Saturday, July 3, 2010

oooohhh, KERJA!

Dulu, kini dan selamanya saya sentiasa belajar.
Walaupun saya sudah masuk alam pekerjaan pun saya masih belajar.


Salam...

Saya dapat gaji hari ni. Alhamdulillah RM 275.82 di tangan setelah 9 hari bekerja di secret recipe di Muar. (Walaupun sikit tapi saya sangat gembira! =) ). Selepas ini, saya akan berpindah ke Shah Alam dan seharusnya saya perlu mencari kerja baru di sana kerana saya tidak akan menerima duit saku lagi daripada ibu dan abah. (Ye, itulah hakikatnya bila kita sudah dewasa).

Walaubagaimanapun, saya kena bersedia untuk proses temuduga yang dijangkakan pada bulan oktober nanti. Temuduga sebagai syarat wajib bagi jawatan U41 jururawat. (Jangan cemburu yer jururawat2 yang lain, walaupun saya freshie saya terus melangkah ke U41.) Tetapi jangan risau sebagai orang baru saya akan merendah diri dan belajar daripada orang yang berpengalaman. Hmm.. Saya tengah risau sebab saya 'fail' bab2 temuduga lisan ni. Selalunya apabila saya pergi temuduga, saya akan lulus pusingan pertama iaitu pusingan bertulis. Tapi bila temuduga lisan saya gagal. (Sedih... T,T)

Saya ingat lagi sewaktu saya temuduga JPA untuk kursus kejuruteraan ke Jepun. Sewaktu temuduga, saya berhadapan tiga orang penemuduga dengan jarak satu meter daripada mereka dan saya duduk keseorangan. Jantung saya berdegup kencang dan tangan saya berpeluh-peluh. Seram sejuk saya rasa bagaikan seorang pesalah yang bakal dikenakan hukuman gantung. (Rasa macam panic attack je). Saya hanya dapat jawab soalan mereka satu patah perkataan sahaja (melainkan nama saya dan bilangan adik beradik). Saya rasa sedih sebab tu pusingan ketiga. Sebab tu saya perlu bersedia. Practice makes perfect. Apa yang perlu saya baca yer? Jawatan2 dalam Kementerian kesihatan. Medical Surgical dan jagarawatan jururawat. Isu semasa? Lawak2 yang mengambil hati penemuduga? Mungkin, tiada yang mustahil!


Jururawat bagaikan bidadari *wink*


Saya memang berjodoh jadi jururawat. Kerja jururawat kerja yang mulia. Menjaga dan melayan karenah orang yang sakit bukannya mudah. Saya melatih diri untuk bersabar dan optimis dengan setiap apa yang berlaku. "pasti ada hikmah di sebaliknya," hati kecil saya selalu berbisik. Waktu mula2, saya tak sukakannya sebab saya kena basuh berak orang dan mandikan orang. Tapi bila saya sudah biasa saya sangat sukakannya walaupun kena buat dua kerja yang saya sebut tadi. Kalau saya bosan saya akan menyanyi-nyanyi kecil. Kadang2 mak cik yang saya mandikan tu senyum tengok saya sangat gembira syampukan rambut dia. Tu kerja2 praktikal waktu tahun satu. Kebanyakannya adalah menjaga kebersihan diri pesakit dan perhatikan tanda2 vital (suhu, nadi, tekanan darah dan pernafasan). Tahun dua mula belajar cuci luka, buka jahitan luka dan bagi suntikan. (Agak menakutkan bagi saya lebih2 lagi saya pengsan tengok darah. Alhamdulillah awal sem II tahun tu, saya dapat mengatasi fobia tengok darah. Agak lama juga saya latih diri buat desensitization (tengok darah dan kawal diri supaya tak pengsan berulang kali). Tahun tiga kami praktikal ikut modul iaitu modul kesihatan mental, paediatrik (kanak2), rawatan kecemasan dan rawatan rapi. Saya sangat suka masa praktikal di rawatan rapi. Ada banyak kisah yang berlaku mengharukan hati saya tapi saya tak dapat ceritakannya di blog. Dan akhir sekali, tahun 4 kami banyak belajar untuk membuat penyelidikan dan pengurusan wad persediaan untuk bekerja.

Saya takut jarum.. Wah, tajamnyer! (T_T)


Waktu belajar, pesakit adalah kawan baik saya dan juga peminat setia saya (hehe, saje perasan). Antaranya adalah arwah mak cik K (bukan nama sebenar), dia sentiasa pesan pada saya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi jururawat yang terbaik di dunia. Saya senyum sahaja tapi terkesan di hati saya dan terharu saya dengar bila keluar daripada mulut seorang pesakit kronik yang masuk peringkat palliatif. Saya tak sempat lawat arwah sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya tahu arwah dimasukkan ke wad, tapi waktu itu saya menguruskan konferens dan kesuntukan masa untuk melawat arwah. Saya tahu berita menyedihkan itu dua hari selepas dia menghembuskan nafas terakhir. Arwah mengajar saya di sebalik kedukaan ada kebahagiaan dan setiap kehidupan pasti berakhir kematian. Al-Fatihah buat arwah.. Waktu tahun satu ada seorang pesakit askar di wad orthopaedik (tulang). Kalau dia nampak saya berdukacita, dia pasti memanggil saya. Hasil berborak dengan pak cik askar tu melekek-lekek saya ketawa. Sewaktu tu saya terasa seperti anak manja mereka semua. Kenangan2 manis yang selalu saya ingati bila tiba masa2 suram. Sesekali saya kan tersenyum bersendirian.

Kerja nanti saya seharusnya lebih matang dan profesional. Saya tak boleh terbawa2 perangai kebudak-budakan dan saya akan bersifat lebih tegas dengan kawan sekerja saya yang suka buat kerja sambil lewa. (geram dengan seorang classmate yang suka 'meghilangkan diri' dan 'swastakan' kerja pada saya). Sepanjang saya belajar, puan selalu sebut saya ada masalah keyakinan diri. Saya tahu sebab saya sendiri takut dengan darah dan juga jarum. Saya juga takut dengan diri saya sendiri yang sering jatuh sakit sewaktu praktikal di wad. (Ada masalah imuniti badan). Jadi, sementara tunggu pengambilan Januari nanti, saya nak brain wash diri saya dengan memperbaiki kelemahan diri dan menguatkan lagi kelebihan diri saya. Dengan moto hidup 'do the best in everything you do!' (moto ni untuk buat perkara2 yang baik sahaja. =P). Dalam Islam juga kita di ajar untuk muhasabah diri dan menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Wassalam....

Thursday, July 1, 2010

STATUS kesihatanku.

Salam..

Seminggu yang lalu, apabila saya melihat wajah saya pada cermin saya dapati mata putih saya ada darah beku. Saya cepat2 memakai cermin mata dan melakukan ujian penglihatan dengan membandingkan mata yang ada darah beku dengan mata sebelah lagi yang normal. Mujur tiada masalah penglihatan yang berlaku juga tiada rasa sakit pada mata tersebut. Selepas itu saya memerhatikan tanda2 pendarahan contohnya apabila memberus gigi saya lihat sama ada terdapat gusi yang berdarah atau tidak dan juga terdapat lebam2 pada kulit atau tidak.

Saya dibawa oleh klinik oleh ibubapa saya. 2 minggu sebelum tu saya juga ada datang ke klinik yang sama dan saya di diagnosiskan (di tentukan jenis penyakit) mendapat pharyngitis (jangkitan pada pharynx yang merupakan salur pernafasan atas dari mulut hingga ke larynx yang mengandungi tonsil, dan peti suara). Setelah di periksa doktor memberitahu saya mendapat subconjunctival hemorrhage (pendarahan pada lapisan bawah conjunctiva). Penyebab berlakunya pendarahan tersebut adalah sebab tekanan yang terlalu kuat (berpunca dari batuk, bersin, mengeran, muntah dan juga tekanan darah tinggi) yang menyebabkan salur darah mengembang dan pecah. Selalunya tanda2 pendarahan tersebut akan kelihatan selepas bangun tidur dengan tompokan merah pada putih mata. Doktor juga akan memastikan pendarahan tersebut bukan berpunca daripada masalah pembekuan darah.

Ubat yang diberikan kepada saya adalah serratiopeptidase iaitu sejenis proteolytic enzyme (sejenis enzim yang memecahkan rantaian protein contohnya seperti fibrin, iaitu protein yang penting dalam proses pembekuan darah). Jadi, ubat ini untuk melarutkan darah beku dan di singkirkan melaui sistem limfa. Uniknya ubat ini adalah enzim yang dihasilkan oleh bakteria di dalam perut ulat sutera. Boleh juga digunakan untuk megurangkan sakit dan sebagai anti-inflamasi. Ia juga boleh digunakan sebagai antibiotik. Daripada pembacaan saya ubat ini di ambil selepas makan kerana boleh menyebabkan gastrik.

Monday, June 28, 2010

usaha v/s HASIL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


MAnusia terlalu mengukur hasil tetapi jarang yang mengukur usaha yang dilakukannya. Muhasabah diri dengan setiap yang kita lakukan. Ingatlah usaha itu termasuk usaha, doa dan bertawakkal. Tidak boleh ditinggalkan salah satu daripada tiga perkara tersebut.

Wassalam..

Untuk Malisa dan mereka yang bakal menempuh peperiksaan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, June 24, 2010

GERAMNYA... Makan gaji buta ape?!

eeeee, buruknyer org malas!

Salam..

Kwn2 skrg da pukul 1.21 petang. Hmm, rslt yg d jnjikn pg td msh lg x smpai2. Ni smua gara2 s'org despatch yg x wat keje. Spttnyer, s'mlm lg dia amik rslt kami. Tp pukul 11 td puan yg ketua akademik tu s'diri yg nmpak dia msh mlepak mnm2.. Giler aper despatch tu! m'didih org d watnyer!!!!

Husna bukan nyer ape. Byk lg urusan nk wat. Nak tau pngk utk isi borg spa. Dan salinan borg spa tu d perlukn utk m'lengkapkn borg lapor diri jpa. Tmbhn lg husna d beri amanah utk m'ngeposkn kpd kwn2. Klau ptg nnti x smpai lg rslt, husna da nk blk... Alamatnyer t'paksa pass baton kat k. long nih.. b'tmbah2 keje. kn pos utk husna jugak. Mmg x berkat gaji despatch tu buat kami smua mcm nie. Klau s'mlm lg dia amik rslt tu, x pyh smua org nak ssh2 gi pos rslt kat kwn2 yg da blk. Sengal btl! Lg satu, mcm mn despatch tu berani curi tulang? Tu maksudnya management yg x b'kualiti d tmbah penguatkuasaan yg longgar.

Pengajarannya, x ksh la, kt bekerja kerajaan ke, swasta ke, buat la kerja yg d amanahkn tu btl2.. Jgn b'tangguh. Duit tu jd drh daging bg ank bini mkn. Tu yg rmai org gelap hatinya zmn skrg nih. B'punca dr rezeki yg x halal mcm nih la! Dan kn sumpah ngan org yg di zalimi. Yela, meletakkan sesuatu bkn pd tempatnye.

P/s: Aku b'azam utk wat keje b'sungguh2 dan x b'tangguh.. Mujahadah2!



STATUS: Tamat Belajar

Salam...

Husna br shj balik dari kedai Pok Din, melaghokn diri. Sedih sebenrnya nak check out dari laman midah ni dan lg sedih nk berpisah dgn rkan sekelas. Maka, husna pun join la si Hani, Su, n K. ngah mkn2 smbil meluangkn masa b'borak dr pkul 11.30 smpaila kul 1 pg. Menikmati detik-detik terakhir bersama mereka semua. Sayu pula rasa..

X sgka da 4 thn husna study nursing n 4 thn juga hidup sm dgn 14 org kwn2 kelas yg lain dan 2 thn dgn kwn2 diploma. Hampir smua perangai pelik kwn2 Husna da tau dan bole adapt. Hihi.. Satu jer Husna nk bgtau diaorg smua ni; "Korang smua x der pegantinya kerana smua nyer ader keistimewaan dan kepelikan yg t'sendiri, maka yakinlah dgn diri s'diri trskn perjuangan yg x prnah selesai ini".





Yer, p'juangan kt sbgai manusia x kan selesai selagi kt msh hdp. P'juangan utk diri sendiri, keluarga, masayarakat, negara dan agama. Kita yg kn menentukan matlamat p'juangan kt. Apa yg ign kita kecapi semasa hdp ini. Semoga berjaya kwn2 kerana era br dlm k'hdpn nk b'mula stlh tamatnya bljr. Itulah yg m'gerunkn diriku sjk akhr2 ni.. (Ibu, abah halalkn segala2 yg d berikn krn aku mula fhm sikit2 apa yg tlh di lalui oleh mrk dlm m'bsrkn ku).

Ptg td Husna borak2 dgn Ana s'org pljr akaun mengenai bagaimanaa caranya untuk m'stabilkn kewangan kt lbh2 lg br nak hdp b'dikari n umur2 mcm ni slalunya x lama lg akan b'keluarga. (Jwpn skema adalah b'jimat cermat dan menabung-tu smua org tau da...). Tp yg uniknya dia menasihatkn supaya m'ngumpulkn aset2 yg boleh d jual balik spt lap top, hand phone, kereta, dan barang kms. Dia srh husna buat p'bndingan harga brg kms yg mak husna blkn wktu umur 5 thn dgn yg mak husna blkn wktu husna umur 17 thn. Sbb ketumpatan emas semakin b'kurangan dr semasa ke semasa. Mengumpul brg kemas adalah b'guna juga utk kecemasan pd ms akn dtg. (tp mn yg x pkai tu, jgn lupa byr zakat harta yer..) Pastu kumpul duit utk m'punyai aset ttp spt umah dan tanah. P'ladangan dan berniaga stesen myk adalah bidang yg boleh d ceburi dan sgt menguntungkn ms kini. (tp modal pn bsr n komitmen tgi, d tmbah jgn lupa byr zakat yer..)

Apa pn yg di rencanakn utk ms dpn, b'igt2 la.. Org tamak slalu rugi. Fikirkn m'cari harta yang halal untuk beramal m'cari bekalan d akhirat dan utk x meminta2 menyusahkn org lain. Setakat ni Husna hanya boleh m'beli sebiji tabung dan setiap hari memasukkan 50 sen ke dalamnya dan tiap2 bulan mskkn dlm tabung haji. Itulah duit emergency husna dan duit nk pergi haji. InsyaAllah, minta d pnjgkn umur dan murah rezeki utk mengerjakan haji. Amin... Husna sgt risau sbb setiap hari kita hidup bermaksud satu hari umur kita tlh kurang dan menghampiri tarikh expired. Klau mknn ada expired date. Kita yg manusia ni pn ader. Cuma kita x nmpak jer. Minta maaf kpd smua rkn2 spnjg perkenalan kt dan halalkn mkn mnm..

Wassalam..