Sunday, August 21, 2011

Kekurangan Glukosa-6-Fosfat (G6PD)

Ucuk Acam Acik Nina, Darwish~


As-Salam Ramadhan ke-25...


23 hb 8 hari lahir ank sedara saya, Awish yg pertama. Da satu tahun dia hdp kat dunia ni. Alhamdulillah... Tapi yg sedihnya 20 hb hari tu dia ngan ibu dia da pindah dr umah saya. Skrg ni sy tgl sorg2 kat umah. Agh tlh slamat smpai di kg. Sunyi mmg terasa.

Tp tu bkn tajuk yg sy nk smpaikn dlm entry yg kali ni. Saya b'cerita pd Awish sbb t'igt dia ada G6PD atau nama lainnya Glucose-6-Phosphate Deficiency. Maksudnya dlm darah Awish ada kekurangan satu enzim yg di panggil glucose-6-phosphate dehydrogenase, yg m'bantu sel darah merah berfungsi dgn baik. Kekurangan ini akan menyebabkn sel darah merah mudah pecah apabila terdedah kepada sesetengah ubat2n atau tekanan yg disebabkn oleh jangkitan kuman.

Pemecahan sel darah merah ini dipanggil hemolysis. Apabila proses hemolysis ini berlaku secara aktif, ia dipanggil hemolytic episode. Selalunya episod ini akan berlaku berterusan kerana badan akan berterusan membina sel darah merah yg br, yg merupakan aktiviti normal badan. Tetapi jika ia belaku secara berlebihan akan menyebabkan anemia (kekurangan sel drh merah). Disebabkan keadaan (pemecahan sel2 darah merah yang aktif) ini juga, bayi yang kekurangan G6PD selalunya mengalami masalah kekuningan (neonatal jaundice) yang teruk. Ingat lgi, Awish nye Serum Bilirubin dah nak mencecah 400mmol/unit.. ='(


Antara yang boleh merangsang pemecahan sel drh merah pd penghidap G6PD adalah jangkitan kuman, tekanan yang berlebihan,


makanan,
1. kacang parang dan kacang lain (legum)
-oleh kerana terlalu banyak senarai kacang yang mengandungi legum, maka saya sarankan untuk mengelakkan semua kacang-kacangan.
2.Sulfida
-terdapat banyak makanan mengendungi sulfida, pastikan label makanan di semak dengan berhati2.
3.Menthol dan produk2nya
-cthnya ubat gigi dan gula2; tetapi mint daripada minyak mint semulajadi boleh di ambil.
4.Pewarna makanan biru. (termasuk nila baju)
-pewarna makanan buatan yang lain juga boleh menyebabkan pemecahan sel darah merah; tetapi pewarna yg diperolehi secara semulajadi selamat diambil.
5.Ascorbic acid
-secara umumnya digunakan dalam pembuatan makanan dan vitamin yang boleh menyebabkan hemolisis dlm dos yg besar dan harus dielakkan.
6.Tonik air (yang mengandungi quinine)
7.Bitter Labu (Mellon pahit)
8. Beberapa tumbuhan cina.
- Rhizoma Coptidis (huang lien), Kalkulus Bovis (huang neu), Flos Chimonanthi Praecocis (leh mei hua), Flos Lonicerae (kam fa ngan) dan margarita; termasuk apa2 produk yang mengandungi nya.


ubat2n, termasuk:
1. antimalarial drugs
2. aspirin
3. nitrofurantoin
4. NSAIDs

5. Quinidine

6. Quinine

7. Sulfa drugs

8. Hasil perbualan dari ibu2 myk telon pun x digalakkan diguna pada anak yg ada G6PD mungkin boleh digantikan dengan water grape



Bahan kimia lain seperti ubat gegat.




Ini sahaja hasil pembacaan saya mengenai G6PD. Kalau ada kesempatan di lain waktu saya akan update.Kesimpulan yg saya dapat, tak mudah nak jadi seorang ibu kepada anak yang menghidap G6PD ni. Waktu mereka kecil boleh lagi kita nak pantau. Tapi bila dah besar kena maklumkan dan minta kerjasama dari pihak guru dan ibubapa lain juga untuk memastikan penghidap G6PD ini tidak terdedah kepada bahan2 yang boleh membahayakan mereka. Selain itu, saya sarankan supaya anak anda memakai gelang medi alert yang menunjukkan mereka penghidap G6PD.



Wassalam...


Thursday, August 18, 2011

BeSDaY LiST


Salam ramadhan ke-19...

Hari ni 19 Ogos iaitu hari lahir saya yang ke-19. Ada beberapa hadiah yang saya mahukan dalam hidup ini. Ada antara hadiah ini telah diberikan kepada saya.. Alhamdulillah....

1. Akak sepupu dan anak cumelnya, Darwish tinggal bersama-sama dengan saya.

Memang hadiah terbesar dalam hidup saya. Banyak pengalaman yang saya perolehi dan pelajari bersama-sama dengan akak. Saya tak tau dari mana datang kekuatan dan semangat yang saya ada sekarang ni. Contoh yang paling simple masak sahur. Tiap2 malam sebelum tidur masak sahur dulu, takpun bangun kul 4 pagi untuk masak sahur. Kadang2 saya kena jaga si kecil tu, lebih2 lagi waktu ibu dia sakit. Banyak kali juga kakak sepupu saya tu jatuh sakit. Mungkin disebabkan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Saya rasa sangat simpati pada dua beranak ni. Tak banyak yang saya boleh tolong melainkan bagi mereka rasa selesa tinggal bersama-sama saya.


2. Semoga saya berjaya dalam kerjaya saya.

Saya harap permohonan saya untuk sambung post basic kebidanan tahun depan diluluskan. Lepas tu, habiskan kontrak dengan hospital, barulah sambung belajar master. Dapatkan keputusan yang bagus, supaya saya terpilih untuk jadi pengajar dan seterusnya sambung PhD untuk jadi pensyarah. Hmmm... Panjang lagi jalannya.


3. Semoga impian saya untuk mengelilingi dunia tercapai.

Sejak dari kecil saya suka baca buku cerita. Buku2 cerita di pasaran sekarang bersifat antarabangsa. Jadi, saya sering di perkenalkan dengan nama2 tempat di seluruh dunia yang tak pernah saya dengar. Teringin nak tengok sendiri tempat2 tersebut. Selalu membayangkan secara terus berdasarkan deskripsi penulis. Tapi sebelum tu, saya harap saya dapat menunaikan haji di Mekah. Saya juga berharap akan ada satu peluang untuk saya menyambut bulan Ramadhan di tanah suci.


4. Semoga saya mendapat sepasang bahu untuk saya bersandar.

Hidup kita ni ibarat roda. Kejap di atas, kejap di bawah. Saya berharap saya ada seseorang untuk berkongsi suka duka; yang menjadi tempat sandaran saya ketika saya kepenatan, bahu yang menjadi tempat menangis. Hmmm... tempat utk saya bergantung. Boleh ke? Untuk berharap camni...



Selamat berjuang Husna... Kuatkan semangat... Capaikan semua impian yang ada... Fighting! ^_^v

Thursday, August 11, 2011

sejuta impian



Salam...

Apa khabar kawan2 semua, salam ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat mencapai azam dan cita2 kita. Bukan tahun baru je kita mempunyai azam baru tetapi bulan ramadhan juga adalah bulan untuk kita membina azam. Kerana bulan ini adalah bulan yang terbaik untuk mengubah habit dan kebiasaan yang buruk dalam hidup kita.



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Husna banyak menghabiskan masa muhasabah diri. Membaca balik diari2 lama. Rupa2nya selama beberapa tahun ini hidup Husna dalam keadaan kurang bersemangat, banyak menceritakan perasaan berduka dan luahan hati untuk putus asa. T.T Macam tak percaya je. Tapi itulah yang tercatat dalam jurnal mengenai diri ini. Hmmm... Jadi ini adalah masa yang terbaik untuk Husna fokus demi masa depan yang lebih produktif dan proaktif. Sebab Husna tak nak jadi orang yang gagal dalam hidup. Jadi, matlamat utama adalah untuk berjaya dunia dan akhirat. Hmmm... Berjaya dunia akhirat tu tersangatlah abstrak dan meluas maksudnya. Setiap orang ada definisi bahagia mereka sendiri. Begitu juga dunia dan akhirat. =.=??



Saya berdoa semoga saya dijadikan seorang yang beragama, berahklak mulia, berilmu, berkerjaya dan berkahwin.. (oopss terlebih suda~ huhu.. ) :D





Cakap bab kahwin ni, ramai kawan saya yang nak kahwin tahun ni. Tahniah! Maaf sangat2 tak dapat nak hadir. :'( Sebabnya tak de orang nak teman pergi jauh2; Kelantan, Perlis n Terengganu cam tak sampai jer. Saya dahla tak dibenarkan bawa kereta jauh2. Nak naik bas nanti menyusahkan orang lain pula nak ke satu tempat dan ke tempat yang lain.



Kalau ikutkan hati nak jer redah bawa kereta tak minta izin dgn parents. Saya kalau nak ke mana2 mesti minta izin juga dgn parents walaupun da berumur. Hmm, wajib bagi saya sebab mereka masih penjaga saya. Kalau x amalkan nanti da kahwin dgn suami nak pergi jalan rumah kawan2 tak pandai nak minta izin.. (Ayat poyo jer... =P)



Rasa2nya da keluar tajuk kan... sejuta impian tu adalah apa yang selalu saya doakan untuk diri saya dan orang sekeliling saya. Semoga dimakbulkan... Untuk "ber2" semua tu memerlukan saya 'ber'usaha dengan gigih, 'ber'doa penuh tawadduk dan 'ber'tawakkal kepada Allah... insya Allah.. 'ber'jaya... ^_^v


Sunday, June 5, 2011

Bayi Kuning...



Salam...

Hari ini adalah sleeping day saya, tapi dah cukup2 la dengan tidur tu... Malam tadi memang malam yang agak menyiksakan. Siksa dengan kebosanan di tambah lagi dengan keletihan sebab tak boleh nak pergi rehat bergilir-gilir... Huhu.. Gara2 malaikat maut (night supervisor) yang rigid sangat tak bagi misi2 ini pergi rehat walaupun sesaat.. Tak tau angin ape beliau datang ke wad kami malam tadi selang sejam.. Sebab pesakit tak sampai 10 orang kot, takut ada staff yang curi tulang, takpun abscond balik rumah... Aduh, kami ni pekerja yang berdedikasi, kalau nak rehat pastinya kami yang 4 orang ni akan bergilir2.. Setiap orang akan berehat selama 2 jam bermula dari kul 12 malam.. Pandai2la kami... Saya rasa nak memberontak sebab ini adalah melanggar hak asasi pekerja. Bukan ke malam memang secara fitrahnya waktu berehat bagi seorang manusia. Bayangkan kami semua misi2 dan pembantu2 misi terpaksa bersengkang mata selama 10 jam, tak boleh pergi rehat pun.. Kalau waktu dia buat round kurang seorang kat kaunter misi tu, halilintar serta taufan akan melanda satu wad... Memang horror.. Nak tercabut nyawa rasa.. Sebab tu kitaorang panggil night surpervisor sorang ni malaikat maut... Haha..







Dari layan malaikat maut tu, baik saya tatap bayi kuning saya ni.. Cian dia duduk bawah lampu biru yang panas ni, sampai merekah kulit dia... Nak sapu losyen tak boleh, nanti terbakar pula... Tak pasal2 jadi bayi panggang.. Baby yang saya jaga ni umur dia baru seminggu. Jadi ianya adalah jaundis neonatal (jaundis yang berlaku pada bulan pertama hayat bayi). Pada mulanya saya menganggap jaundis ni adalah perkara biasa bagi baby, lagipun dah selalu dengarkan... Tapi lepas borak dengan pakar kanak2 waktu diaorang buat pemeriksaan kat baby2 tu, saya dapati yang jaundis ni boleh jadi satu petanda yang baby mengalami masalah kesihatan yang serius. Masalah kesihatan yang terselindung yang kita tak perasan... Jadi, kita memang tak boleh pandang ringan bila bayi mengalami kekuningan...


Pertama sekali kita kena tahu jaundis yang lazim di kalangan bayi...

- Jaundis tu kekuningan pada bahagian putih mata, kulit dan membran mukus.
- Secara yang saya belajar dulu, bila sel darah merah pecah, bilirubin akan dibentuk dan dilepaskan dalam saluran darah. Lepas tu disalurkan di hati untuk diproses dan akhirnya dikeluarkan daripada badan menerusi najis.
- Maka, kalau pemecahan sel darah merah meningkat, atau hati tak berupaya memproses bilirubin, jaundis akan berlaku.
-Sebelum kelahiran baby, bilirubin disalurkan melalui plasenta agar diproses dan dikeluarkan oleh ibu. Jadi, bila baby lahir, hati baby tu akan ambil alih tugas tersebut. Tapi hati baby perlukan masa untuk sesuaikan keadaan ini. Maka, bilirubin tak dapat diproses sepenuhnya dan menyebabkan tahap bilirubin selalunya lebih tinggi di kalangan baby baru lahir. Tahap bilirubin yang tinggi ni menyebabkan kulit kekuningan.
-Jaundis yang saya ceritakan ni dinamakan jaundis fisiologi selalunya berlaku hari yang ke 2 atau ke 3. Dan kemuncaknya pada hari ke4 hingga ke 7.
- Selalunya jaundis ni tak bahaya pada baby dan ianya yang paling biasa berlaku...


Jaundis berbahaya: jaundis patologi

-Jaundis jenis ni berlaku sebab pemecahan sel darah merah yang berlebihan menyebabkan peningkatan mendadak tahap birubin.
-Selalunya berlaku dalam masa 24 jam hayat bayi, lebih2 lagi hati belum cukup pantas untuk memproses bilirubin.
-Ada beberapa sebab pemecahan sel darah merah boleh berlaku secara berlebihan:
1) Jangkitan kuman di kalangan bayi baru lahir
2) Ketidakserasian kumpulan darah Resus ibu dengan baby
3) Kekurangan enzim metabolisme (glukosa-6-fosfat dehidrogenas atau lebih dikenali sebagai G6PD)untuk metabolisme sel darah merah.
- Jaundis jenis ini berbahaya kerana boleh menyebabkan:
1) Sawan atau perubahan ketegangan otot
2) Kerosakan otak
3) Kematian


Tanda penyakit gangguan hati:

-Baby jaundis selalunya menghasilkan najis yang berwarna gelap dan air kencing yang warna teh terang. Tapi jika najis baby tu lebih pucat daripada biasa, kadang kala putih ianya adalah satu petanda masalah perubatan yang lebih serius.
- Ianya berlaku disebabkan sekatan sebahagian atau sepenuhnya saluran hempedu (saluran yang menghubungkan hati dengan usus).
- Berkemungkinan baby terkena penyakit seperti:
1) Hepatitis (keradangan hati berpunca daripada satu daripada virus hepatitis)
2) Atresia salurn hempedu luar hepar ( ketiadaan sebahagian atau sepenuhnya saluran hempedu antara hati dan usus).


Menurunkan tahap jaundis:
1) Fototerapi (lampu biru yang saya citer kat atas tadi tu merupakan lampu khas yang boleh memproses dan memecahkan bilirubin dalam kulit supaya boleh dikeluarkan ke dalam hempedu atau air kencing dengan mudah).

2) Penukaran transfusi: darah baby akan dikeluarkan dalam jumlah kecil dan digantikan dengan darah penderma.


Itulah yang telah diterangkan pakar kanak2 tu kat saya... Atas kefahaman yang ada, setiap kali saya jaga baby kuning ni saya akan betul2 memerhatikan gejala2 seperti kat bawah ni:
1) Warna najis: Kena inform dengan dr. kalau najis baby warna putih, kelabu atau kuning pucat. Pastu air kencing warna gelap.
2) Kulit kuning: Dah buat fototerapi pun, da tukar lampu fototerapi yang lain pun, kulit masih menjadi lebih kuning dari sebelumnya. Bermula dari muka dan mata, turun ke dada, perut dan akhirnya kaki...
3) Lesu: Baby lesu, pucat dan tak bermaya... (Sebab tu bila bagi susu main2 dengan baby sekejap sangat penting. Nak tengok sama ada baby aktif atau tak..)
4) Tempoh jaundis: Berlarutan lebih daripada tiga minggu
5) Kehilangan berat badan: Tidak berselera minum susu atau berat badan tak bertambah. ( Selalunya bila kita tengok baby tu hisap susu je pun da tau baby tu bermaya ke tak.)
6) Sawan: Bayi rengsa atau kekejangan... ( Memang kena 24 jam pemerhatian... ada beza ek antara baby terkejut2 dengan baby yang diserang sawan.. Ini adalah perkara yang paling menakutkan saya bila jaga baby..)

Kesimpulannya, jangan pandang ringan dengan kekuningan yang di alami baby... Perhatikan betul2 gejala yang ada kat baby tu...




Dan perkara paling best bila da tiga ari jaga baby yang sama selalunya saya akan perasaan yang baby makin tembam, berat sikit dari sebelumnya dan waktu tu kulit akan mula nampak kemerahan... Makin kuat minum susu juga... Suka nak ajak kita borak2 dan main2... Waktu tu bila serum bilirubin di ambil selalunya sudah kembali ke paras normal... Huhu.. Masa untuk berpisah dengan baby dan baby kembali ke pangkuan ibu bapanya balik...

Friday, June 3, 2011

Holiday~

Salam...

Baru blk dr b'cuti. Pergi umah embah dan singgah kat pangkor satu malam. Alhamdulillah rasa relax dan tenang. Bukan senang nak rasa damai macam ni.

Dah hampir setahun saya tak balik umah embah. Dah banyak yang berubah. Termasuklah embah, makin banyak rambut dia yang beruban. Hmm... Rasa sebak pun ada bila tengok orang tua makin dimamah usia. Tapi tu memang kitaran hidup manusia. Rajin embah puasa sunat sebab dah masuk bulan Rejab. Tiap2 waktu solat pergi jemaah kat masjid. Buat solat sunat tengah malam. Mengingti kematian. Kita yang muda pun sepatutnya mengingati tentang kematian juga sebab kematian boleh datang pada sesiapa tanpa mengira usia dan pangkat.

Bila embah puasa, saya tolong embah masak. Takpe, embah bagi arahan jer, saya ikut.. Jadi, hari pertma tu masak kluban (kerabu sayur).

Mula2 tumbuk cili api dengan garam..
Pastu tumbuk cili kering..
masukkan buah cekur, tumbuk juga..
bawang merah, bawang putih pun tumbuk...
jgn lupa belacan ditumbuk bersama..
akhir sekali tumbuk ikan bilis..
letak gula dan sebatikan dengan semua bahan2 yang ditumbuk..

sambil tumbuk bahan2 kat atas tadi sambil rebus sayur kacang, taugeh ngan pucuk daun ubi..
rebus asing2, letak dalam bekas yang berasingan juga..
kalau tak, sayang jer, nanti cepat basi...

pastu bahan2 yg ditumbuk tu di tumis,
letak asam jawa sikit dengan serbuk kunyit sikit (buat syarat bg nampak kuning),
tumis sampai naik bau... (memang best!)

akhir sekali masukkan hampas kelapa,
kacau sampai sebati dan rasa gram gulanya..
bila da msk dan sebati, jgn lupa tutup api ek... walaupun nk gi cari bekas sekejap.. huhu..

cara2 nak makan, amik sikit2 tiga jenis sayur tu dan letak hampas kelapa.. campurkan dan makan ngan nasi panas2.. sedaaapppp....



Pergi pangkor? hmm... best dapat berenang.. da lama tak buat kuak katak... hikhik... teringat kat housemate waktu blaja dulu... sama2 blaja berenang... tension jer gi terjun kolam kat tingkat 5 tu... debush222x!!! tapi kat pangkor takde la nak terjun... masuk kolam ngan laut dengan penuh sopan... huhu... ramai pulak tu orang... malu seyh nak gi turun berenang bila ramai2 ni... lain kali nak gi waktu bukan cuti sek plus time x der org nak bercuti.. so, bole la conquer satu pantai, takpun satu kolam renang tu... =P

Friday, May 27, 2011

Adakah Kita Melahirkan Terlalu Ramai Jururawat?

Salam...
Setelah saya membaca artikel ini saya merasakan diri ini sangat bertuah kerana berpeluang menjadi seorang jururawat.. Walaupun saya di bayar dengan gaji diploma bukannya ijazah tapi sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan mengutip pengalaman yang sememangnya berharga... =) Alhamdulillah... Segala puji bagiMU ya ALLAH...


Assalamualaikum,


Saya masih ingat tentang masalah kekurangan jururawat yang meruncing satu waktu dulu. Jika mengikut cerita doktor-doktor kita yang pernah berkhidmat di hospital kerajaan 15-20 tahun yang lalu, bilangan jururawat adalah sangat kurang. Saya fikir ketika saya masih houseman 8 tahun lalu, masalah ini masih lagi berlaku. Masalah tersebut bukan sahaja di hospital kerajaan tetapi di hospital swasta juga.



Pada 2007, KKM berusaha untuk mengurangkan masalah kekurangan jururawat dengan mengimport tenaga luar.



Kuala Lumpur- Kementerian Kesihatan akan merekrut jururawat dari negara ASEAN dan Komanwel bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini.

Menterinya, Datuk Liow, 11 bahagian dikenal pasti mengalami masalah kekurangan jururawat. Antaranya Unit Rawatan Rapi, Unit Pediatrik, Unit Kecemasan dan Onkologi. Terbaru Hospital Serdang, Sungai Buloh dan Sg. Petani tidak dapat membuka wad tertentu termasuk ICU akibat faktor sama.

Sebagai permulaan 27 jururawat dari negeri India akan berkhidmat dengan kementerian Ogos ini. Katanya selain faktor kepakaran, pengambilan jururawat dari negara itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka untuk berbahasa Inggeris.

Pada Ogos 2007 kabinet meluluskan cadangan pengambilan jururawat asing dengan aggaran 1,300 jururawat dalam masa tiga tahun.


Pada tahun 2003, terdapat 28,000 jururawat terlatih yang memenuhi jawatan-jawatan itu di hospital kerajaan. Pada waktu itu hanya terdapat 18 kolej jururawat yang melahirkan jururawat terlatih.

Kemudian bilangan jururawat telah meningkat kepada 80,000 orang pada bulan Februari 2010. Sehingga kini, 92% daripada kekosongan jawatan jururawat di hospital kerajaan telah dipenuhi.



Untuk mencapai kepada nisbah jururawat kepada penduduk iaitu 1:200 yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berbanding pada kadar 1:329 sekarang, kerajaan melatih sejumlah 8,000 bakal jururawat setiap tahun. Menurut perencanaan, kerajaan mensasarkan sehingga 130,000 orang jururawat perlu dilahirkan menjelang 2020.

Pada masa yang sama, kerajaan telah meluluskan lesen-lesen di kolej dan universiti swasta untuk melahirkan lebih ramai jururawat terlatih.

Terdapat 109 kolej dan universiti swasta serta awam yang menawarkan kursus kejururawatan. Ini termasuk 10 institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 85 kolej serta universiti, satu oleh Kementerian Pertahanan dan 38 di bawah Kementerian Kesihatan. Di antara kolej-kolej swasta yang galak melahirkan jururawat ialah dari Masterskill dan Mahsa kolej.


Kualiti vs Kuantiti

Malaysia terkenal dengan jururawat yang bersifat lemah lembut, bersopan santun, berkualiti, rajin, boleh berbahasa inggeris, cemerlang di dalam pengetahuannya dan disiplinnya. Ini menyebabkan jururawat Malaysia yang mempunyai pelbagai nilai tambah, amat disenangi dan digemari oleh negara-negara di pantai timur. Justeru, hampir 1200 jururawat terlatih dari Malaysia sedang mengisi pasaran dunia di luar negara.

Dengan tertubuhnya perlbagai kolej swasta yang melahirkan lebih ramai jururawat, seseorang pasti tertanya-tanya, bagaimanakah kualiti jururawat yang dihasilkan? Adakah kita sedang membina satu produksi besar-besaran jururawat terlatih pada sijilnya tetapi pada hakikatnya tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat yang betul-betul terlatih. Tidakkah ini boleh mencacatkan tanda aras kejururawatan Malaysia sebagai satu standard yang tertinggi.

Masalah timbul apabila jururawat yang dihasilkan tidak mencapai kemahiran dan pengetahuan yang asas di dlam bidang yang diceburi sehinggakan kualiti perkhidmatan kepada pesakit akan dikompromi. Kebiasaannya, apabila kuantiti dihasilkan dengan membelakangkan kualiti, maka hasilnya adalah caca merba.

Sebagaimana doktor, Jururawat adalah satu tugas yang memerlukan gabungan teori dan juga praktikal. Sekiranya 8000 jururawat dilahirkan setahun, dimanakah sebenarnya jururawat ini menjalani latihan klinikal? Adakah di hospital kerajaan, di hospital swasta atau di luar negara? Adakah pihak yang bertanggungjawab memantau silibus pembelajaran mereka dari sudut teori dan klinikal.

Alhamdulilah, mujurlah ada Lembaga Jururarawat Malaysia yang berperanan untuk memastikan jururawat yang dilahirkan telah mengikuti latihan-latihan yang tertentu dan selayaknya diperakui menjadi jururawat terlatih. Mereka adalah tulang belakang kepada penjagaan piawai profession kejururawatan di Malaysia. Diharapkan mereka dapat terus memantau kualiti jururawat yang ada di Malaysia.

Walaubagaimanapun, sebagaimana Malaysian Medical Council yang memantau doktor-doktor, LJM hanya boleh memastikan bahawa seseorang jururawat itu telah menjalani kursus-kursus yang sepatutnya. Kualiti seseorang jururawat itu masih lagi belum teruji kerana mereka masih belum berada di alam pekerjaan.



Pasaran Kerja Semasa Di Dalam Bidang Kejururawatan

Jika dahulu, sekiranya seseorang itu lulus diploma di dalam bidang kejururawatan, maka masa depannya akan terjamin. Kerja bakal menunggu mereka bila-bila masa. Gaji permulaan boleh mencecah RM 2000 ke atas.

Adakah keadaan itu masih berlaku sekarang?


Menurut Menteri Kesihatan bilangan pengeluaran jururawat terlatih pada tahun 2009 ialah 8,279 orang, iaitu seramai 2,402 dari kolej kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS.

Sekiranya kita lihat, pasaran kerja jururawat di hospital kerajaan ialah cuma 8% sahaja kerana 92% jawatan telah diisi, manakala dalam masa yang sama, kerajaan melahirkan 2400 orang jururawat melalui kolej jururawat KKM untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

Persoalannya, baki 6000 orang lagi jururawat yang dilahirkan daripada IPTS dan IPTA itu hendak diletakkan di mana?

Kata Menteri kesihatan, kita melahirkan jururawat ialah untuk mengisi jawatan-jawatan di hospital swasta juga. Pada pandangan saya, tidak ada hospital swasta yang akan mengambil jururawat terlatih yang tidak berpengalaman. Sekurang-kurangnya mereka ingin jururawat yang sudah berpengalaman 2-3 tahun di dalam bidang masing-masing. Jika ada pun terlalu sedikit.

Oleh itu, ruangan tersebut akan diisi oleh jururawat yang sudah bertugas di hospital-hospital samada di kerajaan ataupun di swasta. Jika di hospital kerajaan, kekosongan akibat migrasi jururarawat akan diisi oleh lulusan kolej jururawat kemeterian juga.

Saya tidak pasti berapakah jumlah kekosongan jawatan yang wujud di hospital swasta untuk memenuhi kelahiran ramai jururawat ini. Yang pasti ia pasti akan menjadi masalah sekiranya dibiarkan.

Kebanjiran jururawat yang ada menyebabkan KKM telah mengambil langkah untuk mengekang lebih banyak kolej jururawat dibina.


KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Julai ini, kerajaan akan menangguhkan kelulusan kursus baru diploma kejururawatan dan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan program itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah itu bagi memastikan institusi sedia ada yang menawarkan program tersebut dapat menaik taraf kualiti kursus dan pencapaian pelajar mereka.

"Jemaah Menteri baru-baru ini telah berbincang dan bersetuju supaya satu moratorium (penangguhan) diadakan terhadap kelulusan kursus dan penubuhan IPTS yang menawarkan program diploma kejururawatan.


"Sudah banyak sangat kursus diploma (kejururawatan) yang ada sekarang, kita sekarang nak menggalakkan kursus kejururawatan dalam bidang ijazah pula. Kita juga hendak menggalakkan jururawat sedia ada untuk mendapatkan ijazah pada masa-masa akan datang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kesukaran Mendapatkan Kerja

Saya menjadi bingung apabila ramai jururawat lepasan kolej-kolej swasta ini menghubungi saya untuk memohon jawatan sebagai pembantu klinik. Bulan yang lepas sahaja terdapat lebih dari 15 orang menelefon, menghantar sms dan menghantar email untuk mengisi jawatan tersebut.

Di Hospital, apabila dibuka sahaja tawaran untuk mengisi jawatan pembantu klinik, maka berpusu-pusulah kemasukan permohonan daripada jururawat terlatih ini untuk mengisi kekosongan tersebut. Bukan kekosongan untuk jururawat terlatih tetapi cuma pembantu klinik sahaja.

Seorang anak saudara kepada kenalan saya yang lulus di dalam diploma jururawat sebuah kolej swasta terpaksa berhempas pulas bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji bersih RM 650 sebulan. Itu pun setelah beberapa kali memohon kerja di tempat lain. Ibu dan ayahnya seorang penoreh getah.

Dengan gaji RM 650 sebulan untuk hidup di bandar, dibebani hutang PTPTN, maka mahu tidak mahu, dia terpaksa bersyukur dengan kerja yang ada. Lebih baik daripada duduk di kampung menyusahkan emak dan ayah. Saya yakin bukan dia sahaja yang mengalami masalah untuk mencari kerja. Ramai lagi rakan seangkatan yang menerima nasib yang serupa.

Apa yang berlaku ialah, golongan jururawat terlatih ini akhirnya akan putus asa dan akan bekerja tanpa mengira bidang. Sudah ada idea-idea daripada pihak hospital swasta yang membuka tawaran jawatan kerani kepada mereka yang berlulusan jururawat! Itu sahaja jalan yang boleh membantu mereka sementara ada kekosongan untuk jawatan tersebut di wad-wad.


Kesimpulan

Pihak KKM perlu terus memantau keadaan ini dari masa ke semasa. Masalah ini akan terus berlarutan sekiranya bilangan yang mengikuti kursus jururawat sentiasa meningkat sedangkan tenaga kerja yang memerlukan khidmat mereka tidak mencukupi.

Mereka adalah peminjam-peminjam PTPTN yang terpaksa membayar pinjaman di kolej tempat mereka menuntut ilmu. Bagaimana mereka hendak membayarnya sekiranya mereka tidak mendapat tempat untuk bekerja.

Saya terfikir samada terdapat unsur-unsur politik dengan terbinanya banyak pusat-pusat pengajian swasta yang melahirkan ramai jururawat ini. Saya ada terdengar tentang seorang bekas menteri (dulu menteri) yang mempunyai saham di dalam sebuah kolej jururawat yang terbesar.

Dan yang paling kasihan ialah jururawat terlatih ini akhirnya terpaksa mencari tugas di luar bidang mereka seperti kerani dan lain lain. Dan tidak hairan, sekiranya tidak ada peluang yang lebih baik mereka akan akhirnya berniaga di pasar malam dan di kaki lima.

Wallahu Alam...

Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com

p/s: kn cepat2 buat master ni.. sbb lps ni lambakan jururawat ijazah pula... =P

Wednesday, May 25, 2011

sutun goreng....ngeri seyh...



Salam...






Alhamdulillah, saya panjatkan pada Allah kerana saya sudah boleh beradaptasi dengan kerja saya sebagai seorang jururawat... Dah nak masuk 6 bulan saya bergelar sebagai cik misi... =)






Dah nak msk 2 mgu adik saya yg ke-2 ni tinggal dengan saya.. Tapi saya tak sempat lagi nak bawa dia berjalan-jalan.. Cian dia.. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengorbankan diri ini dengan menggoreng sotong, yang merupakan dia punya fav...






Dalam panas terik saya start enjin gi mencadat sotong kat kedai runcit... Tapi disebabkan matahari da agak tegak di kepala jadi sotong2 gred A (yang segar bugar) telah di culik makcik2 suri rumah... Tinggalah yang gred B jer.. ^_^" (sowi ek ngah...)






Cara menyediakan bahan2 rempah untuk di goreng sotong tu semudah mengambil gunting lalu mengguntingkan pek rempah goreng ayam KFC tu dan di gaul sebati dengan sotong2 yang telah siap dipotong dan di basuh.. hehe... (kalau rajin bole bubuh tepung gandum atau tepung beras ngan kunyit sikit ngan telur sebiji dan garam sebagai perasa)..






Masa nak menggoreng ni paling horror... Sebelum mencelup sotong dalam minyak, pastikan minyak betul2 panas pastu perlahankan api, tengok cam suam2 kuku baru bley bubuh sotong tu... kalau tak, bagi sesiapa yang nak menyaksikan percikan gunung berapi secara life boleh la gi campak sotong bersalut tepung dalam minyak yang tengah panas dengan api yang besar tuh.. huh, memang horror sebab saya pernah berhadapan dengan letupan2 dan percikan2 tersebut...






pas da bubuh satu persatu bahagian sotong tu baru boleh besarkan sikit api tuh dan cabut lari...nyorok belakang dinding... agak2 nak terbalikkan sotong tu gi cari perisai (surat khabar ke, penutup periuk ke, tak pun tudung salji) perlahankan sikit api tuh, tunggu minyak reda baru boleh terbalikkan sotong... bukan apa, ini adalah satu tip bagi anak2 dara supaya muka tak der titik melecur.. nanti hantaran kurang seribu hinggit! ngeh333..






pastu besarkan api sikit dan bila sotong da masak guna perisai anda untuk mendekati dapur dan perlahankan sikit api dan angkat sotong tuh.. pastu aper lagi, krukkk, krakk, krukk, krakk.. mm sedap, berbaloi walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi menggoreng sotong.. hehe... sebab tu saya jarang nak goreng sotong walaupun ianya pun fav saya... huhu...






tapi memang betul, best memasak untuk orang bila tengok orang yang kita masakkan tu berselera makan... penat terus hilang... sebab tu la ibu jarang masak makanan fav dia, tapi asyik masak makanan fav kami jer plus fav abah... tiap2 ari masak kari sebab abah suka makan lauk kari... hmm.. saya teringin nak tau mr. snowman punya lauk fav, kalau dia sudi datang rumah raya nanti, saya nak masakkan untuk dia..sebabnya saya rasa saya selalu buat dia terasa hati, rasa nak marah, buat dia tunggu lama tapi dia sabar jer dengan saya... pasni kena baik2 ngan dia... ^_^v peace!!!