saya selalu demam bukan sahaja sebab jangkitan pada tonsil, malahan disebabkan melawan fobia saya. Setiap kali saya tengok darah, saya akan rasa berdebar-debar dan tak lama kemudian saya rasa kepala sangat sakit seperti kepala dihentak tukul besi. Kalau lebih teruk lagi pengsanlah jawabnye...
Alhamdulillah, dalam 4 tahun belajar jururawat hanya dua kali sahaja saya pengsan. Kisah saya pengsan tak di besar-besarkan sebab saya yang merayu pada mereka yang terlibat jangan cerita pada orang lain. Saya takut saya akan diberhentikan dari kejururawatan.
Saya belajar untuk disensitization diri saya semasa saya belajar dalam tahun 3. Saya selalunya pagi2 buta ikut HO, tak pun jururawat untuk ambil darah. Hanya perhatikan sahaja mereka buat kerja. Setiap kali fobia saya datang menyerang saya akan alihkan pandangan ke tempat lain, kalau saya tengah berdiri, saya akan duduk.. Kemudian saya tarik nafas dalam2 dan kira 1 hingga 10.. Dan saya akan tengok lagi darah tu ditarik keluar masuk dalam syringe.
Sedih saya rasa... Kawan2 yang lain sibuk mengumpul pengalaman membuat prosedur kejururawatan, saya pula menghabiskan masa sepanjang tahun 3 dan tahun 4 untuk hilangkan fobia.. Lama2 saya mampu tengok darah tanpa rasa sakit kepala yang teruk. Setakat pening2 sikit tu biasala... Sampailah sekarang... Alhamdulillah... Tak sia2 saya ambil elektif Mental Health dan mengorbankan elektif paediatrik.. (Sejak tahun satu memang saya teringin sangat nak buat pengkhususan dalam paediatrik, tapi tak de jodoh...). Lecturer Mental Health saya waktu tu memang sangat supportive... =)

Sekarang, saya sebagai jururawat dah mampu mengambil darah pesakit.

Pengalaman yang saya lalui ini saya rasa seperti dalam buku novel... Saya belajar yang setiap fobia mampu di atasi jika kita bersungguh-sungguh melakukannya. Macam tu jugalah dalam kehidupan seharian kita... Sabar dan tabah menghadapi rintangan hidup... Saya selalu berpegang bahawa umat Islam itu bila diduga, dia akan bersabar; bila di beri nikmat dia bersyukur....

No comments:

Post a Comment