Wednesday, October 5, 2011

HaRGai MaSa KeRaNa ia BeGiTu BeRHaRGa~


Assalammualaikum...

Saya mulakan catatan kali ini dengan sebuah kisah Zaid bin Thabit yang saya ambil dari majalah Gen Q isu pertama.

Alkisah~

Sebagai pemimpin sejati, Rasulullah s.a.w menyedari potensi besar yang dimiliki sahabat kecil ini. Dan baginda mengiktiraf setiap sumbangan yang mereka berikan bagi kebaikan umat Islam. Apabila Rasulullah s.a.w memerlukan seorang penterjemah, baginda mendatangi Zaid bin Thabit yang masih berumur 11 tahun. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wahai Zaid, pelajarilah bahasa Yahudi. Sesungguhnya, demi Allah, aku tidak merasa aman dengan tipu daya mereka."

Zaid berkata, " Aku kemudiannya mempelajari bahasa Yahudi. Tidak berlalu setengah bulan, aku sudah menguasai bahasa ini. Aku menulis untuk Rasulullah s.a.w apabila baginda ingin menulis surat kepada mereka."


Saya rasa tersentuh dengan kisah ini. Siapa diri kita pada masa hadapan ditentukan pada hari ini. Apa2 yang kita buat dan apa2 yang kita putuskan akan mempengaruhi masa hadapan kita. Justeru itu, saya mengingatkan diri saya ini dan siapa2 yang membaca catatan ini, gunakanlah masa muda; masa yang masih kita ada untuk mengumpulkan bekalan di masa tua; bekalan di akhirat juga..

Saya akhiri dengan kata2 seorang ulama ( saya tak pasti siapa yang mengatakannya)


"Jika hingga usia 40 tahun engkau masih belum menjadi apa2, maka engkau tidak akan menjadi apa-apa."


Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment