Wednesday, March 9, 2011

i'm not a girl, not yet a women...


Salam...



Dalam perjalanan kehidupan sebagai remaja yang menuju alam dewasa, saya sering mengalami kekecewaan. Lebih2 lagi kecewa dengan diri sendiri yang lemah. Tidak mampu menggapai impian hidup yang dihajati. Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.


Pepatah Arab ada menyebut:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”



Terus terang saya katakan saya pernah frust dalam percintaan dan saya juga pernah frust dalam peperiksaan, dan saya terasa frust dengan kerjaya saya.

Saya terasa hilang semangat juang... Lemah rasanya, tak mampu nak berdiri.



FRUST DALAM PERCINTAAN.


Ianya berlaku 7 tahun yang lalu, hmmm... Tak pandai saya nak bercerita apa yang berlaku tetapi saya memang serik sangat hingga sekarang sukar hendak dibuka hati saya. Cuba kawan2 fikirkan, apakah punca seseorang itu boleh putus cinta... Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Sebab utama saya putus cinta adalah perbezaan ideologi antara kami berdua. Perdebatan yang tiada penghujungnya. Menjadikan saya dan dia semakin renggang hingga putus contact begitu saja... Sehingga sekarang saya rasa seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah saya kenali!).

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta kepada Allah.
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ianya permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah.


Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah:


” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”


Saya mengharapkan orang yang saya cintai itu terus setia bersama saya. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Saya rasa dialah terbaik untuk saya. Tetapi entah macam mana, dia hilang begitu sahaja. Waktu itu saya berkata, “mengapa saya terpaksa menanggung derita ini.” Saya frust kerana dialah yang terbaik, terkacak, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. "Ya Allah, kenapa hambaMU ini yang terpaksa menerima nasib begini?”

Saya rasa rendah diri. Rasa hina (saya orang kecil) berbanding dia (orang besar). Saya berfikir dan berhenti seketika (stop and muhasabah diri), lalu berkata, “Allah kan ada!” Dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk saya pasti datang sebagai gantinya!

Putus cinta dengan dia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Saya dapat merasakan ketenangan frust cinta dan kembali kepada Allah tetapi mujahadah dan istiqamah itu payah... Kadangkala saya nampak lelaki lain sebagai dia. Mungkin kerana dari segi keseriusan ketika bekerja dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Kerana dari dia saya belajar untuk bersungguh dalam kehidupan dan belajar erti kesusahan dalam hidup. Mungkin kerana saya dibesarkan dalam keadaan senang...

Saya belajar Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…


Petikan di bawah saya ambil dari blog Ustaz Pahrol:

Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?



Fikir-fikirkanlah... Semoga kita semua sentiasa berada dalam landasan yang benar..








FRUST DALAM KEHIDUPAN





Saya adalah salah seorang pelajar top ten di sekolah dahulu. Sampailah di matrikulasi. Dengan PNGK 3.8 saya mengambil ijazah kejururawatan tanpa berfikir panjang mengenainya.



Yang membuatkan saya frust ketika ini adalah setiap kali saya pergi ke sekolah lama ada sesetengah guru dengan sinis berkata "belajar tinggi-tinggi, jadi jururawat jer"... Itu ok lagi, yang membuat saya rasa paling rendah diri bila buat promosi kerjaya di sekolah lama, yang bila saya kata saya nak promosikan kerjaya kejururawatan, cikgu tu hanya pandang sebelah mata. Ayat yang paling best sekali, 'murid2 semua jangan pandang rendah pada kerjaya jururawat yer, sebab sekarang ni gaji jururawat boleh tahan tinggi,' dengan separuh gelak dan sinis sekali dia pandang saya. Tapi disebabkan ayah saya adalah salah seorang pegawai tertinggi di pejabat pelajaran makanya guru tu bagi muka pada saya. Tapi saya memang terasa sewaktu yang dia terus jump waktu saya beri ucapan kepada kerjaya lain dengan alasan tak cukup masa. Sedangkan yang perubatan punya slot sangatlah panjang hingga 3, 4 orang bercakap. Hina sangat ke jururawat ni, cikgu?


Kalau cikgu pun mempunyai sentimen begitu lagila orang luar... Kawan2 usah kata lagi, masing2 menganggap saya adalah bakal doktor... Huhu... Bila saya kata saya jururawat, masing2 cover muka terkezut... adeh... juz be straightforward with me and don't hide... i knew it!
Waktu itu saya di tahun akhir dan saya sangat pesimis dan selalu berfikiran negatif. Ia berlanjutan bila saya bekerja sebagai jururawat dengan gaji diploma sedangkan saya ijazah. Saya rasa kecewa sangat dan rasa seolah2 ianya tak adil dan tak berbaloi sama sekali.
Walaubagaimanapun saya tabahkan hati kerana saya sedar dalam peringkat menuju kedewasaan ada didikan yang Allah berikan pada saya yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘didikan’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab. Jangan sampai saya terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam ujian kehidupan ini. Kerana saya akui sebagai hamba Allah saya memang layak untuk diuji. Bukankah dalam al-Quran ada menyebut, apabila seseorang berkata dia beriman maka dia tidak terlepas daripada di uji keimanannya itu....



Petikan di bawah saya ambil dari blog ustaz pahrol:

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawa untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali. Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.




Jadi renung-renungkanlah.... Hidup ini satu perjungan yang tak berkesudahan... Aja, aja fighting!!! All d best dan chaiyok2!!!! Mari kita semua berusaha dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini.


“we cannot direct the wind but we can adjust our sail.”

Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Semoga saya kan menjadi seorang wanita solehah berjaya di dunia dan akhirat. Seperti ugly duckling menjadi swan.... Aminnn...

2 comments:

  1. haah,medic ramai sgt ms tuh...cis3
    hu~~~~
    law pun..."ya,saya amik law..."
    "oh,jadi pnipu duit org yer..." pulak da
    agh snyum cumel nyer kat pkcik tksi tu smbil bls
    "pkcik,manusia ni bukan seorang,bukan sejenis..perangai lain2...tak kisah la ap kerjaya mrk,janji halal...tak perlulah nk prejudis sgt...pkcik igt pkcik2 tksi ni semua baik ke? saya dgn kwn saya selalu kena tipu duit tmbang tau dgn pkcik2 tksi tau....tp,sy tak pnah pun ckp, oh pkcik tksi pnipu duit org..sbb sy tahu bukan semua pkci tksi jht..."
    tdiam pkcik tuh n agh snyum puas
    ngeee~ (cm trasa biadap lk tp agh geram gk ms tu,so,takleh wat pa...hahaha)

    ReplyDelete
  2. tp mmg salute la kat dak medik... bz2 pon msg2 rjn nk promte course dorang...
    da lm b'lalu prkara tu... biarkn ianya menjadi pengajarn wat dr kt...

    ReplyDelete