Tuesday, May 25, 2010

Sebuah rumah


Salam..

Hari ni da masuk hari Rabu dan InsyaALLAH lusa husna akan balik ke rumah. Bagi Husna ianya petanda yang baik untuk setiap hari Husna akan ternanti-nati utuk pulang ke rumah kerana menunjukkan rumah itu sesuatu yang istimewa buat Husna.



Sebuah rumah perlu mempunyai tiang (agama) yang kukuh untuk berdiri. Sebuah rumah juga perlukan keperluan asas seperi tenaga elektrik (ahklak) dan air (ilmu) untuk memenuhi keperluan hidup. Rumah itu akan dipenuhi keberkatan, keamanan dan kebahagiaan. Bukankah sebuah rumah itu adalah tempat untuk kita berlindung daripada hujan dan panas serta lain-lain ancaman yang mara bahaya?

Semoga suatu hari, Husna dapat memiliki sebuah rumah seperti itu. Tidak kisah saiznya yang paling penting selesa dan sesuai untuk didiami oleh manusia.

wassalam...



Sunday, May 16, 2010

sesungguhnya kepada Allah jua tempat kita kembali

Salam..

Kawan2, x tau kenapa husna masih lagi boleh menangis tengok gambar anas.
di sebabkan hakikatnya husna x kan dapat berjumpa dengan dia lagi buat selama-lamaya.
malah, husna x dapat nak anta mesej pada ahli keluarganya untuk mengucapkan takziah.
husna x dapat nak cari perkataan yang sesuai dan husna akan nangis teresak2 setiap kali nak menyusun ayat, akhirnya husna x jadi nak menulis.
sedih sangat sebab teringat soalan yang diajukan pak cik sedara husna, adakah penyakit dia boleh di sembuhkan? husna x igt jawapan apa yg husna berikan.
husna rasa husna shock.
sewaktu menerima berita mengenai kematian arwah, husna x menagis langsung..
esokkan harinya 13 mei, sewaktu husna osce, badan husna panas tiba2 dan malamnya husna tidur dalam keadaan menahan sedu.
ada unsur denial di situ.
Allah Maha Berkuasa.. Ajal maut seseorang itu dalam genggamannya.
Selagi husna x berani berbicara mengenai arwah, bermaksud husna menafikan hakikat tersebut. Percayalah husna arwah sudah tiada!
Al-Fatihah buat arwah anas kamil..
Ya Allah kuatkan ahli keluarganya menghadapi kehilangan ini.
Ya Allah kuatkan daku, tetapkan diriku berada di jalanMU.. Aminn..

Thursday, May 13, 2010

OSCE ku..(sori rosakkan bhs, t'guna bhs rojak..)

salam..

osce, semalam pukul 11 pg adalh wktu b'sejarah..
itulah exam osce husna yg t'akhir utk course husna, thn 4 sem II(harap2la..)
d'mulai dgn pemberian insulin injection,
b'akhir dgn figure of eight..
kwn2 yg bukan line medikal msti t'tanya2 benda aper tu..
itulah ant skill yg m'nyeramkan wktu osce..
d tambah ngan suctioning,
health edu yg d mana m'beri peluang utk husna merapu2..
d tambah dgn kepala yg bebal.. (serious, selsema m'buatkan kepala husna pening)..
plus dgn tremor (m'gigil), sejuk sgt skill lab.. (ke bdn yg pns sgt?.. ntah)
t'huyung-haayang bagaikn zombie..
mula2 injection insulin, pastu dressing, dan bg health edu utk foot care bg org kencing manis.
section ke-2 utk husna ader terapi o2, health edu utk MDI plus deep breathing exercise..
(kesengalan husna jelas dan nyata wktu section ke-2) haha..
section ke-3 adalah section b'hantu.. ssh seyh..
mula2 p'berian ubat GTN, pastu tafsir ECG (rsnye mcm dpt markah '0' jer) n akhir s'kali baca CVP.. (gelak2 pn Mohana) ntah r..
msk rehat.. ader mknn n buku anjung seri.. (x der mknenye nk mkn n bc majalah.. Husna tido 15 mnt yg d berikn tu)
section ke-5 suctioning, eye swab n eye drop.. (mcm kacang jer skill ni tp slh jugak, saper srh tido?! kan da mamai..)
section ke-6.. yess yg last, ader r GCS, insert CBD ngan bandaging figure of eight..
walaupun OSCe ni ntah paper je Husna wat tp it's another sweet memory of mine.. =)


Wednesday, May 12, 2010

Tolong Doakan ku (Please Pray For Me)















Salam..

Hari ini sepatutnya Husna belajar sungguh-sungguh tetapi kekuatan itu tiada.
Hari ini juga Husna rasa x sedap badan.
Dan pada hari ini juga sepupu Husna yang berusia 18 tahun meninggal dunia.
Dunia ini ditinggalkannya dalam keadaan tidak disangka-sangka.
Sebab Musababnya mudah, hanya sebab sesak nafas.
Lebih kurang 2 jam sebelum dia meninggal dunia, Husna membaca shoutnya di facebook.
Ya, Allah.. sesungguhnya daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Al-Fatihah for Anas Kamil.
Doakan Husna.
Supaya Husna dapat teruskan mujahadah, berusaha, berdoa dan bertawakkal..

Salam..

Today, I should study hard.
But today I felt not really good.
And Today, my cousins died.
He left us without any signs.
The reasons of he left us is easy, because of shortness of breath.
About 2 hour before his death, I read his shout at Facebook.
Ya, Allah.. Innalillahi wa innailaihi raji'un.. Al-Fatihah for Anas Kamil.
Pray for Husna.
For Husna continue the mujahadah, effort, prayer and tawakkal.

Thursday, May 6, 2010


Amalan sebelum tidur (A practice before sleep)

100+100+201+XXX+10= kejayaan dunia
dan akhirat insyaALLAH
100+100+201+XXX+10
= success in life and hereafter life insyaALLAH

100 x Astaghfirullah-al Azimm..
100 x Allahumma ajirna minanar..
201 x bismillahirrahmanirrahiimmm..
XXX apa2 yg di hajati (Anything that we wish for)
10 x selawat atas nabi