Tuesday, April 6, 2010

Sedarlah Husna! (Wake Up! Wake Up! Husna)


Salam...

Suatu hari nanti Husna akan menyambung pelajaran peringkat sarjana dalam bidang pendidikan awal kanak2, perkembangan psikologi kanak-kanak dan ambil kursus ijazah sarjanamuda kaunseling. Husna sudah fasih berbahasa Mandarin, Arab dan English. Dalam proses belajar bahasa Jepun dan Perancis. Waktu tu dah ada keluarga sendiri yang terdiri daripada seorang suami dan seorang anak dalam umur 3 tahun. Ada rumah yang sederhana besarnya terletak di salah sebuah bandar kedesaan di Auckland. Hidup merantau di tempat orang, tidak menghalang Husna untuk aktif mengikuti program-program berunsurkan agama. Husna akan mencari peluang untuk terus kekal dalam usrah kerana di situlah masyarakat yang dapat membentuk rangkaian untuk mengetahui perkembangan Ad-Deen yang dicintai. Husna tak pasti apa yang akan dilakukan oleh suami Husna. Tapi yang pastinya si dialah yang sentiasa menyokong perkembangan kerjaya Husna.

Gedebak, debuk! Adoi, sakitnya.. Mimpi sahaja ke? Seolah-olah macam perkara yang dihajati menjadi kenyataan. Seronoknya. Huhu. Kerana semuanya adalah impian hidup Husna. Kalau dilihat daripada sudut kehidupan pada waktu ini adalah perkara yang mustahil untuk menggapai impian tersebut. Tahukah kawan-kawan, di dalam ayat al-Quran terdapat satu ayat yang bermaksud yang Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Usaha Husna untuk menggapai impian pada tika ini tak seberapa. Peribadi dan displin tak seunggul yang diperlukan untuk mencapai impian hidup. Pengurusan masa Husna tunggang-langgang, buat kerja tidak bersistematik, tidak bersemangat, kurang keyakinan diri, cepat gelabah, kurang pengetahuan dan kemahiran kendiri, dan yang paling penting sikap malas dan ragu-ragu dalam perkara yang Husna lakukan.

Husna tak tahu apa sebabnya ahklak Husna teruk sekarang ni. Tapi kalau Husna tak berubah secepat mungkin Husna akan berakhir hidup keseorangan di pondok buruk, kerja, makan tidur. Rupa fizikal tak terurus, rumah yang bagaikan sarang tikus, dan lemah lesu sahaja. Tiada matlamat hidup. Hidup bagaikan layang-layang yang terputus talinya. Tiada ruang untuk Husna hidup di kalangan masyarakat. Sangat hodoh!!! Tak mahu!!

Husna kena cepat sedar, dan bangkit semula. Kumpulkan kekuatan untuk berubah. Jangan bermain roller-coaster lagi. Mood mudah dipengaruhi oleh orang lain. Bila orang layan Husna dengan bagus, Husna akan rasa melayang-layang. Bila orang layan tak bagus, rasa macam nak pecah jantung. Biarkan orang tu.. Hidup dia, dia punya pasal. Husna teruskan dengan impian hidup Husna, jangan ragu-ragu lagi. Husna kena sedar yang tiada ruang di hatinya untuk Husna dan dia tak layak untuk dapatkan kasih sayang dan penghormatan daripada Husna. Kena yakin. Berusaha!




Salam..

One day, I will continue my study in master of early child development, child psychology and degree in counselling. I can speak fluently in Mandarin, Arabic and English. In the process of learning France and Japanese language. At that time I have my own family, a loving husband and an adorable 3 year old child. Live in a moderate house in one of village at Auckland. To be an immigrant cannot stop myself from active in joining religious programme. Definitely I will find a chance to stay in Usrah as it will provided me networking to know the progression of my beloved Deen. I'm not sure what will my husband do. But I have faith in him that he will always beside me as a true supporter.


Dong, Bang! Ouch, it's hurt.. Just a dream, but it is like a real thing happen. So, lovely. Because it is all my dreams. In today's life point of view it is impossible to accomplish these dreams. My friends, there is a sentence in the Holy Quran that Allah will not change a person's destiny until they work to it. These days I lack of effort. Personality and discipline not congruent to achieve the dreams. Poor time management, not systematic in doing work, lack of zest, not confident, easily panic, lack of knowledge and soft skills. The severe part are lazziness and doubt in everything that I do.

I really don't understand what are the things that make me like this but if I not do anything I will end up live alone in a shabby place, working, eat and sleep. Physically dirty with dirty house and malaise all the times. Life without direction, like a ship waiting to sank. There is no place for me in society. So ugly! I don't want it to be like that!!

Husna, you must wake up! Quickly revive from the endless sleep. Get up and face the world. Don't play roller coaster anymore. When he is treating you good, you feel like you are flying. But when he ignores you, you feel like that your heart being rip out. Let go of him.. Mind your own bussiness. He don't deserve your love and respect. Husna, you must go on with your own life, no doubt anymore. Believe in yourself, you can do it!

No comments:

Post a Comment