Saturday, September 4, 2010

Ramadhan yang bakal dirindui..


Salam...
Kawan2 hayatilah maksud ayat di bawah selagi Ramadhan masih ada.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan).
(al-Qadr: 1-3)

Sudah 25 hari kita berpuasa kan? Adakah dapat memberi kesan dalam diri kita? Dapatkah kita merasai ketenangan di bulan Ramadhan ini? Sesungguhnya saya akan merindui Ramadhan pada tahun ini kerana saya tak pasti sama ada saya akan bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan. Lebih-lebih lagi kerana saya tak menjumpai malam kemuliaan (malam lailatul-qadar). Tak seharusnya saya berputus asa. Saya sepatutnya berusaha untuk mendapat keredhaan tuhan di bulan Ramadhan bukannya mencari malam lailatu-qadar. Tetapi pelbagai cerita mengenai malam lailatu-qadar yang saya dengar. Pada malam tersebut malam sangat bercahaya seola-olah berada di siang hari. Cahaya bulan gilang-gemilang, bintang2 berkelipan dengan indahnya dan malam itu juga tersangat tenang dan tersangat cantik hingga tak dapat nak diceritakan. Hanya orang2 yang bertuah sahaja dapat mengalaminya.

Wallahua'lam..

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum...

    Semoga 'semangat' dan kesungguhan melakukan ibadah di bulan Ramadhan ini dapat dibawa dan diteruskan ke bulan-bulan yang berikutnya.

    Jika kita berjaya meneruskan kesungguhan beribadah itu, maka ittulah tanda kita telah beroleh keberkatan. Dan beruntunglah orang yang berjaya meneruskannya (melakukan ibadah).

    Setiap ibadah yang dilaksanakan haruslah bersandar untuk mendapat keredhaan allah ta'ala semata dan bukanlah kerana kita mengharapkan ganjaran atau menerima atau mengalami sesuatu yang mengagumkan diri sendiri.

    Konsep ta'abbud dan 'ubudiyyah perlu kita fahami dengan sebaiknya supaya kita jelas matlamat hidup atas dunia.

    wallahua'lam....

    Hamba yang faqir lagi hina.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi ulasan..

    ReplyDelete